Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, December 29, 2012

Masalah Deepak Terkait Kepada Zahid Hamidi?

DAKWAAN DEEPAK ADA ASAS, WANG RAKYAT DISALAHGUNA UNTUK MENUTUP MULUT DEEPAK

Pada 30 November 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato' Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato' Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato' Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);

2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;

3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato' Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;

4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;

5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);

6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.

KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

29 DISEMBER 2012

Wednesday, December 26, 2012

Boleh pakai jugak ka cadangan bekas Pengerusi SPR ni?

 

Maksud aku, kalau orang macam aku yang jadi petugas SPR yang jalankan kerja pendaftaran semula tu, adakah aku akan mendaftarkan 'pengundi Umno BN'?

MalaysianInsider melaporkan:

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali menjelang pilihan raya umum (PRU) bagi menghilangkan kerisauan sesetengah pihak yang menganggap daftar pemilih sebagai tidak bersih.

“Jadi saya cadang begini. Lebih baik kita daftar tiga tahun selepas pilihan raya, kita daftar semula. Tapi kita perlukan RM50 juta,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online. - TMI.

Nampak menarik jugak cadangan bekas pengerusi SPR ni. Cumanya, boleh pakai ka cadangan tu? Maksud aku, boleh ka cadangan tu dilaksanakan? Buka masalah RM50juta, tapi kaedah perlaksanaanya.

TMI juga melaporkan:

“Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu.

“Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang.

“Kalau dia pindah pun, orang masih kenal dia. Masalah sekarang ini, dia pindah, orang tak kenal dia. Sebab dia pindah, alamat dalam kad pengenalan dia, alamat rumah sewa. Sudah bertukar tangan dekat 50 orang mana orang nak kenal. Jadi ini masalah,” katanya. - Ibid.

Kalau tengok kepada cadangan bekas pengerusi SPR ni, tentu punya SPR tak mampu nak buat sendiri kalau nak buat macam kaedah buat bancian.

SPR cuma ada pejabat di peringkat negeri, tu pun kakitangan berapa orang saja. Kalau nak harap depa ni saja yang buat kerja 10 tahun pun belum tentu selesai.

Jadinya tentu SPR terpaksa 'sub' kerja ni kepada pihak lain ataupun ambil petugas sementara. Isunya setakat mana integriti petugas-petugas tu.

Maksud aku, kalau orang macam aku yang jadi petugas SPR yang jalankan kerja pendaftaran semula tu, adakah aku akan mendaftarkan 'pengundi Umno BN'? Dan aku yakin Umno BN tentu akan pastikan orang-orang yang akan jadi petugas SPR tu mesti dikalangan orang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno'.

Jadinya, isu integriti tak selesai.

Lagi satu isu, kalau setakat sekali pi ke rumah, belum tentu boleh selesai. Mungkin tuan rumah atau penyewa rumah tu takdak kat rumah. Macamana pulak dengan golongan yang takdak tempat tinggal tetap.

Maksud aku, tentu punya akan ada yang 'tertinggal' tak masuk nama dalam daftar pemilih.

Kesimpulannya, cadangan ni walaupun namak menarik tapi sebenarnya langsung tak praktikal dan tak menyelesaikan masalah, malah bakal menimbulkan lagi banyak keraguan.

Jadinya, cadangan ni tak praktikal.

Pasai tu BERS✔H mencadangkan dibuat pendaftaran automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). SPR terus gunakan data yang ada pada JPN. Cukup saja umur 21 tahun, automatik nama masuk daftar pemilih dan layak mengundi.

Dan untuk mengelakkan isu 'pengundi luar' kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan berkenaan pertukaran alamat. Sapa yang didapati tak maklumkan pertukaran alamat kepada JPN dalam satu tempoh selepas berpindah, kira salah dari segi undang-undang dann boleh dihukum.

Aku tak pasti dah ada ka dak peraturan macam tu, tapi peraturan macam tu memang sepatutnya ada untuk memudahkan bukan saja SPR tapi juga agensi-agensi lain untuk berhubung dengan 'pelanggan' masing-masing.

Kalau dilaksanakan konsep pendaftaran automatik macam tu, bukan saja isu pengundi hantu dapat diselesaikan, tapi isu warganegara yang dah layak mengundi tapi belum mendaftar pun tak timbul lagi.

Dan kalau lepas tu pun masih jugak timbul lagi isu-isu berkaitan Daftar Pemilih, SPR boleh lepas tangan dan kita ramai-ramai belasah JPN pulak.

Sunday, December 16, 2012

Ratapan Orang UMNO Berbeza-beza

Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.

Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.

Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan?

Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia? tidak ada yang terpinggir dan tidak yang ditinggal? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang cakap besar mengenai model ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang bercakap besar mengenai ETP, GTP, NKRA nya dan lain2 singkatan kata2? Semua nya sudah dihumban keluar.

Kehdupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi selama ini akan berakhir.

Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada majoroti orang Melayu, kehidupan salaam 55 tahun dibawah penjagaan dan perlindungan UMNO menyebabkan 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM 1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya, rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minima tanggung jawab mana2 kerajaan dalam dunia.

Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih berbeza bagai bumi dengan langit daripada kehidupan yang dilalui oleh rakyat biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hidup istimewa. Pemimpin UMNO hidup sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasi.

Kita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang lain2.

Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza. Pemimpin, golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna kedudukan, kehdupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan istimewa dan aristocrat politik UMNO yang membudak budakkan dan membodohkan orang Melayu akan berakhir.

Kehidupan golongan elit yang dibangunkan diatas pembohongan bahawa orang Melayu terancam yang telah membolehkan golongan yang bercakap menegnai ancaman tersebut, akan berakhir. Itu yang golongan elit dan yang Dato Najib tangiskan dan pekikkan.

Rakyat biasa hanya manangisi kepada metos kehidupan yang telah direka oleh golongan elit UMNO. Yakni suatu hidup yang senentiasa terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55 tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyngkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah mereka lakukan?

Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi pemusnahan metos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya reality hidup yang selama ini mereka palsukan. -sakmongkol

Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2012/12/ratapan-orang-umno-berbeza-beza.html

Saturday, December 15, 2012

10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.
Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.
Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja.

Taktik KOTOR 4: Politik Wang.
Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap.

Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif.

Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi.
Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat.

Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit.
Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum.

Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang.
Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal.

Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas.
Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini.

Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah.
Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru kepada semua pengundi khasnya pengundi baru mesti mengetahui 10 taktik KOTOR UMNO/BN. Jangan kita terpedaya dengan manfaat segera yang berjangka masa pendek atau terperangkap oleh UMNO/BN yang telah pecah amanah yang diberikan oleh rakyat.

Marilah kita bersatu untuk menolak politik perkauman dan UMNO/BN untuk mendirikan sebuah Malaysia Baru yang bebas, adil dan demokrasi.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2012/12/10-taktik-kotor-umnobn-yang-rakyat.html

Kelakar la Ibrahim Ali ni

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menuduh kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu Umno dan PAS telah mengkhianati beliau kerana cemburu dengan kehebatannya.

Berikutan itu, Presiden Perkasa itu akan tetap mempertahankan kerusi parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Beliau menang atas tiket PAS tetapi kemudian meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Ibrahim mengatakan Umno mengkhianatinya kerana memecat beliau dari jawatan ketua bahagian

Dakwanya, Umno memecat beliau ekoran berlaku persempadanan semula kawasan parlimen.

"Umno telah melukakan hati saya…dia pecat saya tanpa sebab.


Mengenai PAS, Ibrahim berkata, menjelang pilihanraya umum 2008 pemimpin parti itu datang berjumpanya kerana mahu bekerjasama.

PAS, kata Ibrahim mahu bekerjasama dengannya kerana beliau ramai penyokong terutama di Kelantan.

Katanya, jasa beliau kepada PAS lebih banyak dari yang diberikan parti itu.

"PAS hanya memenangkan saya seorang tetapi penyokong saya memberi kemenangan yang banyak kepada PAS.


"Orang PAS tidak senang hati dengan saya kerana saya bersikap terbuka dan berani menegur.


"Saya jadi mangsa cemburu…apa yang saya buat hebat," kata beliau lagi.


Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2012/12/kesian-memang-sah-ibrahim-ali-neh.html

Najib, jawablah! Rakyat nak tahu.. (LM)

Najib tidak boleh membisu

Apa yang dibongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan daripada Najib, Hishamuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius.

Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat.

Original Page: http://wrlr.blogspot.com/2012/12/najib-jawablah-rakyat-nak-tahu-lm.html?m=1

Friday, December 14, 2012

Doktor di China Bakar Otak Pesakit untuk Ubati Gangguan Jiwa

Published on borak kosong |

Mungkin hanya orang-orang yang nekat atau putus asa yang berani menjajal terapi ini. Ada sebuah pengobatan di Cina yang dilakukan dengan cara membakar sel-sel otak untuk menyembuhkan pasien gangguan mental. Ya, mungkin hanya pasien gangguan mental yang bersedia mencobanya.

Pengobatan ini sebenarnya bersifat medis, namun masih menjadi kontroversi di kalangan para ahli sampai sekarang. Prosedurnya disebut ablasi nucleus accumbens, di mana ahli bedah membakar bagian otak yang berfungsi memproses kesenangan.

Prosedur ini pernah dilarang pada tahun 2004, namun beberapa rumah sakit tampaknya masih melakukannya pada pasien penyakit mental seperti depresi, gangguan obsesif kompulsif dan kecanduan. Beberapa operasi juga dilakukan untuk tujuan penelitian.

Operasi ini dilakukan dengan kondisi pasien masih terjaga. Bagian otak yang ditargetkan adalah nucleus accumbens yang menghasilkan hormon dopamin dan endogen. Sejumlah kecil sel-sel otak di area ini akan dibakar sampai mati.

Bagian otak ini bertanggung jawab atas terjadinya kecanduan dan juga berfungsi mengontrol perasaan senang. Pada pasien penyakit mental lain selain kecanduan, pembakaran sel-sel otak bisa ditujukan pada bagian lain yang bertanggungjawab atas terjadinya penyakit.

Operasi ini pernah memicu kontroversi di barat pada tahun 1930-an, namun praktiknya belum lenyap sama sekali. Di Amerika Serikat dan Inggris, operasi seperti ini dilakukan kurang dari 25 kali dalam setahun. Kebanyakan ditujukan untuk meredakan gejala depresi berat dan gangguan obsesif kompulsif.

Sebelum menjalani operasi ini, umumnya dibutuhkan waktu setahun untuk mendapat persetujuan pasien. Menurut beberapa ahli, seharusnya operasi ekstrim ini juga meminta persetujuan ahli saraf, ahli etika, psikiater dan ahli bedah terlebih dahulu.

Sayangnya, prosedur pengobatan di China tampaknya tidak perlu berbelit-belit. Seorang dokter bedah di sana mengaku telah melakukan prosedur ini sebanyak hampir 1.000 kali pada tahun 2007. Beberapa keluarga pasien mengaku dipaksa menyetujui prosedur ini dan seringkali menyebabkan anggota keluarganya mengidap gangguan lain yang tidak pernah dialami sebelumnya.

Misalnya, ada yang mengaku anggota keluarganya menjadi cacat fisik setelah menjalani ablasi nucleus accumbens. Ada seorang mantan pasien wanita yang meneteskan air liur tak terkendali dan lengan kanannya lumpuh. Ada juga seorang pemuda yang jadi melantur bicaranya.

Tentu saja pasien yang ingin menjalani operasi ini harus berpikir seribu kali. Selain berisiko, biayanya juga amat mahal dan seringkali tak selesai hanya dengan sekali terapi. Beberapa dokter mematok biaya US$ 5.000 atau sekitar Rp 48 juta, jauh melebihi pendapatan rata-rata warga Cina.

Penelitian terbaru yang dipublikasikan dalam jurnal kedokteran di Barat menjelaskan bahwa metode ini memang amat berisiko. Dari 60 orang peserta penelitian yang ingin mengobati kecanduan, lebih dari separuh berakhir dengan efek samping permanen setelah menjalani ablasi nucleus accumbens berupa hilang ingatan.

Sebanyak 53 persen peserta penelitian mengalami perubahan kepribadian. Dokter mengatakan bahwa perubahan yang terjadi sering membuat pasien jadi lebih penurut. Dalam waktu 5 tahun setelah menjalani operasi, 53 persen peserta kumat penyakitnya.

Utusan disahkan sebar fitnah lagi!! dan diarah bayar RM50K kepada Karpal Singh.

Hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia dibuktikan oleh Mahkamah Tinggi sebagai penyebar fitnah.. dan mangsa fitnah mereka ialah Karpal Singh pula.

Ini berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pihak Utusan membayar RM50,000 kepada Karpal kerana artikel yang memfitnah beliau pada tahun 2008.

Hakim telah mendapati artikel bertajuk "DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu" sememangnya berniat jahat...

Aku pun tak tahu dah berapa kali dah Lidah Rasmi UMNO ni kalah saman di Mahkamah sebab sebar fitnah..

Dan ini juga membuktikan dakwaan Ketua Wanita UMNO bahawa Allah bersama Utusan ( baca di SINI ) hanyalah kata-kata untuk memperbodohkan perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu..

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal.

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia "berniat jahat".

"Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan," kata hakim tersebut.

Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.

Dalam artikel "DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu" berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan ~ The Malaysian Insider

Dah berulang kali rasanya Utusan yang menjadi Lidah Rasmi UMNO ini dibuktikan menyebar fitnah oleh Mahkamah... tapi yang aku hairannya masih ada yang percaya dengan laporan Utusan ni..

Buta hati atau Buta perut mereka-mereka itu?

Original Page: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/12/utusan-disahkan-sebar-fitnah-lagi-dan.html

Thursday, December 13, 2012

Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar Wahai Najib

Hairan bin ajaib. UMNO guna segala media dalam TV, Radio, Akhbar Harian serta cyberuk2 upahan mereka untuk menyebarkan serangan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Pada waktu yang sama, UMNO begitu yakin sekali dengan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Antara tuduhan2 jahat tersebut adalah:

1.0 Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat
2.0 Anwar Ibrahim adalah seorang penzina
3.0 Anwar Ibrahim adalah seorang agen Yahudi
4.0 Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Barat
5.0 PAS telah membuang hukum Islam kerana takutkan DAP
6.0 PAS telah membuang agenda Negara Islam demi DAP
7.0 PAS telah membuang hudud demi DAP
8.0 DAP anti Melayu dan Anti Islam
9.0 Nurul Izzah sokong hak untuk murtad
10.0 PAS Kelantan tak bina masjid
11.0 Pakatan Rakyat tidak tepati janji


Sekiranya semua tuduhan2 ini benar maka tiada alasan untuk Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Namun, sehingga hari ini Najib Tun Razak diam membisu. Yang kita dengar hanyalah alasan-alasan dangkal serta dalih-dalih basi yang datang dari jentera UMNO dan Barisan Nasional.

Kata orang tua-tua, "Berani Kerana Benar. Takut Kerana Salah".

Kata orang tua-tua juga, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"


Bagi Tulang Besi, selagi Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, selagi itulah semua serangan-serangan UMNO dan Barisan Nasional kosong semata-mata.
TULANG BESI

Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiaWaves/~3/389b_2qoYTE/kalau-benar-sila-debat-dengan-anwar.html

Tulisan Biadab Bekas Menteri UMNO Di Utusan Malaysia Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan 'sampah' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan.Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat.

Malah tiada permohonan maaf serta sikap berdiam diri Barisan Nasional menggambarkan artikel itu adalah seolah-olah adalah pendirian rasmi regim Malaysia itu, dan tidak menggambarkan langsung usaha Datuk Seri Najib Razak yang berpendidikan terbuka di Britain, untuk membawa satu pembaharuan dalam "tranformasi' yang dilaungkan, dengan cara rendah mengekang pembangkang dalam pilihanraya.

Sebagai bekas Presiden Republik Indonesia, Prof. Dr. Ing BJ Habibie pastinya salah seorang tokoh yang membawa imej negara republik itu ke mana-mana sahaja negara yang beliau kunjungi, dan menjadi satu imej terhormat di dalam dunia yang terbuka ini untuk beliau rapat dengan sesiapa sahaja yang beliau inginkan tanpa ada sifat prejudis.

Menghina BJ Habibie adalah laksana menghina bangsa Indonesia itu sendiri secara keseluruhannya, meski semasa era pentadbiran beliau tetap menerima kritikan dan perbalahan isu dalam negara, tetapi beliau tetap dihormati sebagai bekas Presiden yang membawa Indonesia melalui zaman reformasi dengan begitu baik, adil dan saksama.

Ternyata Barisan Nasional sebagai pemerintah gagal memainkan peranan diplomatik yang diperlukan sebagai sebuah kerajaan berdaulat. Mencipta konfrontasi dengan negara luar apatah lagi di saat banyak isu dua hala yang tidak selesai, menggambarkan kerajaan Najib Razak sudah begitu lemah dan pura-pura bertenaga untuk memimpin lima tahun ke hadapan.

AIC bertegas bahawa penulisan dan etika Zainuddin Maidin itu sama sekali tidak boleh diterima, dan hanya mewakili pandangan individu dan parti komponen Barisan Nasional sahaja, jauh sekali menggambarkan pendirian rakyat Malaysia secara menyeluruh. Rakyat Malaysia menjunjung hubungan baik dengan Republik Indonesia sebagai sahabat terdekat, yang sentiasa bersama-sama negara ini dalam suka dan duka sepanjang penubuhannya sejak dulu.

Justeru, penulisan Zainuddin Maidin harus dipandang sepi, sebagai satu interpertasi seorang penulis, dan bekas Menteri yang akhirnya telah bertukar menjadi satu penulisan yang cukup bodoh dan kurang ajar, berniat mencemarkan hubungan dua hala semata-mata mencuba untuk memburuk-burukkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia yang sebenar diterima oleh pimpinan dunia terutama di Asean.

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia

Ahli MPR Indonesia akan hantar surat bantahan kepada Najib berhubung penghinaan terhadap Habibie

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.

Habibie sebagai "anjing imperialis".

Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.

Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.

"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.

"Kita berharap tindakan yang tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas menteri penerangan," katanya di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu.

Zainuddin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai "sombong" dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka "anjing imperialis".

"Saya tidak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton [di Unisel] untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutamanya selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Maidin di dalam ruang editorial Utusan, menurut Jakarta Globe.

Pengerusi parti pemerintah Indonesia Parti Demokratik Anas Urbaningrum juga membantah kenyataan Zainuddin.

"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan. "Dia tidak seharusnya mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya.

Ini tidak sepatutnya berlaku," kata Anas lagi.

Beliau juga menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainuddin kepada Habibie ke atas penghinaannya, kata akhbar itu lagi.

Selasa lalu, Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Jakarta tidak melayan artikel tersebut dan menganggap itu cuma "perkara remeh".

Menteri itu dilaporkan berkata bahawa kenyataan Zainuddin adalah "gila", tetapi tidak berminat untuk membaca artikel tersebut, dengan menambah bahawa kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.

Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu Zainuddin memohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dengan berkata kenyataannya dapat menambah ketegangan Malaysia dan Indonesia. -TMI

Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2012/12/tulisan-biadab-bekas-menteri-umno-di.html

Nik Aziz jadi Wali pada Apek?.. bodohnya Pencacai UMNO nie..

Nak kata dia ni bodoh.. nampak macam tak lah bodoh sangat pasal dia tahu menulis dan membaca.. tapi dari apa yang ditulisnya tu nampak dia bodoh lah pulak..

Sebabnya dari apa yang dia tulis nampak sangat dia tak tahu nak bezakan antara Jurunikah dan juga Wali..

Ada ka patut dia kata Nik Aziz jadi Wali pada Apex pulak..

Lain kali kalau tak tahu.. bertanya jangan main tulis membabi buta macam babi yang buta saja..

Apex tu lelaki jadi dia tak perlukan Wali untuk berkahwin.. yang perlukan Wali ialah Leuniey dan walinya ialah Ayahnya sendiri..

Dalam perkara ini wali kepada Leuniey iaitu ayah kepada Leuniey telah menyerahkan kepada TG Nik Aziz untuk menyempurnakan pernikahan Apek dan anaknya Leuniey..

TG Nik Aziz telah dijemput sebagai jurunikah yang akan menikahkan mereka berdua… bukannya sebagai wali..

Buat malu orang Penang saja Blogger dari Unit Media Baru ni..

Ini laporan berkaitan…

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri.

Kalaulah Allahyarham Mat Kilau masih hidup, tentu dia akan kata kepada Blogger UMNO tu "Hish!! Hang ni buat malu nama aku saja!!!.. kalau bangang tu janganlah tunjuk kat orang!!"
Lagu ini ditujukan khas untuk puak disebelah sana…

blogspot.com  |by Anak Sungai Derhaka on December 13, 2012

Akibat kebodohan Pemimpin UMNO.. inilah hasilnya..

Korang pernah dengar ayat "When the mouth moves faster than the brain"?.. beginilah hasilnya bila bercakap tak guna otak..
Tapi aku tak mahulah buruk sangka terhadap pemimpin UMNO ini.. sebabnya mungkin dia hendak menggunakan otaknya dulu sebelum berkata-kata.. tapi sayang.. otaknya tak ada, jadi macam mana dia nak berfikir..

Hasilnya.. hubungan dua buah negara yang kini tegang dengan beberapa insiden melibatkan salah laku seks yang dilakukan terhadap Amah dari Indonesia, kini bertambah tegang..

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai "anjing imperialis".
Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan.

Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.

"Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya.

"Kita berharap tindakan yang tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas menteri penerangan," katanya di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu.

Zainuddin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai "sombong" dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka "anjing imperialis".

"Saya tidak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton [di Unisel] untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutamanya selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya," kata Maidin di dalam ruang editorial Utusan, menurut Jakarta Globe.

Pengerusi parti pemerintah Indonesia Parti Demokratik Anas Urbaningrum juga membantah kenyataan Zainuddin.

"Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan.

"Dia tidak seharusnya mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata Anas lagi.

Beliau juga menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainuddin kepada Habibie ke atas penghinaannya, kata akhbar itu lagi.

Selasa lalu, Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Jakarta tidak melayan artikel tersebut dan menganggap itu cuma "perkara remeh".

Menteri itu dilaporkan berkata bahawa kenyataan Zainuddin adalah "gila", tetapi tidak berminat untuk membaca artikel tersebut, dengan menambah bahawa kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia.

Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu Zainuddin memohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dengan berkata kenyataannya dapat menambah ketegangan Malaysia dan Indonesia.

~ The Malaysian Insider

blogspot.com  |by Anak Sungai Derhaka on December 13, 2012

Wednesday, December 12, 2012

Thor yang mistik

Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan

Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.
Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.

Detik Islam

Mengetahui kebenaran itu ada harganya

Buku biografi isteri kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor setebal 164 muka surat bakal diterbitkan dengan harga RM150 yang dilihat mampu dimiliki semua rakyat Malaysia, pelajar universiti khususnya yang menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 tiada alasan lagi untuk tidak memiliki buku ini kerana dalam buku ini mengandungi pelbagai bacaan berilmiah seperti pengalaman dan perjalanan hidup beliau sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini dan yang paling penting, ia akan menjawab segala kontroversi, tohmahan dan fitnah kepada beliau.

Ya, dengan RM150 sahaja anda bakal mengetahui sendiri kebenaran yang selama ini menghantui diri anda mengenai Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Mungkinkah di dalam buku ini akan terjawabnya isu2 kontroversi yang melanda diri beliau sebelum2 ini seperti:

Kontroversi video Rosmah perempuan puaka?

See Video: http://www.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM

Isu penganugerahan dari universiti dan institusi pengajian luar negara seperti Curtin University dan Stevens Institute of Technology?

Isu yang mengaitkan beliau pernah berkahwin dengan Farid Ismeth Emir?

Isu iklan beliau dalam akhbar New York Times?

Isu kewujudan Bahagian F.L.O.M (First Lady of Malaysia) di JPM?

Isu yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya?Dan pelbagai lagi isu dan kontroversi...

Ya aku harap aku akan dapat segala2 jawapannya lepas membeli buku RM150 ini yang bagi aku tersangat sangat berbaloi-baloi. Tak sangka segala macam kontroversi Rosmah Mansor ni boleh digunakan sebagai bahan untuk dijadikan buku dan dijual pada orang ramai. Ini sangat GENIUS.

Korang pun tak seharusnya melepaskan peluang membeli buku ini untuk melengkapkan koleksi berharga buku korang, kerana ia mungkin akan dinobatkan sebagai Book of The Years dan mencipta rekod jualan buku terbanyak di dalam Malaysia Book of Records.

Kalau aku dah beli nanti, jangan harap aku nak bagi orang lain pinjam atau cerita kat orang lain. Gila kau aku kena bayar RM150 untuk tahu cerita dia, takkan aku nak cerita kat orang lain free2 je. Nak tahu beli sendiri, jangan download PDF atau beli yang fotostat, beli yang original ya, sama2 kita membantu dan meningkatkan martabat karya dan buku tempatan.

Original Page: http://buasirotak.blogspot.com/2012/12/mengetahui-kebenaran-itu-ada-harganya.html

ISTERI PEMIMPIN KITA PULA BAGAIMANA?

Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala melihat isterinya Fatimah penuh dengan perhiasan hasil pemberian pembesar kerajaan lain,seraya berkata pada isterinya,

"wahai Fatimah,aku memberi kamu dua pilihan.samada kamu menyerahkan perhiasan itu kepada Baitul Mal atau kita berdua berpisah wahai Fatimah."

"aku tidak sanggup melihat kamu dipenuhi dengan pelbagai perhiasan kemewahan,sedangkan rakyatku berada dalam kesusahan dan kesengsaraan,jika mereka lihat kamu dalam keadaan sedemikian aku bimbang mereka akan berdukacita."

lalu Fatimah menyerahkan segala perhiasan tersebut kepada Baitul Mal kerana terharu dengan percakapan suaminya,dan juga kecintaannya kepada ALLAH dan ISLAM melebihi segala-galanya.

Bagaimana pula dengan pemimpin kita?

Original Page: http://naimnikmat.blogspot.com/2012/12/isteri-pemimpin-kita-pula-bagaimana.html

Isu Khalwat: The Star Jatuh Martabat Macam Utusan Malaysia

Akhbar milik MCA, The Star sudah sama tarafnya dengan Utusan Malaysia apabila ia mensensasikan berita yang mengelirukan bertujuan untuk menakutkan pembaca khusus di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ia berikutan tajuk muka depan akhbar itu semalam 'Khalwat issue heats up' dengan liputan tiga muka surat bertujuan memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran beramanah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiusaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata, perkara sebenar yang berlaku hanya berkaitan perlakuan tidak bermoral di kawasan awam di mana tindakan akan dikenakan melalui peraturan pihak berkuasa tempatan sedia ada dan langsung tidak ada kaitan dengan undang-undang Islam seperti yang didakwa akhbar berkenaan.

Katanya, tindakan The Star itu adalah satu perbuatan yang memalukan, tidak bermoral dan penuh muslihat.

"Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.

Eksploitasi isu itu, tambah Chin Tong secara langsung menjatuhkan wibawa dan maruah The Star kerana membenarkan diri mereka dijadikan alat propaganda jahat politik menyebar api kebencian dan perkauman sama seperti Utusan Malaysia,

"The Star mengeksploitasi kekeliruan pembaca di kalangan bukan Islam mengenai perbezaan ketara antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Sepatutnya sudah tidak ada isu yang boleh dibangkitkan lagi kerana ia sudah dijawab dengan sangat jelas oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada sebarang kes khalwat berlaku." ujarnya.

Menyifatkan ia sebagai taktik kotor BN untuk menang pilihan raya, Chin Tong berkata, media kawalan BN sudah bersedia mencipta dan mensensasikan berita dengan membelakangkan fakta dan kebenaran menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, beliau berharap seluruh pendokong parti dalam Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Kerangka Dasar Bersama dan Buku Jingga agar tidak mudah dikelirukan atau terperangkap dengan jerat BN.

-Roketkini

Original Page: http://greenboc.blogspot.com/2012/12/isu-khalwat-star-jatuh-martabat-macam.html

Friday, December 7, 2012

Saya bukan pengkhianat - Musa Hassan

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.

"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.

Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.- SH

Original Page: http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/12/saya-bukan-pengkhianat-musa-hassan.html