Perkongsian spontan tanpa kredit
Friday, July 10, 2015
Apakah Aqidah Yang Benar Lagi Sahih Mengikut Salafussoleh ?
1. Kalam Imam Malik mengenai 'istawa' dengan sanad yang sahih .
2. Manhaj Ulama' Salaf dan Khalaf dalam bab ayat Mutasyabihat .
3. Dalil daripada Al-Qur'an dan Hadis yang menafikan zat Allah 'berada' di langit .
4. Hadith Yang Mutawattirah adalah mengucap 2 kalimah syahadah untuk menentukan seseorang itu Islam.
5. Hadith jariyah yang menyatakan Allah di langit tidak diletakkan dalam bab AQIDAH. Tetapi di letakkan di dalam bab solat (pengharaman bercakap dalam solat) - Imam an Nawawi
6. Pencerahan yang sangat cemerlang dan menyelamatkan umat Islam dari fahaman mujassimah dan musyabbihah yang membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhlukNya.
Sumber
Thursday, June 6, 2013
Komen ZAM yang nampak cerdik sikit... (LM)
Antara Tan Sri Michelle Yeoh, Alleycats dan Fauziah Nawi — Zainuddin Maidin
6 JUN — Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam pada 1 Jun lalu.Seterusnya: Komen ZAM yang nampak cerdik sikit...
Friday, June 29, 2012
Salinan Waran tangkap bakal besan Najib, terlibat 6 kes jenayah
SEBELUM ini MiLo SuaM pernah mendedahkan bagaimana bakal besan Najib dan Rosmah, Maira Nazarbayev diburu Polis Antarabangsa, Interpol rujuk sini [Maira Nazarbayev].
Sejak siang tadi pula, bakal besan Najib dan Rosmah itu diberitakan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut rujuk sini [Maira Nazarbayev ditangkap].
Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah.
Baca terjemahan waran tangkap ini di sini, klik [ASD]
ReJaM© "Tidak lama lagi Najib pula bakal diburu Interpol? "
(Via MiLo SuaM)
Friday, June 15, 2012
Gambar Tangisan Air Mata TG Nik Aziz Semasa Solat Jenazah Ustaz Yahya
Kesedihan apabila perginya seorang alim ulama yang amat berguna tatkala dunia akhir zaman.
TG Nik Aziz amat rapat dengan al marhum Ustaz Ya.
(Via Kerabu Bersuara ®)
Saturday, December 3, 2011
Thursday, November 10, 2011
Simposium Tareqat Tasawuf Siri 2
Dimaklumkan Simposium Tareqat Tasawuf akan kembali dengan siri 2. Pihak penganjur akan adakan pada awal bulan Disember ini. Masih lagi mengekalkan Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek sebagai pembentang yang pertama manakala pembentang yang kedua ialah juga salah seorang ahli Jilsah Sufiah Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Dr. Abdul Manam Muhammad Al-Merbawi. Beliau adalah pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari dan mempunyai kepakaran dalam bidang Tasawwuf dan Tareqat serta perubatan Islam.
Sedikit perubahan yang di lakukan oleh pihak penganjur kali ini berkenaan bayaran bagi mendapatkan fail kertas kerja yang akan di bentang. RM10.00 ini adalah kerana untuk menampung sedikit kos penganjuran serta penyediaan jamuan dan mengisi tabung bagi pembinaan Pusat Pengamalan Tareqat yang masih lagi dalam pembinaan. Namun begitu bayaran itu hanya jika mahu memiliki fail kertas kerja serta DVD Simposium Tareqat Tasawuf Siri satu yang lepas.
Waallahua’lam..
(Mohon untuk sebarkan di blog/forum/web)
Terima kasih.
Tuesday, August 30, 2011
Mat Sabu Bukan Penghianat
DARI JELEBU
Hishamuddin Rais
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.
Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?
Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.
Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.
Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu
Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.
Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.
Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.
Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)
Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?
Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.
Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.
United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.
Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.
Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.
Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.
Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.
Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.
Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.
Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.
Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.
Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.
Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.
Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas. Perid. End. Fin.
Original Page: http://malaysia-today.net/mtcolumns/dari-jelebu/43132-mat-sabu-bukan-penghianat?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Monday, August 15, 2011
Fadhilat Sahih Solat Terawih
Suatu masa dahulu hadis tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Saidina Ali RA cukup popular ditampal di papan kenyataan masjid, di blog, email malah di media bercetak.
Antara kandungannya; daripada Saidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:
1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7. Malam Ketujuh: Dikurniakan Allah seolah-olah dia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Firaun dan Haman…
8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.
Bagaimanapun, hadis ini adalah hadis palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadis.
Maka bagi menggantikan hadis palsu tersebut, ada empat buah hadis yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;
1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan penuh kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: "Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).
Terjemahan;
Daripada Abdur Rahman bin Auwf, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya".
(HR al-Nasa'i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada.
عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.
Terjemahan;
Daripada 'Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: "Dari kalangan para siddiqin dan syuhada'".
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.
حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.
Terjemahan;
hadis Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: "Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail".
(HR al-Tirmizi)
Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadis palsu mengenainya.
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam.
Thursday, August 4, 2011
Polis Yang Baik
Mereka lupa informasi kini bukan lagi mereka yang kawal. Mereka lupa di Felda kini sudah ada wifi. Dan mereka lupa yang kini budak-budak pun tahu apa itu Google.
Jom sahur......
Tuesday, August 2, 2011
MB paling banyak kena bantai.
Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka. Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu.
Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:-
PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu."Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini).
Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang.
Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu.
Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang.
wfauzdin.blogspot.com"
Thursday, July 28, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Kapal selam punya hal
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.
Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.
Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.
Individu 'misteri' itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.
"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily
Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.
BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.
Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.
Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.
Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...
EDYES @ edyesdotcom
Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/edyesdotcom/~3/aFB8KxdjoEY/pecah-berita-pru13-september.html
--
Sent from Kaiten Mail for Android. Please excuse my brevity.
DIAMLAH BINI ROSMAH!
SHUT THE FAK UP!
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... MANA MUNKEE MB PAHANG... kah kah kah...
kah kah kah...KATA NAK BUAT FACEBOOK BODEK MAT MONGOL... kah kah kah..
kah kah kagh...KATA ADA 3 JUTA AHLI AKAN MASUK... kah kah kah..
kah kah kah.....TUNGGU TUNGGU TAK ADA?.... kah kah kah..
kah kah kah... BUJET DUA JUTA RINGGIT TAK KAN TAK CUKUP.... kah kah kah..
DARI TOPENG PERAK
Akhirnya satu Malaysia.com Di Godam Juga...
Lewat tengah malam tadi gua terima berita dari geng-geng Hackers - 1Malaysia.com dah kena hacke... Content tak diubah, tapi database dah release.
Hahaha... Gua cuma jawab - cool.
Bila dah kena hacke, gua tertanya-tanya berapa owner website bodoh ni dah habiskan untuk bayar 9 orang pakar IT untuk handle website ni.
9 orang..? ya..! Malumat dari hackers mengatakan bahawa website 1Malaysia dikendalikan oleh 9 orang "pakar IT" dan buat masa ni, ke 9-9 "pakar IT" tersebut, masing-masing tak tahu bahawa server mereka dah ditembusi oleh hackers.
Gua bagi jelas sikit la... Sebelum ni, owner website 1Malaysia.com telah memberi kepercayaan kepada 9 orang "pakar IT" bagi mengendalikan website tersebut.
Itu sebelum ni iaitu sebelum website tersebut dihacke... setelah dihacke, gua tak rasa website tersebut sedang dikendalikan oleh 9 orang "pakar IT".
Korang ingat geng-geng hackers ni kerja sorang ke..? diorang pun ada group jugak beb... Bila dah dapat tembus server satu Malaysia.com, gua tak rasa budak-budak hackers ni akan kemut sorang-sorang je akses ke server 1Malaysia.com...
Mesti la masuk ramai-ramai beb...
Tapi gua respek pada "etika" geng-geng hackers... Masing-masing masih bertahan tak kan buat kacau sampai "tiba masa"nya.
Sampai masa nanti, kita tengok apa akan jadi pada website 1Malaysia.com.
Gua nak tengok Bini RosMah garu kepala. Hahaha...!!!
5 hours ago
SHUT THE FAK UP!
Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/mILaLjPOfzM/diamlah-bini-rosmah.html
Sunday, July 17, 2011
note
BERSIH nampaknya semakin relevan di London. Ini mungkin kerana London itu jauh daripada ibu pejabat fru. Hishammuddin confirm sekarang sedang panas hati.
kahkahkah.
Sunday, July 10, 2011
Suara Rakyat Malaysia
Malas gua nak ulas panjang, biarlah mereka dengan keseronokkan sementara mereka itu. Yang pandai akan menilai dan gua yakin ramai yang buka mata.
Syabas pada mereka yang hadir semalam. Anda telah menunjukkan apa itu suara rakyat. Malaysia berbangga dengan anda
Saturday, July 9, 2011
Update BERSIH 2.0 (2) : From Around the blog and tweeter (Refresh Button Always)
the END
DR Zul: Tok Guru Haji Hadi Berada Di Balai Polis Jinjang. Allahukhbar! http://bit.ly/oXPkhQ
RT @RajaPetra: Headless Bersih rally still growing at stadium http://bit.ly/o2LNx3
RT @obefiend: No one can find IBRAHIM ALI....... fuck me! Silat LINCAH fucking WORKSSSS!! Meleis Ninja kenot be detected by PULIS! Respect! #LOL
Rakyat BERSIH yg bayar letrik guna wang sendiri http://bit.ly/qzftbK
Pak Samad Ketuai BERSIH 2.0 Serah Memo Jam 4.00 Ptg http://bit.ly/pWlBke
A Samad Said Tiba Bersama Para Demo Di Stadium Merdeka! Allahukhbar! http://bit.ly/r5M214
RT @mbnizar: FRU directed the tear gas shooting straight to us, pandemonium in KL Sentral, real cruel by PRDM, YB khalid serious head injury.
Dari kotak penalti stadium merdeka ni, gua tengok semua laluan ke stadium ditutup. Mereka masih belum menemui jalan makrifat. Pak Samad pun dah sampai. (via Firdaus Abdillah Hamzah)
RT @RajaPetra: Thousands at Jalan Hang Tuah and Jalan Hang Jebat, heading for Stadium Merdeka. A Samad Said already there.
Euphoria in Misery http://bit.ly/r3b200
Khalid Samad Dikejarkan Ke Hospital. Allahukhbar! http://bit.ly/mZxGaO
Rakyat BERSIH datang dengan ongkos sendiri http://bit.ly/nCEXxS
Live! Anwar Dihantar Ke Hospital Pantai. Teruskan Perjuangan! http://bit.ly/nMJtkE
Perhimpunan haram: Ambiga, Hadi, Mat Sabu, Tian Chua ditahan http://bit.ly/qXCOjH
Perhimpunan haram: Azeez ditahan kerana sertai Patriot http://bit.ly/q2mZEK
RT @ernamh: Malaysians mudah lupa: our forefathers rallied against the Malayan Union. You lot failed history ah?
RT @m2dayorg: Cops seize Ambiga, Pakatan leaders mid-march: (The Malaysian Insider) - KUALA LUMPUR, July 9 — Datuk Ambiga Sree... http://bit.ly/q53mhj
RT @IshamRais: PAK SAMAD JANGGUT: INI BUKAN ISREAL INI KUALA LUMPURNOTA:pejuangan diteruskanhalangan di lintasitembok di robohk... http://bit.ly/mQKh6k
[Bergambar & Video] FRU Semakin Mengganas, Pemimpin PAS Termasuk Ust Hadi Ditahan http://bit.ly/rlI9gV
Live! Tok Guru Haji Hadi Juga Ditahan! Allahuakhbar! http://bit.ly/pog2Sf
RT @obefiend: RACIST! Shame on you MELEIS -- RT @Reenamuhamad: Tangkap ambiga, kasi rogol sama dia. Mungkin laki pun tak lalu nak rogol sama dia.
RT @ShibliVision: Tips : kalau nak kena tangkap dgn polis, cakap je saya adik kepada abang long ayahanda bukit bintang. nama dia abang long fadhil... #LOL
RT @RajaPetra: Photo of Dataran Maybank: http://lockerz.com/s/118410065
RT @obefiend: #BSamadSyed Aku seperti kamu , Bangsa Malaysia merdeka, Ali, Lim, Barieng dan Ramu , berpegang tangan tanpa sengketa
RT @n_izzah: I can't believe how inhuman d police hv become. Tear gas fired directly at us; KU direct target. His bodyguard badly hurt, shielded dad.
Semakin ganas dan panas nampaknya - guaTuesday, July 5, 2011
Kenapa Perlu BERSIH
Kalaulah pilihanraya itu bersih maka demo bersih pastilah tidak relevan
Kerana pilihanraya itu kotor maka mereka menganjurkan demo bersih
Kerana masih percaya adanya ruang demokrasi di Malaysia inilah maka wujud rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih. Bukannya berdemo untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional
Bukan untuk meniru keadaan seperti di Mesir atau Tunisia. Bukan untuk menjahanamkan negara seperti yang di dakwa
Baca balik 8 tuntutan bersih. Bodoh sungguh mereka yang tak paham-paham ni. Jangan di percaya cakap-cakap Umno tu, mereka dah nazak.
BERSIH 2.0