Monday, 3 December 2012

'New Malaysian Order' untuk rakyat.



Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang, serupa dengan apa disebut Tun Dr Mahathir, berusaha untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi hakiki sebuah rejim yang semakin hari semakin nazak. Sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan UMNO.

 Nada DS Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah. Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia. Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Dato’ Ambiga Sreenevasan: “Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba.”

Pemilihan Agung UMNO 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik Ketakutan yang dijulang Umno dan Politik Harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik. Dan satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Nurul Izzah.

No comments:

Post a Comment