Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Cerita aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita aku. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Awal Muharam

Bersedia dengan Azam yang baru bagi menaikkan semangat. Insya Allah

Monday, November 7, 2011

Aku takkan komplen kerja aku lagi dah.

Ada yang lebih sadis lagi demi sesuap nasi.. 

Saturday, October 15, 2011

Reflected City


Published on [daily dose of imagery]

Seem from Eglinton and Scarlet Road.

Wednesday, August 24, 2011

Seremban yang ku cintai

2011-08-24 09.05.092011-08-24 09.10.292011-08-24 09.10.362011-08-24 09.10.442011-08-24 09.10.53

Semoga sejahtera buat selamanya..

Sunday, July 24, 2011

Qasidah semalam yang mana saya hadiri dan saya dengar.


Memang sangat best.

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa selalunya blog ini mencela Barisan Nasional

Kerana Barisan Nasional itu adalah satu kumpulan yang diberi tanggungjawab memerintah tapi terlalu gagal kerana masalah korupnya yang dia sendiri tidak boleh nak selindungkan.

Negara ini adalah demokrasi maka kita ada pilihan. Di beri peluang hampir 5 tahun sekali dan kenapa kita tidak ambil peluang keemasan ini.

Iya betul mungkin Pakatan Rakyat juga korup serta rasuah. Namun dengan otak yang di kurniakan ini bukan masa untuk kita bergurau dan berlawak. Ini adalah sangat sensitif. Kesilapan kita mungkin, akan ada yang makan pasir atau akan gugur satu sistem yang positif.

Lebih 50 tahun UMNO dan BN itu memerintah, kita menyaksikan satu persatu sistem demokrasi itu layu, patah serta gugur. Kerana kerakusan mereka dalam pemerintahan sedikit demi sedikit negara ini semakin rendah kualiti jika di bandingkan dengan negara-negara yang pada asalnya kita tinggalkan jauh dalam sudut integriti, moral, kekayaan sumber , keadilan, keterbukaan dll.

Tiada negara yang lebih baik sistemnya melainkan pasti berlaku penukaran parti yang memerintah. Kenapa itu perlu anda runsing? Sumbernya tetap sama dan tiada apa yang berubah. Yang berubah cuma corak pentadbiran dan batang tubuh individu terlibat. Tiada banggunan yang bertukar dan tiada tiang lampu yang akan di alihkan. dan kita di beri peluang untuk menukar corak itu setiap lima tahun. Tidak lama dan tidak sempat untuk kita bangkrap kerana itu. Percayalah. Namun kalau kita bagi lagi UMNO dan BN peluang selama 50 tahun untuk mentadbr negara ini barulah justifikasi yang kukuh untuk melihat kehancuran itu.

Zaman maklumat yang tidak terbatas ini kita dapat lihat perubahan. Peralihan sokongan di bandar dan bekunya statistik untuk menukar lambang di kalangan orang luar bandar. Logiknya cukup mudah untuk kita faham. Siapa yang silap dan siapa yang benar dalam memangkah calon. Bukan bermakna yang di bandar tidak pandai/tidak berterima kasih/populasi kaum tetapi banyak mana penerimaan maklumat itu yang diterima. Maka gerak gempur kini perlu di luar bandar. Fokus perlu jadi 70/30 hanya di luar bandar.

Support bersih. Betulkan kembali dahan SPR yang telah layu. Biar pertarungan dalam PRU13 ini menggambarkan kekuatan parti yang bertanding secara asli dan muktamad. Dan kita pencenkan Ibrahim Ali yang busuk hati itu. Mahathir juga perlu fokus pada cucu-cicitnya pula.

Nanti gua sambung lagi....

Monday, May 23, 2011

Inilah realiti dalam perniagaan.


Indah khabar dari rupa. Politik pun sama. Tiada apa yang berbeza.

Memang sukar mencari yang telus. Ibarat menunggu kucing bertanduk.

posted from Bloggeroid

Friday, March 4, 2011

Mari kita menikmati kehijauan.

Kadang-kadang mata kita terlalu letih.


Perlu di cuci.

Agar segar kembali.



kredit pada mak dan abah..
hehe..

Thursday, March 3, 2011

Sebelum dan selepas mandi..



Untuk hiburan seminit. Gambar gua cilok dari thechive.com

posted from Bloggeroid

Friday, February 25, 2011

Maaflah

Twitter senyap, Facebook pun haram, blog apatah lagi...

Sibuk kemain.

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 8, 2011

Sementara itu..

Kanda kurang sihat la dinda. Dah sihat nanti kanda update ye..

posted from Bloggeroid

Monday, February 7, 2011

Bukan malas update.

Bukan aku taknak update. Dah taip panjang-panjang boleh pulak force close. Dah la update pakai hp.

Memang pedih jiwa dibuatnya.


Saturday, February 5, 2011

Pertama kali up entry pakai official blogger app for android

Ini entry cubaan sahaja ye. Bebudak IPhone janganla kutuk saya pulak tau.




Saturday, January 29, 2011

Tunisia dan Mesir. Berubah demi Islam.

Selepas Tunisia kini Mesir pula. Memang gua tak sangka. Masa dok belajar dulu kemain takut orang Mesir bicara berkenaan politik. Banyak SB katanya. Kini mereka buktikan.

Masa gua kat sana dulu tak nampak sangat jahatnya Mubarak ni. Pandai betul diaorang main nyuruk-nyuruk. Tertutup abis segala buruknya Mubarak ni.

Harapan gua agar mereka berjaya. Perlukan pengorbanan agar demokrasi itu tertegak dengan telus. 30 tahun bersabar pasti manis nikmat kejayaan itu. Bolehlah Al-Azhar lebih gemilang lepas ni.

Dan yang paling utama ialah pembelaan keatas Palestin. Mereka sudah cukup lama menderita. Biar kesengsaraan itu di tanggung zionis pula. Bebaskan juga al-Aqsa bumi suci kita. Agak generasi gemilang umat Islam lebih bersinar.

Mesir itu gagah namun ibarat harimau yang dirantai. Rantai bernama Mubarak. Lepaskan rantai ini nescaya kepingan arab lain akan menyatu.

Tunisia pelopor. Mesir mengekor. Moga segalanya berubah. Insyaallah....

posted from Bloggeroid

Thursday, January 27, 2011

Untuk Putera ni gua jawab persoalan lu.

Untuk pengetahuan lu, ini bukan blog politik. Tak semua entry dalam blog ini adalah entry politik. Ia adalah blog suka hati gua nak post apa-pun. Takda orang yang bayar gua bikin blog ni.

Gua tak pernah masuk blog orang lain iklankan blog gua ni. Biar sorang je pun masuk blog gua ni pun gua tak kisah. Ini hobi.

Lu nak komen kalau-kalau ada kesalahan fakta atau penipuan dalam artikel gua itu gua alu-alukan. Memang gua setuju. Tapi masuk dan buat kelolor ntah apa-apa memang lu gua maki.

Banyak lu kena tahu pasal alam blog ni.

Dah, lain kali jangan masuk lagi.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 23, 2011

Mudahkan la urusan kami ya Allah

2,3 hari ni hidup aku memang perit. Nak fokus prk Tenang pun kacau-bilau. Dengan badan tak berapa nak sihat ni pun maka bertambahlah lagi serabut dalam kepala.

Terfikir juga kenapa sampai begitu rumit dalam nak berbakti. Tak harap pun duit atau sanjungan.

Cuma aku berharap hanya 1..

Kalau pun aku terbuang dalam berjariah ini, padamu ya Allah aku berharap kau cabutlah sekali mereka makhluk perosak dalam organisasi ini.

Agar segalanya terpelihara.

Apa ye yang gua nak cakap hari ni?

Jahil murakkab. Memang ada orang macam tu. Cakap la macam mana pun dan dia takkan faham-faham.

Sumbernya dari bisikan-bisikan. What da hell? Jadi apa gunanya mengaji? Siang malam mengulangkaji buku dan menghafal? Begitukah neracanya untuk kita menilai kehebatan seseorang?

Sayangnya bila jadi begini. Orang yang kita harapkan untuk membimbing sudah hanyut dengan kebolehan yang entah apa-apa. Di akhirat, neraca Allah jualah yang benar.

Gua undur diri dulu...




######

Untuk hari ni je lah..

Thursday, January 20, 2011

Penat


Memang penat sangat. Cuaca pun terik. Memang mencabar di buatnya.
Kalaulah jadi menteri..

Twitter gua kembali menggegar.

Hanya di twitter.com/antusabun

Dijamin hidup anda tidak akan kosong lagi.

Kerana twitter antusabun rocks....

Kahkahkah....

Mesyuarat Agong tadi.

Gua akui mulut gua memang celupar..