Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Thursday, 8 September 2011

PANAS!! Kalau KDN tak bertindak, kemungkinan rakyat akan bertindak keatas Mat Sabu!!



Mat sabu makin kurang ajar! Satu lagi forum diadakan untuk terus menghina pejuang negara. Satu-satu forum yang diadakan hanya untuk menafikan peranan Tunku Abdul Rahman sebagai bapa kemerdekaan.

Mat Sabu juga terus menerus mengutuk pasukan keselamatan, terutamannya polis dengan mengatakan polis pada tahun 1950 ialah polis British. Sedangkan kita semua tahu bahawa pada tahun 1948 pasukan polis sudah pun diiktiraf sebagai Polis persekutuan tanah melayu. Ini bermakna polis yang gugur dibukit kepong, bukan polis british tetapi Polis Malaya.

Berdamping pula dengan Hisham Rais, seorang aktivis bebas yang sememangnya pelacur politik belaan Anwar dan juga anti sejarah. Mat Sabu seolah-olah mencabar undang-undang negara apabila terus mempertikaikan sejarah Malaysia dan peranan pasukan keselamatan sewaktu kemerdekaan.

Mc percaya, semangat rakyat untuk melihat Mat sabu yang kurang ajar ini tumbang semakin membuak-buak. Jika berterusan begini, pihak berkuasa masih terus membiarkan Mat Sabu merepek merapu dan celupar. Pasti akan ada yang membuat tindakan sendiri untuk hentikan Mat sabu dari terus menghina sejarah dan pejuang kemerdekaan.

Adakah KDN dan pihak berkuasa nak tunggu rakyat sendiri bertindak, baru mereka nak ambil tindakan? Nak tunggu sampai bila?

Tuesday, 14 June 2011

Tu dia mai UTUSAN haram tak batal pun permit depa..!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat teguran kepada akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran berita bertajuk "Malaysia Negara Kristian?" yang disiarkan pada 6 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, surat teguran itu dikeluarkan pada 12 Mei lalu atas kesalahan menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai mengikut peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Hishammuddin berkata, polis juga masih giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dari semua sudut terutamanya terhadap laporan akhbar itu dan juga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis perjumpaan paderi-paderi seluruh negara di sebuah hotel di Pulau Pinang itu.

Lim bertanya apakah asas laporan muka depan Utasan Malaysia yang menyatakan paderi-paderi berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

"Sehingga jawapan ini disediakan sebanyak 63 laporan polis dibuat berhubung isu berkaitan.

Sebanyak 60 rakaman percakapan diambil dan lima wartawan Utusan Malaysia dirakam percakapan mereka untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis juga masih lagi mengesan beberapa orang saksi penting bagi melengkapkan siasatan kes itu.