BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Ketupat Sotong. Show all posts
Showing posts with label Ketupat Sotong. Show all posts

Monday

Ketupat Sotong (2)




Weekend.... macam biasa kalau anak2 semua balik, ada lah menu yang best sikit berbanding hari2 lain.

Buat Tupak Sutong lagi......

.....perghh....semua suka bila tiba2 perasan mama diam2 rupanya tengah duk perisi sotong. Bila tengok ada beras pulut duk terendam dalam santan, lagi la semua kompem mama nak buat Ttupak Sutong.... hehehe


"Mama, nanti bila2 mama ajar cara nak buat ni ya....", kata Shilah masa bawak piring yang dah licin ke sinki.

"Sume ada dalam MENU..... mama ada citer....", balas saya sambil duk mengemas dapur.

"Memang la...tapi Shilah nak tau caranya yang betul2...."

"mmmm....tadi masa mama buat tak datang tengok..... OK, nanti bila kita nak buat lepas ni, sila datang ke dapur awal2 sikit...nanti mama ajar shilah buat praktikal dari A sampai Z..... mama nanti tolong supervise je......"


Gitulah diolag antara saya dengan Shilah lepas semua dah selamat makan ttupak sutong.... bagi yang belum pernah rasa tentu takleh bayangkan camne rasanya.... kalau nak tau boleh lah try buat salah-satu kueh manisan oghe kelate ni.... tak cuba tak tau, dah cuba baru tau..... :))

Jemput klik resepinya di SINI....


Saturday

Ketupat Sotong @ Tupak Sutong


"Mama nanti nak buat 'tupak sutong', beli sutong kecik2 eh, baru senang sekali ngap je satu suap", itulah antara pesanan penaja cik suami setiapkali teringin dan sebut nak makan ketupat sotong.... :D

Bila difikir2, betul juga....selain dari senang nak makan, sotongnya juga nanti lebih lembut berbanding sotong yang besar. Tapi kalau guna sotong kecil, bab nak menyudahkan kerja2 menyumbat pulut dalam sotong lah yang mencabar perasaan sikit...lama jugak le ambik masa... hehehe


Ok, bagi sesapa yang belum pernah try buat, jom cari sotong fresh kat pasar esok.... :))


Resepi Tupak Sutong
Bahan-bahannya:

  • sotong setengah kg
  • santan RM1
  • pulut setengah cawan
  • manisan siam 3 karet/gula melaka ketul
  • daun pandan 3 helai disimpul
  • sedikit garam
  • lidi daun kelapa
Cara membuatnya:
  1. Basuh beras pulut bersih2 dan rendamkan dalam sedikit santan yang sudah dicampur garam.
  2. Potong lidi pendek2*saya gunakan 4 batang lidi yang diambil dari pokok kelapa depan rumah. Selepas diraup bersih, dipotong sepanjang lebih kurang 2 inci setiap satu *
  3. Sementara pulut masih terendam dalam santan, basuh sotong bersih2. Buang kulitnya dan keluarkan matanya...ouhhh...
  4. Sumbatkan pulut dalam sotong. Masukkan hanya 1/3 pulut memenuhi sotong. Jangan terlebih kerana dikhuatiri sotong akan pecah takkala sedang dimasak.
  5. Masukkan kembali kepala sotong di tempatnya *Jangan sampai ada kepala sotong yang hilang sebab ianya penting untuk menutup sotong agar pulut tak keluar semasa memasaknya...hehe*.
  6. Cocokkan lidi secara menyilang untuk memastikan pulut selamat di dalam sotong.
  7. Susun di dalam periuk dan masukkan santan yang direndam pulut tadi.
  8. Bila dah menggelegak, masukkan santan selebihnya, manisan dan daun pandan. Masaklah sampai kuahnya likat.
  9. Sedia untuk dihidangkan....*berhati-hati dengan lidinya, kena pesan siap2 kat anak2 suh buang dulu... kang tak pasal2.. :)"

Menu A - Z