Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label wahabi. Show all posts
Showing posts with label wahabi. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG PALSU

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmathttp://nazrulnasir.blogspot.com/2009/03/perbicaraan-berkenaan-hadis.html

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyruwa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :

Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya. 

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Baca lagi

Friday, July 10, 2015

Apakah Aqidah Yang Benar Lagi Sahih Mengikut Salafussoleh ?

Inilah Aqidah yang sohih. aqidah yang benar sebagaimana manhaj salafussoleh. Yang selamat dari menyerupakan Allah dengan makhlukNya (mujassimah/musyabbihah).


1. Kalam Imam Malik mengenai 'istawa' dengan sanad yang sahih .

2. Manhaj Ulama' Salaf dan Khalaf dalam bab ayat Mutasyabihat .

3. Dalil daripada Al-Qur'an dan Hadis yang menafikan zat Allah 'berada' di langit .

4. Hadith Yang Mutawattirah adalah mengucap 2 kalimah syahadah untuk menentukan seseorang itu Islam.

5. Hadith jariyah yang menyatakan Allah di langit tidak diletakkan dalam bab AQIDAH. Tetapi di letakkan di dalam bab solat (pengharaman bercakap dalam solat) - Imam an Nawawi

6. Pencerahan yang sangat cemerlang dan menyelamatkan umat Islam dari fahaman mujassimah dan musyabbihah yang membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhlukNya.

Sumber

Tuesday, March 3, 2015

Satu kritikan buat mufti Perlis serta kaumnya

Mufti Perlis dan pengikut wahhabi yg sewaktu dengannya ambil hujjah yg salah dan sempit dari Feqh Manhaji.
1. Kitab ni kitab ringkas sahaja. BUKAN kitab induk mazhab. Sebab itu permasalahan feqhnya sedikit dan terhad. Jadi degan hanya merujuk Feqh Manhaji dan terus buat kesimpulan mudah tentang mazhab As Syafie adalah satu kejahilan yang nyata.
2.Manakala LARANGAN mengadakan kenduri arwah yg dibawakan Syeikh Dib Bugha atas sebab niahah dan membebankan keluarga si mati. Ia satu hukum yang jelas berdasarkan hadis Jarir bin Abdullah al Bajli sebagaimana sepakat ulamak mengenainya.
إذا بطل الخصوص هل يبقى العموم
3. Jika tiada unsur niahah dan tidak membebankan si mati maka ia adalah harus. Hadis Aisyah Radiyallahu anha riwayat Asim,hadis Towus, menunjukkan hal sedemikian
4. Hadis suruhan Nabi SAW supaya para Sahabat Nabi saw mengadakan makanan kepada keluarga Jaafar RA sebab keluarga Jaafar miskin dan anak-anaknya masih kecil. Makanan berkenaan dapat meringankan beban dan menceriakan mereka.
5. Sedekah wang ringgit yang diamalkan sekarang terangkum dalam hadis kes Sayyidina Jaafaar at Toyyar diatas. JIKA wang berkenaan nak digunakan dalam acara kenduri dan sedekah 'badalan' bagi pihak si mati maka pahalanya sampai. Hadis- hadis sahih banyak mengisyaratkan demikian.
6. Mengapa ambil isi berkaitan kenduri arwah sahaja, bagaimana dengan Doa Qunut Subuh yang dijelaskan dalam kitab berkenaan ? Sebab tak kena dengan selera dan hawa nafsu terus tinggalkan ?
Pengajaran yang dapat diambil :
1. Mufti Perlis bukan seorang ahli hukum. Beliau ambil bahasa arab dan sastera semasa di Jordan. MA DAN PhDnya adalah kajian spesifik dalam hadis. Sebab itu kelemahannya amat terserlah dalam kupasan hukum hakam dan bercanggah dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 
2. Beliau saban tahun menyibukkan diri dengan isu khilafiah yg telah diselesaikan para ulamak lebih1300 tahun lalu ia satu kejumudan dan mendatangkan kerugian untuk umat Islam.
3. Kita patut hadir ke majlis Talaqqi untuk mengaji kitab secara bersanad jangan asyik main whatsapp dan melayan golongan yang lalai ini sahaja. Nanti ilmu entah ke mana dan hati kita pula yang menjadi liar.
Ust. Zamihan

Monday, March 2, 2015

Fahami Bidaah Dengan baik

Fahami pembahagian bidaah hasanah dan bidaah dholalah.

Golongan wahabi yang menolak pembahagian bidaah hasanah dan bidaah sayyiah tetapi dalam masa yang sama membahagikan bidaah kepada dua. Bidaah agama dan bidaah dunia. Bidaah agama dan bidaah dunia ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadis. 

Mereka menafikan pembahagian yang diklasifikasikan oleh para ulama' muktabar dengan alasan tiada di dalam hadis namun mereka sendiri membuat pembahagian.

Apakah bidaah dunia tidak terdapat hasanah (baik) dan sayyiah (buruk)?? 

Pembahagian ini sangat bahaya seolah-olah mereka mengatakan bidaah dunia semuanya baik kerana tidak berkaitan dengan agama sedangkan kita tahu perkara-perkara duniawi juga tidak terlepas daripada pembahagian kepada baik dan buruk.

Mereka mengatakan bidaah hasanah yang dikatakan oleh Imam as-Syafie ialah bidaah pada bahasa. Sedangkan pada bahasa sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang mempelajari bahasa arab bahawa bidaah pada bahasa hanya merujuk kepada perkara yang sesat sahaja. 

Sebab itu Nabi SAW menyatakan kullu bid'atin dholalah kerana daripada sudut bahasa semua bidaah itu sesat adapun perkara baru yang bersifat agama mahupun dunia dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat maka tidaklah dianggap bidaah yang menyesatkan.

Disebut bidaah hasanah itu ialah untuk membezakan dengan bidaah sayyiah namun hakikatnya bidaah hasanah itu ialah sunnah hasanah. Seperti Nabi SAW juga membahagikan sunnah juga kepada hasanah dan juga sayyiah. Apakah ada sunnah yang buruk? 

Sudah tentu tidak tetapi penggunaan perkataan yang sama mengikut balaghah bahasa arab adalah untuk menunjukkan perbezaan di antara keduanya.

Bidaah bukanlah suatu hukum di dalam menetapkan sesuatu perkara boleh atau tidak dilakukan. Kerana hukum yang ditetapkan oleh ijmak ulama' hanya 5 yang dinamakan sebagai hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Tidak ada yang dinamakan sebagai hukum bidaah.

Maka setiap perkara yang bidaah (baru) perlu dihukumkan dengan 5 hukum taklifi waimma ia wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Bukan diborong secara membuta tuli seolah-olah semua bidaah adalah haram. 

Jika kaedah ini “semua bidaah adalah haram” yang digunakan maka pincanglah hukum dan rosaklah agama. Kerana setiap zaman akan wujud perkara-perkara yang baru yang belum di ada di zaman Nabi SAW. Maka perkara yang baru itu waimma ia bersifat agama mahupun dunia tidak akan terkeluar daripada 5 hukum yang telah dijelaskan di atas.

Apabila konsep bidaah ditimbang dengan 5 hukum ini maka akan cantiklah agama dan jelaslah hukum dalam menentukan setiap perkara yang baru samada bersifat ibadah mahupun dunia. Apakah wahabi mengira perkara baru yang bersifat dunia terlepas daripada 5 hukum ini? Sudah tentu tidak samasekali. 

Maka tidaklah relevan membahagikan bidaah kepada bidaah agama dan bidaah dunia kerana pembahagian ini sebenarnya memakan diri mereka sendiri.

Wahabi beranggapan melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi sahaja yang dianggap bidaah. Bagaimana dengan menegah atau melarang perkara yang Nabi SAW tidak melarangnya? 

Tidakkah ini dikira sebagai mengubah hukum yang asal HARUS kepada HARAM? Contoh Nabi SAW tidak pernah melarang daripada melakukan maulid. Tidak ada dalil yang menyatakan tegahan Nabi SAW secara jelas bahkan ada hadis riwayat Muslim yang jelas Nabi SAW menyambut kelahirannya dengan berpuasa. 

Kemudian, wahabi menegah dan menyatakan ia sebagai bidaah yang menyesatkan sedangkan tidak pernah ditegah oleh Baginda SAW. Maka sebenarnya wahabilah yang melakukan perkara bidaah dan berdusta di atas nama Nabi SAW.

Perlu difahami, untuk menghukumkan sesuatu itu haram perlulah ada nas daripada al-Quran dan al-Hadis yang menegahnya. 

Ini berdasarkan kaedah usul fiqh. Tegahan itu terbahagi kepada dua seperti yang terdapat di dalam ta'rif hukum samada tegahan secara putus maka hukumnya haram dan tegahan yang tidak putus maka hukumnya makruh. Adapun wahabi mengambil hukum secara borong dengan menyatakan HARAM atau BIDAAH tanpa melihat kepada dilalah samada tegahan itu membawa hukum haram ataupun makruh.

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
B.A (Hons) Akidah Dan Falsafah
Kuliah Usuluddin dan Dakwah 
Universiti Al-Azhar As-Syarif

Mufti Perlis bukan wahabi tapi dia yang panas dengan fatwa baru N9

Macam-macam perangai Mufti Perlis ketika ini apabila Negeri Sembilan mengharamkan ajaran Wahhabi. Sehingga tulisan seorang yang tidak dikenali pun diambil untuk memberikan sokongan menghentam fatwa Negeri Sembilan berkenaan. 
Di Perlis garis panduan Masjid melarang diadakan doa qunut, zikir dan wirid beramai-ramai dan sebagainya ini dibuat pada tahun 2007. 
Ini dinamakan 'keterbukaan mazhab' atau kononnya 'mengamalkan mazhab asy syafie tulen' dan 'darul Sunnah'. Namun masih ramai lagi Rakyat Perlis mengamalkan apa yang dilarang dalam garis panduan berkenaan kerana ia bersandarkan dari al Quran dan as Sunnah serta manhaj salafussoleh. 
Berapa kerat ulamak dan asatizah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang dibenarkan berceramah, menyampaikan kuliah di negeri darul sunnah berkenaan ? 
Wahhabi di Malaysia yang mengamalkan tadhlil, tasyrik dan takfir dalam amalan yang ada sandaran dari al Quran dan hadis serta pemahaman para alim ulamak muktabar seperti tahlil, doa qunut, tawassul, tasawwuf pula disamakan dengan ayaq acaq, mawlidul rasul dan banyak lagi. 
Agaknya pengikut Wahhabi tidak pernah solat di belakang imam-imam masjid dan surau yang mengamalkan amalan di atas ? Jika meninggal di Malaysia siapa yang uruskan pengurusan jenazah mereka ini ? Itupun ada penyebar ajaran wahhabi yang menerima jemputan ceramah Maulidul Rasul. Taqiyyah atau kerana duit ? 
Mengapa solat di belakang umat Islam yang telah dikafir, syirik, dan sesat oleh ajaran kamu ? 
Jika diamati perkara ini, masih ada ruangkah untuk ajaran wahhabi berada di bumi Malaysia
Demi kemaslahatan umat Islam, dan Agama Islam itu sendiri wajarlah Wahhabi diharamkan. Sebab dakwah Rasulullah untuk meramaikan umat Islam ke syurga. Dakyah Wahhabi pula meramaikan umat Islam ke neraka.
Ust Zamihan