Bismillahi-Alhamdulillah
Selagi hidup, kita terus belajar....
Belajar untuk belajar, mengajar, diajar dan terajar....
Jangan kurang ajar sudah.....
------------------------------------------------
Membuat penilaian juga memerlukan skill....
Pelbagai skill.....
Hatta membuat soalan juga skill
Satu kriteria menarik tentang membina summative assessment ataupun 'soalan periksa' dalam bahasa kampung kita...... adalah dengan tidak menggunakan 'negative words' terlalu kerap...
Negative words adalah kata nafi..... tidak, atau bukan atau not, atau no....*contoh
Sebab utama, ianya akan menghalang kejelasan soalan dan mengganggu kefahaman pelajar sekaligus, mendatangkan panik yang akhirnya mengakibatkan kecelaruan pemahaman dan jawapan yang salah.....contohnya
"Please select two not incorrect answer except......"
GIBBERISH!
Kesimpulannya, salah satu ciri-ciri soalan yang baik adalah apabila ianya di bina dengan jelas.
...................
Ibrah...
Kejelasan dalam komunikasi itu amat penting....
Memudahkan kefahaman bermaksud memudahkan urusan...
Mengelakkan orang pening dengan arahan kita tu,
Kira memudahkan urusan juga la..... sebab memeningkan orang itu, menyusahkan dia....
Kan?
Ok pening.... sekian~
Wallahu'alam......
--------------------------------------------------------------------------
P/s: Terdengar perkhabaran pemergian seorang yang solehah, kembali ke Rahmatullah...
Sungguhpun, tidak bergitu kenal, namun pemergian insan yang dikenali kebaikannya oleh segenap yang mengenalinya, amat menyentuh hati ini... Moga beliau ditempatkan dikalangan merka yang beriman...Ameen...