Showing posts with label MB kedah. Show all posts
Showing posts with label MB kedah. Show all posts

Friday, 8 March 2013

MB Azizan 'ditikam' oleh ahli PAS sendiri,bakal hilang jawatan MB.



Sekumpulan ahli Pas mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah secara baik kerana didakwa gagal membela kebajikan mereka. Desakan itu juga dikaitkan dengan peribadi Azizan yang dikatakan 'sombong' dengan mengeluarkan kenyataan memegang dua jawatan penting parti dan kerajaan negeri bukan kerana Dewan Ulama Pas Kedah.

 Tindakan itu turut menggambarkan Azizan seolah-olah tidak menghormati serta mengiktiraf peranan Dewan Ulama Pas Kedah sebagai tempat rujukan hal ehwal berkaitan parti serta kerajaan negeri. Difahamkan, dalam soal pemilihan calon Azizan lebih banyak berbincang dan mencatur kedudukan sesuatu Parlimen dan Dun bersama Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dan Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad.

 Mereka juga kecewa apabila sewaktu kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Kedah Jumaat lalu, Azizan didakwa tidak membenarkan pertemuan diadakan antara Abdul Hadi dengan Dewan Ulama Pas Kedah. Antara beberapa dakwaan lain termasuk wujud konspirasi pemilihan calon yang perlu mengambil kira calon yang memenuhi kehendak akar umbi dan pelbagai lagi. Ahli Pas Dun Sungai Limau, Mohd Salleh Mohd Abu, 61, berkata, tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

 “Kita minta beliau berundur dengan meletak jawatan secara baik demi perpaduan ahli Pas di negeri ini,” katanya kepada media di rumahnya di Kampung Bahagia, Yan, Kedah, di sini semalam. Sementara itu, Ahli Keselamatan Pas Kawasan Jerai, Ramli Salleh, 56, berkata, mereka sendiri kini sudah dapat merasai sendiri kekecewaan individu dari kalangan parti tertentu yang sanggup bertukar parti kerana masalah kepimpinan.

 “Kita sudah bagi mandat kepada mereka untuk memimpin parti mengikut perjuangan asal tetapi mereka gagal. Ia seperti sebuah kapal yang belayar tetapi nakhoda mabuk laut, justeru nakhoda perlu ditukar supaya kapal tidak karam. “Jika keadaan ini berterusan, kemungkinan kira-kira 2,000 penyokong Pas yang kini berada atas pagar tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi seterusnya sokongan terhadap Pas di kawasan ini akan merosot,” katanya

Tuesday, 28 February 2012

KASI PANAS!! Krisis MB Kedah, Nik Aziz mula campur tangan?


MB
Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara Exco Kedah dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Februari 2012 di Seri Mentalon, Alor Star. Antara Exco yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan Che Khalib, Taulan Mat Rasul, Abdul Ghani Ahmad dan Amiruddin Hamzah.
Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah diminta pendapatnya berhubung keengganan Exco-Exco tersebut untuk terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz diharapkan mampu memberikan penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda kepimpinan Kedah. Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan yang dibuat dengan Mursyidul Am PAS itu,Phahrolrazi dan tiga orang kawannya yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak, tidak berjaya memperolehi apa yang mereka inginkan.

Dalam pertemuan berkenaan, Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Taulan Mat Rasul melahirkan rasa tawar hati untuk terus memegang jawatan Exco. Jika dikehendaki, mereka ingin terus memegang jawatan dalam parti, tawaran untuk jawatan Exco, mereka akan tolak dan begitulah sebaliknya.
Suara hati ketiga-tiganya itu amat mudah difahami. Ketiga-tiganya telah tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka selaku Exco dengan berkesan. Sebaliknya, ketiga-tiga Exco ini kerapkali menimbulkan masalah kerana kekerapan mereka melancong ke luar negara dengan menggunakan wang negeri. Pada masa yang sama, banyak kerja-kerja negeri yang tidak dapat diselesaikan oleh Exco-Exco berkenaan, sebaliknya taraf hidup mereka pula yang kelihatan berubah secara drastik.
Usaha Azizan Abdul Razak mengambilalih sendiri tugas-tugas mereka, termasuklah memberikan kontrak kepada kontraktor yang menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah, menyebabkan Phahrolrazi yang berkira-kira dengan keuntungan besar, mengamuk sakan. Itu yang menjadi pemula kepada krisis kepimpinan PAS Kedah. Dan Phahrolrazi tidak berselindung menyatakan kekecewaannya berhubung kontrak penyelenggaraan jalanraya yang diserahkan kepada sebuah syarikat yang menurutnya adalah kroni UMNO walaupun selama tiga tahun, peluang menyelenggara dan membaiki jalanraya langsung tidak digunakan sebaik-baiknya oleh Phahrolrazi Zawawi.
Satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh Exco-Exco berkenaan adalah tentang bidang kuasa Menteri Besar Kedah. Mereka tidak berpuas hati dan berasa pelik kerana Menteri Besar Kedah yang enggan berterus-terang tentang perlantikan semula Exco. Azizan Abdul Razak sebelum ini menyatakan, hak melantik barisan Exco adalah hak Menteri Besar. Terpulang kepada dirinya sendiri untuk melantik semula Exco yang telah dilantik sebelum ini atau sebaliknya.
Kenyataan Azizan Abdul Razak itu tidak disenangi oleh Phahrolrazi yang merupakan salah seorang daripada anggota Anwarinas atau penyembah Anwar Ibrahim si Israel. Beranggapan Azizan Abdul Razak perlu sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak Majlis Syura atau paling tidak pun Presiden serta Mursyidul Am, Phahrolrazi cuba mengundang campurtangan kedua-duanya.
Ternyata Azizan Abdul Razak lebih faham struktur kuasa dalam PAS berbanding Phahrolrazi Zawawi mahupun Taulan Mat Rasul yang sedang berkira-kira hendak menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, kenyataan Nik Abdul Aziz nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi dan kawan-kawannya. Nik Aziz mengingatkan mereka tentang kerugian besar yang akan dihadapi oleh PAS Kedah ekoran tindakan mereka itu. Ditambah pula dengan tempoh pentadbiran PAS Kedah yang sudah hampir mencapai penghujung penggal, tindakan Exco-Exco berkenaan akan merugikan PAS secara keseluruhannya.
Walaupun dinasihati oleh Nik Aziz agar Exco-Exco tersebut memikirkan semula tindakan mereka, Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh menyatakan yang mereka tidak akan bertanjak daripada keputusan untuk tidak menerima jawatan Exco selagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak kekal dengan jawatan yang disandangnya.
Nik Aziz yang sedar, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya akan mengundang masalah yang lebih besar, memberi nasihat kepada Phahrolrazi agar memikirkan tindakannya semasak-masaknya memandangkan tindakan sebegitu tidak memberikan keuntungan kepada jemaah PAS. Lebih pedih lagi ialah apabila Nik Aziz memberi amaran yang cukup keras kepada Phahrolrazi dan kawan-kawannya.
Bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang dari parti sekiranya, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya menyebabkan PAS rugi besar!

Tuesday, 31 January 2012

CABARAN USTAZ AZIZAN KEPADA PAS PUSAT...


"Saya tidak takut kepada desakan supaya saya dipecat"
FASAL 82  
Tatatertib


Semua ahli-ahli PAS hendaklah:

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Itu salah satu dari Perlembagaan PAS yang telah dipersetujui dari dahulu lagi. Persoalan yang MKT hendak timbulkan disini adalah jika PAS benar-benar mengikut Perlembagaan ini maka secara tidak langsungnya mengikut hampir keseluruhan Perlembagaan UMNO/ Barisan Nasional. Bukankah Perlembagaan UMNO/Barisan Nasional ini adalah ciptaan orang-orang kafir? 

Mengapa hal ini PAS tidak menggunakan Perlembagaan Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran? Sepatutnya PAS kena letakkan Al-Quran sebagai rujukannya. Itu yang perlu diutamakan.

Ditambah lagi mengenai perihal Tindakan Tatatertib, sepatutnya PAS menggunakan tindakan seperti Rasullah mengawal disiplin dan akhlak umatnya. Bukannya fasal-fasal seperti di atas yang jelas mengcopy-pastekan perlembagaan yang seblum ini dicanang sebagai kafir.

MKT cuma letak satu sahaja contoh dimana PAS tidak menggunapakai perlembagaan partinya. 

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

i)  Taat ke para-para ahli PAS dengan hukum dan ajaran-ajaran Islam?
ii) Ada ker Islam mengajar pengikut-pengikutnya memaki hamun? 
iii) Ada ker Islam mengajar pengikutnya menyokong membabi buta seorang yang jelas-jelas peliwat dan penzina? 
iv) Ada ker Islam menyuruh berdusta? memfitnah? mencerca? 

Itu baru sikit, selebihnya MKT letakkan pemahamannya di bahu para pembaca semua. Sepatutnya PAS sudah pecat ramai ahlinya sebab melanggar Fasal 82 ni. 

P/S dari MKT : Berani ke PAS pecat semua ahlinya termasuk Nik Aziz kerana memaki hamun menggunakan perkataan Celako! tu?...hehehehe....

P/S dari MKT II : Dulu Hassan Ali sebab melanggar Fasal 82(g) ni, sekarang ni adakah Azizan juga akan dikenakan tindakan yang sama sebab mempertahankan AUKU? MKT nak tengok berani ke tidak PAS ni...hehehehe...
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

Monday, 19 September 2011

TUDIAA!! Semart Kerata Baru Ustaz Azizan noo.. hangit mampuih..





Pergh! Penulis sangkakan selama ini MB Kedah, Menteri Besar negeri kelahiran Penulis adalah seorang MB yang terbaik di antara MB-MB Pakatan yang lain. Selama ini selain dari sifat "che'ge" (pemarah) nya, Penulis tidak nampak apa kekurangan yang ada padanya. skandal dan gossip jauh sekali.

Namun maklumat yang Penulis dapat amat mengejutkan. MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang Rakyat Kedah mesra memanggilnya Ustaz Azizan membuat satu kejutan besar. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan telah membeli kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM600,000.

Rupa-rupanya ulama-ulama PAS bernafsu juga ye hendak memakai kereta besar? Nombor plet satu digit pulak tu! Sebenarnya tidak salah nak pakai kereta apa sekalipun asalkan ianya datang dari titik peluh sendiri. Masalahnya kereta berkenaan dibeli dengan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya takut hendak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir namanya tu!!!

Artikel ni Mc ambil kat CTS.

Amboihh.. Ustaz Jijan, pelan-pelan kayuh noo.. sudah pandai nak mengebat naik kereta merc. Dok tengok Nik Aziz naik merc, dia pun pulun order satu. Dulu puak ni yang dok bising kata kerajaan perabih duit pakai kereta mahal. Mau kena tang depa, boleh pulak buat diam sepi noo..

Lepas pada keluar wad, agaknya Ustaz Jijan ni dah buang tebiat nak naik merc kot. Kami rakyat Kedah ni tak dengki ehh.. malah bangga tengok MB kami naik kereta besaq. Cuma Mc ni nak tergelak laa.. Dulu depa maki orang UMNO lumat dalam bab ni. Sekarang depa jadi kerajaan pun, dok nampak lebih kurang sama la.

Takpa la Ustaz Jijan, jangan la dok mengelupoq, orang UMNO bukan pedengki serupa dengan orang Pas. Cuma nak tanya ni.. kereta tu guna duit kerajaan ka, duit sendiri. Kalau guna kerajaan negeri, nanti bila kalah pulang balik la noo.. hehehe..

Friday, 2 September 2011

Laa nie MB Kedah ok ja pagi tadi..pandai-pandai hangpa kata dia uzur..!!


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/313899_264975170193685_100000436113775_920372_6447571_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/317068_264976253526910_100000436113775_920384_4550203_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/308803_264975986860270_100000436113775_920380_6052596_n.jpg
:: dari facebook SETPOL MB KEDAH :

The Star kata MB Kedah akan diganti...!!!??


Azizan akan digugurkan sebagai MB, lapor The Star
Kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

NONEMenurut akhbar harian Inggeris, The Star hari ini, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan of Kedah berhubung peralihan itu. Abdul Hadi juga dilaporkan akan berjumpa dan berbincang dengan pemimpin negeri di Alor Setar pada hujung minggu ini.

Di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, menurut akhbar milik MCA itu, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, adalah jurutera dalam bidang sivil manakala Mohamad Taulan, 69, adalah seorang peguam. Phahrolrazi juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kedah manakala Amiruddin pula adalah bendahari negeri.

Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar.

The Star juga memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan

Monday, 22 August 2011

PANAS!! MB Kedah kena tampaq dengan rakyat!! Gagal tunaikan janji...


Demontrasi membantah kerajaan negeri Kedah yang gagal menunaikan janji!!

Pada 21 Ogos 2011, jam 12.15 - 1.05 ptg di perkarangan Dewan Serbaguna, Naka, seramai 28 orang penduduk kampung sekitar Naka telah mengadakan demonstrasi bagi melahirkan kekecewaan terhadap YAB Dato Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang gagal menunaikan janji kerajaan negeri untuk membeli buah-buahan khususnya rambutan dari penduduk kampung.

Demo tersebut di ketuai oleh Hj Badrol Hisham Bin Hashim, ketua PPUMNO Negeri Kedah. Sebelum ini Azizan telah berjanji kepada rakyat kedah bahwa kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kedah Agro Holdings Berhad dan PKNK akan membeli semua hasil buah rambutan dan durian untuk di proses

Bukan itu saja malah peruntukan sebanyak RM10 juta sudah di luluskan untuk membina kilang pemprosesan produk asas tani namun penduduk sekitar masih tidak dapat menjual hasil dusun mereka akibat kegagalan azizan menunaikan janji

Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.

“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.

“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.

Abdul Fatah, yang juga bekas anggota PAS, berkata mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.

Mizan Ahmad, 45, pula berkata rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan.

“Mereka janji nak selesaikan masalah rakyat di daerah ini, tetapi kerajaan negeri langsung tidak membantu, malah hanya menyusahkan rakyat sahaja,” katanya.

Tinjauan Bernama di dusun buah-buahan sekitar Kampung Bendang Tok Tri, Naka mendapati banyak rambutan yang rosak bertaburan di atas tanah ekoran tidak dipungut pemiliknya.


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata beliau kesal dengan janji yang ditaburkan pemimpin PAS semata-mata untuk menggembirakan dan meyakinkan hati rakyat tanpa mengambil kira kesannya.

Beliau berkata rakyat Kedah perlu menilai sendiri kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin PAS menyelesaikan masalah kecil seperti itu.

Terdahulu, Badrol Hisham bersama 40 pemilik dusun buah-buahan daerah berkenaan mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kerajaan negeri yang mungkir janji itu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Datuk Amiruddin Hamzah gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksi beliau.