BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Ikan Percik Kuah Puteh. Show all posts
Showing posts with label Ikan Percik Kuah Puteh. Show all posts

Tuesday

Ikan Percik Kuah Puteh


Assalamualaikum.

Selamat menyambut 1 Syaaban buat semua kawan2 blogger tak kira di mana saja anda berada... moga Allah sentiasa pelihara kita jauh dari segala perkara yang tidak baik, moga kita sentiasa diilhamkan kecerdikan dan dilindungi dari kerosakan jiwa...aminnn

Hari ni nak citer pasal ikan percik tapi versi nombor 2 iaitu stail kuah puteh. Takde beza sangat dengan ikan percik yang biasa buat tu *sila klik di SINI*, cumanya yang ini tak masuk cili kering... Itu je beza....


Dah dekat nak posa ni, InsyaAllah asyik buat percik aje lah kami nanti.... Amat berselera bukak posa kalu ada ikan percik/ayam percik.... kena pulak saing ngan 'daging goreng buku' yang dihiris nipis, solok lada, ulam dan tumis nasik kerabu, lagi lah bertambah2 selera posa posa tu... :)


Jom tengok resepinya...

Bahan2:

  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • santan untuk kuah percik
  • gula dan sedikit manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk tujuan pekatkan kuah *bagi yang nak rasa ori santan, tak perlu la taruk tepung beras ni*
  • 1 asam keping

Caranya:
  1. Mula2 sekali, kuatkan hati hadapi cabaran untuk nak hidupkan api dari dapur arang....hehe *bab ni yang saya selalu surrender...amat mencabar kesabaran* :)
  2. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  3. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  6. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti.

Menu A - Z