Showing posts with label rosmah. Show all posts
Showing posts with label rosmah. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak...


Oleh: Shahbudin Husin

Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramaniam untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Dia boleh menuduh bermacam perkara, bebas mengadakan sidang akhbar dan senang dihubungi media untuk memberi komen mengenai konflik yang dhadapinya. Dia juga bebas bergerak seolah-olah tiada apa yang dibimbanginya.

Sementara Najib, Rosmah dan pimpinan UMNO lainnya tidak berani bersuara menyanggah apa yang disuarakan oleh Deepak, agensi kerajaan seperti polis dan SPRM juga bagaikan sudah kehilangan kuku untuk bertindak terhadap Deepak.

Wednesday, 12 December 2012

Deepak Dedah Ada Puak Dalam Umno Mahu Gulingkan Najib,Rosmah


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. "Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu.

Monday, 10 December 2012

Kehadiran Najib & Rosmah Dikedai Makan Daun Pisang, P. Jaya, Tidak Diperduli


Blog Omak Kau!!!!

Kehadiran najib dan rosmah dikedai makan daun pisang, petaling jaya...Langsung tidak diambil kisah oleh pelanggan disana!!!!!

Kesian Najib Razak... kehadiran beliau bersama sama dengan Rosmah dan anak lelaki mereka disebuah kedai makan daun pisang di Jalan Gasing Petaling Jaya, Selangor tengah hari tadi tidak diambil peduli dan pusing oleh para pelanggan yang kebetulan berada disana.

Yang sibuk rasa teruja ialah tuan punya kedai makan dan kakitangannya saja.
Mengapa boleh terjadi sebegini rupa sedangkan kalau dilihat disemua media milik dan kawalan UMNO dihebahkan seolah-olah Najib Razak seorang pemimpin yang diminati dan dikagumi rakyat.

Realitinya?.. Orang ramai dah tahu ini hanya satu sandiwara bagi tujuan nak naikkan imej beliau sekeluarga yang kononnya seorang pemimpin yang cukup sederhana dalam gaya hidup.

Tapi sayang sekali.. rakyat tidak mudah tersilau, terpukau, terpegun dan tergamam dengan lakunan murahan Najib anak beranak.

Yang nampak rasa pelik kehadiran mereka anak beranak ialah seorang pelancung asing yang duduk bersebelahan mereka....Itu pun sekadar menzahirkan rasa hairan.. Sepasang suami isteri bersama anak lelakinya makan tengah hari dikelilingi para kakitangan tetapi pelanggan lain buat tak kisah!!!

Monday, 3 October 2011

Sembang belakang kemaih... suruh cakap depan pengecut...!!


Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar

TERKINI @ 05:39:04 PM 03-10-2011
October 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.

Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.

Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan “memancing” maklumat daripada mereka.

“Saya tidak boleh memberi keterangan yang relevan tentang apa yang dibawa oleh responden pertama (Anwar),” kata Hisham yang membacakan kandungan afidavit Najib.
Afidavit Rosmah juga mempunyai penjelasan yang sama.

“Bagaimanapun kami ingin berhujah bahawa pertemuan pada 24 Jun tiada neksus, tiada kaitan dengan insiden 26 Jun 2008.

“Responden pertama mahukan Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan, pengesahan mengenai apa yang berlaku pada 24 Jun tiada kaitan dengan tingkah laku utama... insiden pada 26 Jun, bukan sehari awal ataupun selepas itu,” kata Hisham.

Oleh itu kata beliau, mereka tidak ada hak perundangan untuk memanggil mana-mana orang yang tiada kaitan dan tiada relevan dengan tuduhan.

Wednesday, 24 August 2011

Adakah Rosmah kerja 'part time' sebagai penganjur pameran berlian? - CheguBard

Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta.

Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu.

"Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini.

Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu.

Isu memohon maaf beliau semakin ketara apabila media tradisonal Umno menyiarkan berita kononnya akhbar Indonesia Kompas juga memohon maaf dari Najib.

Namun, Malaysiakini melaporkan, permohonan maaf dari Kompas itu tidak jelas kerana ia hanya disiarkan dalam satu berita temubual akhbar Indonesia itu dengan Najib dan bukannya menarik balik laporan asalnya.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Menurut Che'Gubard (gambar atas), dia tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan.

"Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?" kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

"Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co." tulis beliau lagi.

Monday, 22 August 2011

TERGOLEK!! Suara Keadilan Minta Maaf Pada DS Rosmah??


Semalam akhbar Kompas Indonesia sudah pun meminta maaf pada DS Rosmah. Kerana ada berita dan artikel dalam akhbar tersebut menyimpang dan berunsur fitnah. Nak baca boleh klik SINI.

Di Malaysia juga ada dua tiga akhbar pembangkang termasuk Suara Keldaian yang mengutarakan isu yang sama. Malah isu itu menjadi muka depan akhbar terbabit.

Malah isu ini juga diguna pakai oleh blogger dan facebooker Pakatan Haram untuk melancarkan serangan bertali arus dengan niat memburukkan Isteri PM dan kerajaan Malaysia.

Apakah selepas ini Suara Keldaian akan meminta maaf?

Atau terus membiarkan isu ini berlalu tanpa rasa bersalah walaupun isu itu adalah fitnah?

Rasanya tak kot..

Kalau tak minta maaf pun takpa, kita semua tahu, fitnah ni memang makanan puak Pakatan Pembangkang