Di Malaysia, mengundi BN merupakan satu kemestian dan kewajipan. Walaupun negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan, namun sebenarnya kita tiada pilihan selain memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah negara kita.Sebabnya adalah kerana BN sebenarnya bertanding dengan siapa? Di dalam media2 utama di televisyen2 dan akhbar2 perdana hanya menyiarkan berita2 mengenai BN seolah2 hanya mereka yang bertanding dalam PRU13. Hanya BN yang mendapat liputan, hanya BN yang berkempen, hanya BN yang ditemuramah, hanya wakil2 BN yang dipanggil dalam rancangan wawancara dalam membincangkan isu2 politik. Malah hanya iklan BN yang wujud dalam TV seperti lagu Sayangi Selangor Yakini BN yang berulang2 kali dimainkan. Tapi bukan main lagi bersungguh2 nak rampas balik Selangor sampai ada lagu keluar kat TV. Negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah takde lagu ke?
Sumber gambar
Jangan kata kat TV dan radio sahaja, kat Youtube, Twitter, Yahoo dan lain2pun hanya ada iklan kempen BN sahaja. Mana ada iklan PR kat website2 popular? Macam mana nak jaga kerajaan kalau duit pun takde. Nampaknya hanya BN yang benar2 bersungguh untuk berkempen walau perlu keluarkan belanja yang banyak dengan menggunakan duit mereka sendiri.
Hanya BN yang mempunyai manifesto pilihanraya yang telah dilancarkan di sebuah acara yang gilang gemilang dan disiarkan secara siaran langsung untuk tontotan seluruh rakyat Malaysia. PR ada manifesto ke? Tak pernah tengok kat TV pun? Adakah media2 perdana ni tak sedar kewujudan PR atau memang PR tu memang tak wujud dan tidak bertanding kat pilihanraya?Yang aku tahu mereka hanya wujud di media perdana dengan cerita2 buruk sahaja seperti isu air, Talam, demonstrasi, skandal seks, liwat dan segala jenis macam keburukan. So buat apa kita undi PR lagi kerana segala keburukan mereka telah didedahkan dalam berita dan mereka takde pun keluar kat TV untuk memberi penjelasan dan pertahan diri mereka. Tak seperti pemimpin2 BN, segala dakwaan yang dilemparkan kepada mereka, mereka pasti keluar TV untuk defend diri mereka dan jelaskan perkara sebenar.
Malah, aku baca di suratkhabar perdana berita mengenai ulama Kelantan telah mengeluarkan hukum bahawa haram undi DAP, PAS dan seluruh pembangkang secara amnya, so buat apa nak undi mereka lagi sebab ianya haram, kalau undi lagi mestilah berdosa.
Dan yang cakap tu ulama, bukan cuma orang2 biasa je. Sapalah kita nak pertikai cakap ulama yang ilmunya bernilai RM2 juta tu.
So secara matematiknya, undi BN adalah wajib. Ini kerana mufti cakap mengundi itu wajib. Bila dah haram mengundi PR, maka secara tak langsung mengundi BN itu juga wajibseperti yang telah ditekankan oleh Ayahanda pertubuhan 3 line (JATI) iaitu Datuk Dr. Hasan Ali. So tiada alasan lagi untuk tidak mengundi BN.* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sebenarnya aku tak kisah pun sapa2 menang hatta BN atau PR. Kalau majoriti pilih BN, kita kena ikut suara majoriti. Kalau majoriti pilih PR, kita juga kena akur dengan suara majoriti, sebab negara kita negara demokrasi. Tapi yang sebenarnya demokrasi sebenar tak pernah wujud di Malaysia. Kita dipaksa untuk memilih satu parti sahaja. Tidak memilih parti itu membuatkan anda seorang penderhaka, pengkhianat negara, berdosa, tidak mengenang jasa dan akan membuatkan negara tidak aman, huru hara dan bankrap.
Seperti juga dalam sebuah pertandingan bintang paling popular di antara 2 selebriti, yang seorang selalu diberi peluang keluar kat media, TV, suratkhabar, majalah, ditemuramah dalam rancangan bual bicara, cerita2 yang keluar pulak semuanya cerita baik2 je. Yang seorang lagi jarang diberi peluang keluar kat media, kalau keluar pun mesti kat rancangan gossip cerita pasal kisah kontroversi itu ini yang buruk2 sahaja dan tidak pula diberi peluang untuk membela diri. Rasa2 siapa yang akan menang? Rasa2 adil ke pertandingan antara 2 selebriti ini?
So berbalik kepada situasi PRU13 ni, aku tanya korang balik, terutama penyokong BN, korang rasa adilkah pertandingan itu? Perlu ke korang buat macam tu semata2 nak menang? Korang rasa korang tak boleh menang ke kalau tak buat macam tu? Korang tak yakin ke boleh menang kalau peluang dan hak yang sama rata diberikan kepada PR untuk muncul dan berkempen di media2 utama?
Sejujurnya aku boleh katakan BN memang ada harapan besar untuk menang, tapi rasa2nya korang puas hati dan boleh berbangga ke dengan hasil kemenangan dalam sebuah pertandingan yang tidak adil dan sangat berat sebelah? PR kena hentam kiri kanan atas bawah secara beramai2 kat RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan lain2 media mainstream dan langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri, ibarat seorang budak yang kena buli beramai2.
Adil ke macam tu? Orang cakap kalau berani jomlah 1 lawan 1. Masalahnya nak 1 lawan 1 setakat nak berdebat antara pemimpin pun tak boleh ke, bukannya bergaduh bertumbuk pun. Kalau nak hentam, hentam depan2. Bukan hentam belakang2 dan guna seluruh jentera media untuk hentam sekali, cakap pula debat bukan budaya kita. Jangan kata negara maju seperti US, tapi negara Kenya yang boleh dikatakan lebih bawah dari kita pun calon pemimpinnya boleh berdebat depan2 untuk rakyat sendiri menilai sejauh masa misi dan visi mereka dan pilih yang mana lebih layak menjadi pemimpin mereka.
Aku cakap betul, andai kata DS Najib Razak berdebat dengan DS Anwar Ibrahim, dan Najib pulak dapat tapau dan patahkan hujah2 Anwar, konfirm sokongan rakyat kepada BN akan bertambah dan orang akan lebih respek kepada Najib. Dan selepas bagi ruang kepada PR untuk berkempen di media utama, BN menang pulak PRU13, semakin tinggilah tahap kehormatan orang ramai terhadap Najib. Masa tu pasti penyokong2 dan para pemimpin PR pun pasti akan tabik spring kepada Najib kerana membawa perubahan kepada demokrasi dan kebebasan media itu sendiri. Malah penyokong BN sendiri layak merasa bangga kerana menang dengan sangat bergaya dalam suasana yang sangat adil dan demokratik.Harap artikel aku ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada para pemimpin dan penyokong BN, bukan untuk mereka menyokong PR, tapi at least bagilah sedikit keadilan dan ruang kepada PR dalam PRU13 ni. Aku nakkan sebuah negara yang dah menggunakan sistem penjajah demokrasi ini sejak merdeka di mana rakyatnya berhak memilih mana2 pemimpin dan parti yang dia suka, bukannya sebuah negara separa komunis yang rakyatnya dipaksa secara halus dengan tidak diberikan pilihan untuk memilih pemimpin dan parti yang mereka suka, sebaliknya hanya boleh memilih sebuah parti sahaja buat selama2nya.
tags: undi bn barisan nasional satu kemestian kewajipan wajib ulama kelantan pondok geting tuan guru abdullah samaah ilmu ambo 2 juta pas dap pkr pakatan rakyat haram iklan kempen berita utama rtm1 rtm2 tv3 astro awani youtube twitter yahoo kos iklan video lagu sayangi selangor yakini bn keburukan kebaikan kes buli beramai pelajar student murid asrama sekolah vokasional miri sarawak debat adil keadilan demokratik demokrasi pilihanraya pru13 spr najib razak anwar ibrahim us kenya presidential debate bukan budaya kita utusan malaysia berita harian new straits times media elektronik cetak massa arus perdana berat sebelah bias
(Via Buasir Otak)