Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Kerugian angkara demo BERSIH

Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara perhimpunan haram BERSIH semalam.

Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira RM 56.898.56 sen juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.

"Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12 tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta hari minggu", kata Makcik Ros dengan nada kecewa.

Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya RM 68.90 sahaja.

Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.

"Saya amat marah kepada BERSIH", kata En Din Yasin dengan nada tegas.

"Selalunya jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan sendiri sahaja...", kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media selepas BERSIH.

Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa, RM 38 untuk cendol special serta RM 96 untuk cendol aiskrim.

"Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya", kata Pak Jib kesedihan.

Sementara itu, Berniaga Roti Canai dan Kebab Kuala Lumpur (BERANCOK) Encik Ibrahim berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.

"Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain", kata Encik Ibrahim sambil menepuk meja.

Dari tukartiub

Sunday, July 10, 2011

Suara Rakyat Malaysia

Memang sengal juga bila membaca kenyataan Hishamuddin ni. Saje la tu nak bakar line. Kenyataan polis pun sama.

Malas gua nak ulas panjang, biarlah mereka dengan keseronokkan sementara mereka itu. Yang pandai akan menilai dan gua yakin ramai yang buka mata.

Syabas pada mereka yang hadir semalam. Anda telah menunjukkan apa itu suara rakyat. Malaysia berbangga dengan anda

Monday, June 27, 2011

Makin ramai yang bangang memunculkan diri

Ini adalah hasil dari hati nurani gua.

Seperti semua sedia maklum bahawa demo Bersih akan berlangsung di kota raya pada 9 Julai ini. Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk turut serta manakala dari pihak kerajaan hanya Pemuda UMNO di bawah arahan ketuanya juga akan turun. Bukan untuk menyokong rally Bersih tetapi untuk membantah.

Perkasa di bawak kepimpinan Jeneral perangnya iaitu Ibrahim Ali juga dengar kabornya nak henjut dengan ribuan ahlinya untuk turut serta. Tag team bersama kj bagi menentang Bersih. Mahaguru Omar Din juga sudah membunyikan semboyan dengan kira-kira sejuta ahli seni silat Lincah akan turut serta. SEJUTA!!!!!! memang gila babi punya ramai.

Faedahnya apa? Apa pasal tak buat pada 8 atau 10 Julai? Kenapa mahu bertembung? Mahu bergaduh? Memang nampak bangangnya kaldai-kaldai ini semua. Mereka (Bersih) hanya mahu menuntut Pilihan Raya yang lebih bersih dan telus maka itu sebab UMNO, Perkasa dan SSL mahu membantah dan membanteras? Kenapa sampai mahu jadi begini?

Dari pihak kerajaan pulak, hari-hari di bantainya NGO dan Parti yang menyokong Bersih, apa pasal tidak pada Perkasa atau UMNO itu sendiri? Tahukah anda kalau semua aspirasi ini berjaya apa akan jadi pada Kuala Lumpur? Kenapa tidak diluluskan sahaja permit mengikut giliran? Maka kini jadilah himpunan Bersih vs Perkasa, UMNO dan SSL sebagai perhimpunan yang haram. Kecoh memang kecoh. Elok brader Jengka nak niaga tebu maka harapan kini tinggal harapan. Boleh jadi badan kena beduk dek batang tebu.

Serangan peribadi keatas Ambiga dan gua juga dapat email yang mengecam teruk wanita hindu tersebut. Kenapa selepas beliau lancarkan Bersih baru di hantam, kenapa tidak sebelum-sebelumnya lagi? Akal kat lutut?

Memang ramai yang celaka nampaknya....

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa selalunya blog ini mencela Barisan Nasional

Kerana Barisan Nasional itu adalah satu kumpulan yang diberi tanggungjawab memerintah tapi terlalu gagal kerana masalah korupnya yang dia sendiri tidak boleh nak selindungkan.

Negara ini adalah demokrasi maka kita ada pilihan. Di beri peluang hampir 5 tahun sekali dan kenapa kita tidak ambil peluang keemasan ini.

Iya betul mungkin Pakatan Rakyat juga korup serta rasuah. Namun dengan otak yang di kurniakan ini bukan masa untuk kita bergurau dan berlawak. Ini adalah sangat sensitif. Kesilapan kita mungkin, akan ada yang makan pasir atau akan gugur satu sistem yang positif.

Lebih 50 tahun UMNO dan BN itu memerintah, kita menyaksikan satu persatu sistem demokrasi itu layu, patah serta gugur. Kerana kerakusan mereka dalam pemerintahan sedikit demi sedikit negara ini semakin rendah kualiti jika di bandingkan dengan negara-negara yang pada asalnya kita tinggalkan jauh dalam sudut integriti, moral, kekayaan sumber , keadilan, keterbukaan dll.

Tiada negara yang lebih baik sistemnya melainkan pasti berlaku penukaran parti yang memerintah. Kenapa itu perlu anda runsing? Sumbernya tetap sama dan tiada apa yang berubah. Yang berubah cuma corak pentadbiran dan batang tubuh individu terlibat. Tiada banggunan yang bertukar dan tiada tiang lampu yang akan di alihkan. dan kita di beri peluang untuk menukar corak itu setiap lima tahun. Tidak lama dan tidak sempat untuk kita bangkrap kerana itu. Percayalah. Namun kalau kita bagi lagi UMNO dan BN peluang selama 50 tahun untuk mentadbr negara ini barulah justifikasi yang kukuh untuk melihat kehancuran itu.

Zaman maklumat yang tidak terbatas ini kita dapat lihat perubahan. Peralihan sokongan di bandar dan bekunya statistik untuk menukar lambang di kalangan orang luar bandar. Logiknya cukup mudah untuk kita faham. Siapa yang silap dan siapa yang benar dalam memangkah calon. Bukan bermakna yang di bandar tidak pandai/tidak berterima kasih/populasi kaum tetapi banyak mana penerimaan maklumat itu yang diterima. Maka gerak gempur kini perlu di luar bandar. Fokus perlu jadi 70/30 hanya di luar bandar.

Support bersih. Betulkan kembali dahan SPR yang telah layu. Biar pertarungan dalam PRU13 ini menggambarkan kekuatan parti yang bertanding secara asli dan muktamad. Dan kita pencenkan Ibrahim Ali yang busuk hati itu. Mahathir juga perlu fokus pada cucu-cicitnya pula.

Nanti gua sambung lagi....

Saturday, February 5, 2011

Kenapa dibantai ditangkap pendemo itu?

Mereka menyatakan sokongan mereka. Maklum tahu mereka demo bukan mahu Najib turun tapi sokong orang Mesir mendesak diktator tua itu turun. Sudah 30 tahun.

Kenapa pendewa perkasa tiada semalam? Kalau ada tentu sahaja tiada yang luka ditangkap. Amerika pun hampir senada namun kenapa Najib membisu? Mana stand anda?

Kita menyokong kerana kita faham serta simpati. Tiada demokrasi itu yang kita tentang. Kuku besi itu yang kita marah. Kita perlu jatuhkan kerana ia adalah kebenaran. Hak asasi dan moral disitu. Bukan lawak petang sebagai hiburan. Ini kehidupan nyata. Mereka miskin kerana kejahatan pemimpin. Kebenaran itu yang ingin dipersembahkan.

Celakalah mereka yang berterusan ingin bersama Mubarak. Semoga Allah hinakan kamu di dunia ini lagi.

Moga demokrasi itu terus subur...