Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Kapal Selam Nuklear Tercanggih Di Dunia Buatan British (8 Gambar)

 


Dengan kos pembinaan yang menelan belanja sebanyak £1 Bilion setiap sebuah, ia mempunyai sistem gelombang sonar yang boleh mengesan kapal-kapal lain di laut sejauh 3,000 batu dan mampu membawa muatan gergasi 38 buah peluru berpandu Tomahawk.

HMS Ambush, kapal selam serangan berkuasa nuklear terbaru pihak tentera Laut Diraja British merupakan salah satu kapal selam tercanggih berkuasa dari jenisnya yang pernah dicipta.

Kapal selam kelas Astute yang telah di lancarkan kini mempunyai teknologi yang sangat tinggi di mana ia tidak memerlukan periskop, sejenis alat untuk melihat keadaan di permukaan laut seperti yang lazimnya ada pada setiap kapal selam.

Anak-anak kapal dipercayai akan menggunakan sistem kamera digital untuk melihat di atas permukaan air apabila ia menyelam. Di bina oleh BAE System, ia mempunyai jumlah bahan api nuklear yang cukup untuk membuat perjalanan selama 25 tahun tanpa henti - memberi fleksibiliti yang besar untuk taktikal.

Reaktor nuklear yang dilengkapi pada kapal selam ini sangat kuat dan hanya memerlukan masa yang terhad untuk keperluan penyelenggaraan dan mengisi semula bekalan.Kapal selam kelas Astute ini merupakan yang paling besar, paling maju dan paling berkuasa dalam sejarah Tentera Laut, menawarkan reka bentuk bertaraf dunia dan senjata serba boleh.

HMS Ambush mampu membuat perjalanan sejauh 500 kilometer dalam sehari dan membolehkan ia berada di mana sehaja tempat di seluruh dunia dalam masa 2 minggu.

Ia juga merupakan kapal selam yang paling senyap pernah dibina, mampu melayari sepanjang perairan negara musuh untuk menurunkan tentera pasukan elit atau mengesan bot-bot musuh selama beberapa minggu.

Kuasa-kuasa asing akan mendapati mereka akan mudah dikesan dengan sistem sonarnya yang paling sensitif dan mampu mengesan kapal dalam jarak yang jauh. Peluru berpandu Tomahawk nya mampu menembak sasaran dalam jarak 1,200 batu jauhnya - menjadikannya senjata paling penting dalam armada tentera laut British.

Komander kaoal selam tersebut, Peter Green, 47 berkata kapal selam ini 'sukar ditandingi'. "Kapal selam ini menjadi satu langkah yang besar dalam operasi air", katanya pada Daily Mirror.

"Keupayaan mengesannya sangat menggerunkan. Ia mempunyai sistem sonar dengan kuasa pemprosesan sebanyak 2,000 komputer riba".

Trajektori persenjataan lain pada kapal selam ini tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. Sebanyak 103 anak kapal nya akan tinggal di kabin yang berukuran 2x1 meter dengan 18 anak kapal perlu berkongsi dalam satu bilik.

Kapal selam ini akan menjalani beberapa ujian sebelum ia boleh ditauliahkan dalam perkhidmatan tentera Laut.


p/s : Kapal selam kita lagi canggih. Bboleh menyelam di permukaan air... pergh... 

Sumber : Here

(Via Aku Stress Giler)

SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA

 


Kenyataan Terbuka
15 April 2013

SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA

Logo 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 16 September 2010. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya Logo dan konsep 1Malaysia adalah milik negara. Telah ratusan juta ringgit duit rakyat digunakan bagi membina dan mempromosi 1Malaysia. Lihat sahaja semua agensi kerajaan dan mana-mana sudut dalam negara ini telah diperkenal serta dinaikkan logo 1Malaysia. Malah, kerajaan telah menghabiskan RM77juta kepada sebuah syarikat berkaitan Israel, APCO worldwide yang memberi ilham penerbitan konsep dan logo 1Malaysia.

Namun mutakhir ini memasuki arena pertembungan pilihanraya menyaksikan logo 1Malaysia telah digunakan dalam kempen pilihanraya Barisan Nasional. Lihat di papan billboard, lihat di banner dan bunting, malah di bendera dacing juga terdapat logo 1Malaysia. Ini tidak sepatutnya berlaku.

SAMM ingin mengingatkan semua bahawa parti Barisan Nasional tidak membelanjakan walau sesen untuk membangunkan logo ini. Oleh demikian sudah semestinya BN tidak ada hak untuk guna dan pakai logo 1Malaysia termasuklah untuk kempen pilihanraya.

Bagi SAMM, tidak ada masalah jika pihak yang menggunakan logo 1Malaysia itu adalah untuk kempen program dan aktiviti kerajaan ketika masih memerintah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Barisan Nasional yang sudah tamat mandat sebagai kerajaan tetapi telah mencuri logo 1Malaysia untuk digunakan dalam kempen pilihanraya mereka.

Turut perlu diperhatikan, logo Barisan Nasional seperti yang kita kenal hanyalah berbentuk dacing. Meletakkan logo 1Malaysia di sebelah dacing menjadikan ianya entiti lain, bukan lagi logo parti BN.

Justeru itu, SAMM mendesak keras supaya SPR mengarahkan semua bendera parti BN yang mempunyai logo 1Malaysia diturunkan dan harus tidak dibenar untuk dinaikkan sebagai paparan umum. 1Malaysia adalah hak eksklusif negara dan tidak patut diguna oleh mana-mana parti untuk memancing undi.

SAMM juga menuntut SPR untuk batal penyertaan Barisan Nasional dalam PRU-13 jika mereka masih berdegil menggunakan logo 1Malaysia.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

(Via edyesdotcom)

Wednesday, July 4, 2012

[IKTIBAR] Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung

 

Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan.

Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!

(Via Kelab Greenboc)

Friday, June 22, 2012

LIN DAN KINI PEMAIN NO 1 DUNIA

 

Lin Dan rampas kedudukan pemain no. 1 dunia. Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.
 

 

Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.
 
Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.
 
Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.
 
 
Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012. 
http://feeds.feedburner.com/BulanPurnama

(Via Blog Bulan Purnama)

Tuesday, December 13, 2011

Antara kelebihan utama Siri (iphone 4s) yang perlu anda tahu.

Penggila gadget mungkin sudah mengenali Siri. Haha.. Tapi ada yang anda tidak tahu diantara kelebihan tersembunyi aplikasi iphone ini..


Monday, December 12, 2011

Antara video kreatif yang aku jumpa..

After-Effect yang gila-gila punya cun..

Friday, November 18, 2011

Mengenal status wanita berdasar pada pakaiannya



Joking... Just joking..
Jangan marah gua :-)

Tuesday, August 30, 2011

Gila Punya Best

haha.. Layankan aje. Harapkan Sepang Drag ape jadah keta ada Aircond pun join..

Saturday, July 16, 2011

Dunia yang sangat indah


Sumber

Sunday, February 27, 2011

Lagu untuk seronok-seronok...


Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Jangan seronok-seronok (boleh seronok-seronok)
Jangan happy-happy (jangan happy-happy)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Jangan seronok-seronok (boleh seronok-seronok)
Jangan happy-happy (jangan happy-happy)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Dari wartamaya.blogspot.com

posted from Bloggeroid