Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts
Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts

Sunday, May 5, 2019

Nasi Goreng Cina Seri-Aji yang sangat mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Mudahnya memasak nasi goreng menggunakan Perencah Nasi Goreng Cina Seri-Aji®. Tak perlu kopek bawang atau remeh dengan penyediaan pelbagai sos. Hanya taburkan perencah ke dalam nasi goreng. Bukan sekadar menjimatkan masa, malah rasanya yang sangat sedap pasti memenuhi selera keluarga.
.
Boleh dijadikan salah satu menu untuk bersahur yang sangat cepat dan ringkas penyediaannya. Dengan tambahan kurma yang mempunyai pelbagai khasiat dan dapat memberi tenaga sepanjang hari.


.
Nasi Goreng Cina Seri Aji
Cadangan hidangan : 4-5 hidangan
🎬@surianti_Kitchen
.
Bahan-bahan :
🔵6 sudu besar minyak masak
🔵200 g isi ayam, dipotong kecil
🔵15 ekor udang
🔵50 g lobak merah, dipotong dadu
🔵50 g kacang panjang, dipotong kecil
🔵2 biji telur
🔵4 cawan nasi putih
🔵1 paket Seri Aji Perencah Nasi Goreng Cina 26 g
🔵5 biji kurma, buang biji dan potong kecil
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ayam, udang, sayuran dan telur.
3. Tambahkan nasi dan taburkan 1 peket Seri Aji Perencah Nasi Goreng Cina 26 g.
4. Gorengkan hingga sekata.
5. Taburkan dengan kurma, kacau goreng hingga sebati. Hidangkan ketika panas.
.
Kepada semua follower @surianti_kitchen, jangan lupa sertai SERI-AJI®️ Peraduan Beli & Menang. Nilai hadiah melebihi Rm10,000 untuk dimenangi !

Beli mana-mana SERI-AJI®️ Perencah Nasi Goreng bernilai RM3 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.  

Ambil gambar bungkusan SERI-AJI®️ Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar. 

Layari http://www.ajinomoto.com.my/sahurcontest, isikan borang dan muat naik gambar tersebut. 
Tempoh : 25th MAC 2019 – 5th  JUN 2019

Tertakluk kepada terma dan syarat. 
.
#jendeladapursurianti #foodblogger #foodies #foodporn #chinesefriedrice 

#SERIAJI #NASIGORENG #RESIPIASLILENGKAP #RESIPISEDAP #RESIPIMUDAH #JUADAHBERBUKA #SAHUR #PERENCAHNASIGORENG

Monday, December 3, 2018

Nasi goreng kampung yang mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim,



Nasi Goreng Kampung
.
Bahan-bahan :
2 cawan beras - dimasak menjadi nasi dan biarkan sejuk
3 biji telur
Sayur kangkung - rendam sekejap dalam air bersih untuk membuang pasir, cuci bersih dan ambil bahagian daun dan batang yang lembut saja
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
.
Bahan tumbuk :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi (boleh kurangkan atau tambah)
Segenggam ikan bilis - rendam sekejap untuk melembutkannya
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum.
2. Tolak bahan tumisan ke tepi kuali, masukkan telur. Kacau dengan cepat menjadi telur hancur.
3. Masukkan nasi sejuk, tabur garam di atasnya. Kacau goreng hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan sayur kangkung. Goreng sebati, matikan api.


.
Nota :
Saya tak letak sos ikan atau serbuk perasa (aji) sebab alahan & akan jadi migrain. Kalau suka anda boleh tambah

Monday, May 28, 2018

Nasi Goreng Kampung Seri-Aji untuk bersahur

Salam Ramadhan 1439H buat semua, 
Post awal untuk beri idea kepada kawan-kawan menu bersahur. Berkolaborasi dengan Seri_Aji sekali lagi, alhamdulillah.

Biasanya untuk sahur kami sekeluarga akan makan hidangan yang ringkas dan mudah serta cepat disediakan. Dengan adanya perencah nasi goreng kampung SERI-AJI, masa memasak dapat dijimatkan kerana perencahnya lengkap dengan bahan-bahan asli seperti ikan bilis, cili padi dan belacan.
.
Nasi Goreng Kampung SERI-AJI® dengan Murtabak
.
Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak masak
20 g ikan bilis
200 g isi ayam, dihiris
100 g murtabak dipotong kecil
100 g sayur kangkung, dipotong 3cm
2 biji telur
3 ½ cawan beras (dimasak menjadi nasi)/ 550 g nasi putih
1 peket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g
.

Cara penyediaan: 
1. Panaskan minyak masak. 
2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam hingga separuh masak. Masukkan murtabak.
4.  Campurkan sayur kangkung dan telur, goreng sebati. 
5. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g. 
5. Taburkan ikan bilis. 
6. Kacau goreng hingga sekata. Hidangkan ketika panas. 

Tanpa perlu menumbuk bawang atau cili atau sebarang sos/kicap mahupun penggunaan garam. Hanya gunakan perencah nasi goreng kampung SERI-AJI®, semuanya lengkap.

Jangan lupa untuk sertai Peraduan Beli & Menang SERI-AJI®️ untuk menang set alatan memasak, set pinggan mangkuk dan banyak lagi bernilai RM10,000!
.
Macam mana nak sertai?
1. Beli SERI-AJI®️ Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan. 
2. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI®️ Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar.
3. Tempoh peraduan bermula 18 April 2018 hingga 17 Jun 2018. 
4. Layari http://www.ajinomoto.com.my/contest/, isikan borang dan muat naik gambar tersebut.
.
#nasigorengkampungseriaji 
#nasigorengkampung #ajinomoto #simpleyetdelicious#jendeladapursurianti
#makansahur #resepicepat #mudah #takpayahtumbuk #sedap#resepiaslilengkap #nasigorengsurianti

Sunday, May 27, 2018

Nasi Goreng Simple

Bismillahirrahmanirrahim,
Jemu dengan nasi dan lauk untuk makan sahur ? Apa kata kita goreng nasi goreng yang simple ini.


Nasi Goreng Simple
Bahan-bahan :
2 cawan beras dimasak, biarkan menjadi nasi sejuk
.
Bahan tumbuk :
3 biji cili merah
5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
.
Bahan lain :
Sayur kesukaan (saya letak karrot & sawi,boleh juga tambah kobis)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 biji telur - digoreng hancur terlebih dulu, ketepikan
.
Cara masak :
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sayur, kacau sekejap. Masukkan nasi, tabur garam merata & goreng dengan cepat. Masukkan telur hancur, kacau rata. Siap !
*kalau suka boleh goreng ikan bilis berasingan & tabur atas nasi goreng.




Tuesday, May 22, 2018

Nasi Goreng Kampung Seri-Aji untuk bersahur

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam 6 Ramadhan 1439H buat semua, 
Biasanya waktu sahur, kita  akan masak hidangan yang cepat, kan..Kadang-kadang mata pun masih mengantuk, betul tak ?
Jemu dengan nasi berlauk, jom kita masak nasi goreng kampung yang mudah dan lazat ini.


Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®
Surianti Kitchen
.
Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
30 g ikan bilis
200 g isi ayam dipotong kecil
200 g sayur kangkung dipotong 3cm
2 biji telur
3 ½ cawan beras (dimasak menjadi nasi)/ 550 g nasi putih
1 peket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26 g
.
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.
4. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
5. Taburkan ikan bilis.
6. Kacau goreng hingga sekata. Hidangkan ketika panas.
.
Tanpa perlu menumbuk bawang atau cili atau sebarang sos/kicap mahupun penggunaan garam. Hanya gunakan perencah nasi goreng kampung SERI-AJI®, semuanya lengkap.
.
.
Jangan lupa untuk sertai Peraduan Beli & Menang SERI-AJI®️ untuk menang set alatan memasak, set pinggan mangkuk dan banyak lagi bernilai RM10,000!
Macam mana nak sertai?
1. Beli SERI-AJI®️ Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.
2. Ambil gambar bungkusan SERI-AJI®️ Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar.
3. Tempoh peraduan bermula 18 April 2018 hingga 17 Jun 2018.
4. Layari http://www.ajinomoto.com.my/contest/, isikan borang dan muat naik gambar tersebut.
.
#nasigorengkampungseriaji
#nasigorengkampung #ajinomoto #simpleyetdelicious #jendeladapursurianti
#makansahur #resepicepat #mudah #takpayahtumbuk #sedap #resepiaslilengkap



Tuesday, December 13, 2016

Nasi Goreng Cili Kering cara orang kampung yang sedap, menggamit nostalgia

Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah beberapa hari tidak bersiaran, hari ini Sue teringin sangat untuk makan nasi goreng cili kering. Dulu masa kecil, Sue berjiran dengan satu keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Setiap kali bermain dengan anak-anak mereka, Sue selalu juga dijamu makan nasi yang di masak oleh keluarga berkenaan. Sedap dan meriah walaupun ringkas sahaja. Waktu itu nasi goreng kosong tanpa sayur pun sedap sangat. Tapi kali ini Sue masukkan sedikit kacang buncis sebagai tambahan.


Nasi Goreng Cili Kering
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan beras dimasak dan biarkan sejuk (lagi elok jika 4 - 5 jam sebelum kita menggoreng)
10 tangkai cili kering direndam dalam air panas sehingga lembut
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm belacan
50 gm ikan bilis
2 biji telur
10 tangkai kacang buncis dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Cili kering, bawang, belacan, garam dan ikan bilis ditumbuk kasar. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk tadi hingga harum baunya dan sedikit garing.
3. Masukkan sayur kacang buncis, kacau sekejap.
4. Kuiskan bahan tumbuk dan sayur ke tepi kuali. Pecahkan telur di bahagian tengah kuali dan kacau dengan cepat hingga telur masak.
5. Masukkan nasi dan goreng sehingga rencah sebati dengn nasi. Matikan api.

Siap.
Anda mesti cuba, mudah dan sangat sedap.


Thursday, February 5, 2015

Nasi Goreng Sardin yang sedap, ringkas dan mudah

Jom kita breakfast nasi goreng sardin yang sedap ini. Mesti cuba, memang sedap insyaAllah walaupun bahannya simple sahaja.


Nasi Goreng Sardin
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya  dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali.  Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya.
Siap.

Sedap. Selamat mencuba.

Wednesday, January 22, 2014

Dinner dengan Nasi Goreng Tomyam

Makan apa malam ni ? Apa kata kita makan nasi goreng tomyam. Sedap ! Jom kita lihat resepinya.


Bahan-bahan :
6 cawan nasi (yang telah dimasak lebih awal)
2 kiub tomyan knorr
100g sotong
100g udang
100g isi ayam
1 batang karot dipotong dadu
1 mangkuk kecil kobis dihiris halus
1 labu bawang besar*
2 batang serai*
7 biji cili padi*
1 inci halia muda*
Garam secukup rasa
Daun limau purut
3 ulas bawang merah (untuk ditumis)
1 ulas bawang putih (untuk ditumis)
2 biji telur digoreng hancur

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik baunya.
2. Masukkan bahan kisar dan kiub tomyam. Masukkan isi ayam dan biar hingga masak.
3. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sekejap. Masukkan sayur dan garam. 
4. Masukkan nasi serta daun limau dan kacau goreng hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur hancur. 

#lebihkan cili padi jika anda suka pedas#

Siap. Sedia dihidang. Anda mesti cuba ya....sedap !


Saturday, September 14, 2013

Nasi Goreng Cina untuk sarapan

Salam semua, selamat berhujung minggu. Lega rasanya minggu ini cuti sampai Isnin sempena hari Malaysia 16 September. Cuti-cuti macam ni, boleh la memasak. Kalau hari bekerja, kelam kabut berkejar masa. Sarapan apa pagi ini ? Jom kita masak nasi goreng. Senang dan mudah disediakan.
*Tips untuk memasak nasi goreng, pastikan nasi yang hendak digoreng itu dimasak 5 jam sebelum anda menggorengnya supaya nanti jadi peroi dan cantik (tidak lembek atau hancur). Biasanya Sue masak pada waktu malam sebelum tidur sebagai persediaan untuk digoreng pada waktu pagi.


Nasi Goreng Cina (versi saya)

Bahan-bahan :
2 cawan beras dimasak menjadi nasi
5 ulas bawang putih dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong baji
2 keping dada ayam dipotong dadu
*jika suka boleh juga masukkan udang atau sotong
3 biji telur dijadikan telur hancur (scrambled egg)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Garam halus secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada sulah

Hiasan : daun sup, daun bawang, cili merah

Cara masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
3. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Masukkan nasi, garam halus, kicap, sos tiram dan lada sulah. Kacau rata hingga sebati semuanya.
4. Akhir sekali, masukkan telur hancur. Kacau rata dan sedia dihidang bersama taburan daun sup dan daun bawang serta cili merah yang dipotong.

Tuesday, July 9, 2013

Nasi Goreng Pedas

Hari ini insyaAllah hari terakhir bulan Syaaban dan esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Anda masak apa untuk sarapan? Sue cuma masak nasi goreng je. Menu sarapan terakhir sebelum bersahur esok.

Bahan-bahan :
3 cawan nasi
3 biji cili merah (ditumbuk)
6 biji cili padi (ditumbuk)
Sedikit belacan (ditumbuk)
Secawan ikan bilis (direndam sekejap supaya lembut dan ditumbuk kasar)
Sayur kacang panjang dipotong halus (terpulang pada pilihan masing-masing)
7 ulas bawang merah ditumbuk kasar
Garam
Kicap manis
Telur 3 biji digoreng hancur

Cara masak :
1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis dan digoreng hingga ikan bilis hampir garing.
2. Masukkan bawang dan cili tumbuk. Kacau sekejap hingga harum baunya.
3. Masukkan garam, sayur dan nasi. Masukkan kicap dan dikacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng hancur. Kacau sekejap. Tutup api. Sedia dihidang.