Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

Sunday, May 5, 2019

Spaghetti Aglio Olio paling sedap

Bismillahirahmanirrahim,
.
Spaghetti Aglio Olio
(bermaksud “Spaghetti [with] garlic and oil") , serius sedap pada kami sekeluarga.
Kalau ada parmesan cheese, lagi sedap ditabur di atasnya. Kali ini stok parmesan cheese kehabisan pula, pun masih sedap juga.
.


.
Bahan A
🔵1/2 pek spaghetti Adabi (250 g)- rebus hingga lembut dalam air mendidih, toskan
🔵1 sudu besar garam
🔵2 sudu besar minyak zaiton
🔵Air (anggaran separuh periuk)
.
Bahan B
🔵5 sudu besar minyak zaiton
🔵3-5 ulas bawang putih
🔵1/2 cawan air rebusan ayam (kalau tiada, ambil 1 kiub pati ayam , larutkan dengan air jadikan 1/2 cawan)
🔵300 g udang
🔵Garam (secukup rasa)
🔵2 sudu besar chilli flakes (boleh tambah jika suka lagi pedas)
🔵1/2 sudu besar lada hitam serbuk
🔵Buah tomato ceri
🔵Daun parsley segar dihiris , jika tiada gunakan parsley kering - anggaran 3 tangkai
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga harum.
2. Masukkan air rebusan ayam bersama udang.
3. Masukkan garam, chilli flakes dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih sedikit. 
4. Masukkan spaghetti dan daun parsley. Kacau goreng hingga sebati. 
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri. Kacau rata. Siap !



Sunday, May 27, 2018

Spagetti terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi spaghetti yang sedap ini asalnya dari IG doktor cantik yang terer masak, kak @drinahar. Terima kasih kak, saya panjangkan resepinya di sini.


RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE
Sumber : @drinahar
Dicuba oleh : Surianti Ramli
.
Bahan-bahan
.
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege (*saya tak letak)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!
.
Cara-cara
.
Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional) serta lada hitam.Tambah garam, gula secukupnya.Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.



Tuesday, February 24, 2015

Spaghetti Carbonara mudah

Sue masak spaghetti carbonara (sos putih) ni masa tak sihat baru2 ini. Memang tak ada selera nak makan yang lain kecuali spaghetti...ala2 mat saleh pulak hihihi... seadanya yang mudah, ringkas dan sedap. Cepat je penyediaannya. Sekejap je dah siap.


Spaghetti Carbonara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
Spaghetti (atau lain jenis pasta)
-didihkan air bersama secubit garam dan 2 sb minyak zaiton.
-masukkan spaghetti dalam air tadi dan rebus sampai lembut.
-toskan dan lalukan air biasa sekejap.

Sos Carbonara (Sos Putih)
-1 labu bawang besar didadu
-1 keping daging kisar (saya guna Ramly)
-1 tin sos Prego Carbonara Mushroom (tin biru)
-1/2 cawan susu segar
-1 sb serbuk lada hitam
-cendawan butang secukupnya (saya letak 7 biji)
-1 sb mentega untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daun parsley kering

Cara masak sos carbonara :
1. Cairkan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging kisar bersama sedikit air. Rebus sekejap hingga empuk.
3. Masukkan sos carbonara, cendawan butang, susu segar dan garam. (Garam letak sikit saja kerana sos ini sendiri telah ada perisa garam) Masak dalam api perlahan hingga mendidih.
4. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau sebati dan tutupkan api.
5. Sedia dihidang bersama spaghetti. Taburkan daun parsley kering di atasnya.
Siap.

Wednesday, September 18, 2013

Spaghetti yang sedap

Title post kali ni, masuk bakul angkat bakul sendiri hehehe....resepinya biasa-biasa je..tapi menjadi kesukaan anak-anak. Sampai tak makan nasi langsung disebabkan makan spaghetti ni. Alhamdulillah.



Bahan-bahan :
1 paket spaghetti
1 tin sos prego tradisional
1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato)
1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
6 batang sosej dihiris nipis
1 keping daging kisar Ramlee
Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin)
Garam
Gula
Air secukupnya
2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya)
Minyak zaitun

Cara masak :

Spaghetti
Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap.

Kuah spaghetti
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Bila telah kekuningan, masukkan buah tomato yang dipotong dadu. Gorengkan sekejap.
2. Masukkan sos prego, daging kisar dan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan daun oregano. Biarkan masak dalam api perlahan anggaran 5 minit. Tutupkan api dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.


Catatan Sue :
Sue edit balik post ini memandangkan ada kawan2 yang tak tahu bawang holland & daun oregano bagaimana bentuknya.

Gambar ehsan dari google :

Bawang holland




Daun oregano boelh dibeli di pasaraya dan kedai peralatan bakery, sekadar memberi contoh jenama Masterfood. Terdapat juga jenama lain dan ada juga yang dijual dalam peket plastik