Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Showing posts with label kuih talam. Show all posts
Showing posts with label kuih talam. Show all posts

Sunday, May 5, 2019

Bingka Tepung Beras resipi mudah kuih warisan orang lama


Bismillahirrahmanirrahim,
.
Bingka Tepung Beras (atau dikenali juga sebagai Bengkang Tepung Beras di utara), kuih tradisional Melayu yang sedap dan harum dengan bahagian di atasnya garing.
Kali ini buat lembut macam orang tua dulu-dulu buat (kena hati-hati waktu potong).
.



Bingka Tepung Beras (loyang 8x8 inci)
@surianti_kitchen
.
Bahan-bahan :
🔵240 g tepung beras (saya pakai cap teratai)
🔵70 g tepung Hoen Kwe (dijual di pasaraya)
🔵150 g gula pasir
🔵Secubit garam
🔵1500 ml santan (saya perah santan dari 2 biji kelapa dan campur dengan air dan sukat jadi 1500 ml)
.
Cara penyediaan :
🔵Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapis.
🔵Masak atas api perlahan hingga tekstur jadi sedikit pekat.
🔵Sapu loyang 8x8 inci dengan sedikit minyak.
🔵Curahkan adunan tadi.
🔵Panaskan oven selama 10 minit.
🔵Bakar kuih pada suhu 180’C selama 50-1 jam.
.
🛑Penting : biarkan kuih betul-betul sejuk selepas 4 atau 5 jam baru dipotong kerana semasa kuih masih panas, teksturnya masih lembut. Ingat tau ✌️


Thursday, December 21, 2017

Bingka labu sedap untuk minum petang

Bismillahirrahmanirrahim,

Bingka Labu (loyang 9 x 9 inci)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A
400 gm labu -buang kulit, timbang dan potong kecil
-rebus hingga empuk, toskan airnya dan lecek halus

Bahan B
2 biji telur (kocok sedikit dengan garfu)
230 ml santan pekat
200 ml air
160 gm susu pekat
100 ml susu cair
120 gm gula pasir
300 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam
-satukan semua dalam mangkuk besar dan kacau sebati, tapis jika masih berketul

Bahan C
Bijan
-untuk tabur di atas bingka,sukatan ikut citarasa sendiri. Jika suka banyak, boleh tabur lebih

Cara penyediaan :
1. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan loyang kosong tadi untuk dipanaskan bersama.
2. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Curahkan ke dalam loyang yang kita telah panaskan tadi.
3. Bakar bingka selama 50 minit - 1 jam mengikut oven masing-masing. Selepas 15 minit pembakaran, keluarkan dan tabur bijan pada permukaan bingka. Kemudian sambung semula bakar hingga masak. (Tips supaya bijan tidak tenggelam)
4. Jika suka berkerak sedikit di permukaan atas, boleh sambung pembakaran lagi 5 minit api atas sahaja.
5. Setelah siap bakar, tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong (anggaran selepas 3-4 jam)



Wednesday, May 31, 2017

Serimuka Durian yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam 5 Ramadhan buat semua pengunjung blog Jendeladapur Surianti yang dikasihi, rasanya masih belum terlewat untuk mengucaokan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diberkati Allah SWT. Aamiin.

Resepi ini Sue pernah share dulu. Kali ini masih menggunakan resepi yang sama juga. Resepi cara orang tua dulu-dulu, menggunakan sukatan cawan.
Silakan share, semoga bermanfaat.

Seri Muka Durian
Oleh : Surianti Ramli
(Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci)
Bahan-bahan :
Bahagian bawah (pulut)
2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Cara penyediaan pulut :
1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut.
2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan.
Bahagian atas/kepala
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan isi durian
1 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
Cara penyediaan bahagian kepala :
1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisar/blender).
2. Tapis adunan dan masak di atas api sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik.
5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaannya. Tutup api.
6. Tunggu hingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik.




Tuesday, December 6, 2016

Serimuka durian terlajak sedap, pembuka selera

Bismillahirrahmanirrahim..
Antara yang menjadi kegemaran keluarga Sue, serimuka durian. Bak kata anak-anak, terlajak sedap. Suami Sue pun sama juga, tak boleh berhenti makan katanya. Jadi ketagih..hihihi... jom kita lihat resepinya.





Seri Muka Durian
Oleh : Surianti Ramli
(Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci)

Bahan-bahan :
Sukatan menggunakan cawan metrik

Bahagian bawah (pulut)
2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan pulut :
1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut.
2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan.

Bahagian atas/kepala
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan isi durian
1 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning

Cara penyediaan bahagian kepala :
1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisar/blender).
2. Tapis adunan dan masak di atas api sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
3.  Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik.
5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaannya. Tutup api.
6. Tunggu hingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik.





Thursday, September 22, 2016

Talam Suji kuih kegemaran

Bismillahirrahmanirrahim..
Talam suji yang mudah dan sedap.


Talam Suji
Resepi Chef Zubaidah
Sumber : Citarasawan
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Loyang 10 x 10
Bahan Lapisan Bawah
140gm tepung suji
20gm tepung gandum (3Tbsp)
2 biji telur
pewarna lemon yellow
120gm gula pasir
750ml santan cair (3 1/4 cawan)
1/2 tsp garam
Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
700ml santan pekat
1 tsp esen vanila
1 1/2 tsp garam
150gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
80gm gula pasir (1/4 cawan)
200gm gula melaka (Sue letak gula merah)
1 tsp coklat emulco
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.