KUALA LUMPUR, 21 Julai — Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkata pihaknya tidak menuduh penolong pengarah Kastam Diraja itu dibunuh tetapi mungkin wujud unsur jenayah sehingga menyebabkan kematiannya pada 6 April lalu.
Sehubungan itu menurut Maziah Manap, 50, pendedahan yang dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin menerusi siri tulisannya termasuk yang semalam walaupun tidak pasti kebenarannya, harus disiasat oleh pihak polis.
Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam soal siasat ke atas Sarbaini.
Menurut Maziah, pihaknya masih menaruh harapan pada inkues yang akan disambung semula pada 2 Ogos ini untuk menyiasat punca kematian suaminya.
“Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah.
“Kami sukacita menegaskan bahawa kami tidak menuduh bahawa arwah telah dibunuh, namun kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah atau foul play yang menyebabkan kematian arwah tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru kata Maziah, ekoran pendedahan Raja Petra itu pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.
“Disebabkan timbulnya petunjuk-petunjuk baru yang didedahkan oleh Raja Petra, kami dengan ini memaklumkan akan membuat laporan polis bersabit dengan pendedahan tersebut dan memohon agar pihak polis melakukan siasatan rapi dan dengan penuh saksama agar kebenaran dapat diserlahkan,” katanya.
Semalam peguam keluarga Awtar Singh berkata pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini membunuh diri seperti mana yang didakwa.
Beliau juga akan meminta mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.
Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.
Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.
Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya.
Setakat hari ini, Raja Petra telah mengeluarkan lapan entri.
Hari ini editor blog itu menyiarkan pernyataan dalam pemeriksaan yang diambil oleh Penolong Penguasa Mohd Rosly Mohd Saupi pada 2 April lalu.