Saya suka sangat pulut durian. Suami pun suka. Namun anak2 tak berapa gemar sangat. Kalau yang berminat pun mungkin abang je *anak yang sulung*. Teringat satu ketika, kakak balik bercerita yang seorang kawannya bawak kuah durian kat asrama. So menjamu lah mereka beramai2 makan kuah durian dengan roti. Satu kisah lagi, semasa saya ke rumah seorang kawan satu waktu dulu, beria2 kawan saya tu mintak jamah pulut durian yang baru dibuat sebelum saya pulang. "Ting" dalam fikiran saya dah terbayang pulut durian yang macam saya buat...tapi rupanya lain cara penyediaannya... kawan kakak dan kawan saya dua2 buat cara masak macam nak buat pengat.... sedap tu tetap sedap rasanya.... Nak cuba cara saya? Jom semak resepinya....
Bahan-bahannya:
- buah durian
- 2 cawan pulut dikukus/tanak
- santan pekat RM1
- garam
- gula
- Santan dicampurkan dengan air panas yang dah agak2 suam sedikit *tak perlu dimasak*. Biar jadi sederhana kadar kepekatannya. Jangan terlalu pekat atau cair sangat. Sedang-sedang gitu... Kemudian campurkan garam secukup rasa.
- Hidangkan dalam pinggan/mangkuk yang berasingan: pulut yang dah siap ditanak, durian, santan dan gula. Bila hendak dimakan baru dicampurkan kesemua bahan *seperti dalam gambar*.
Selamat mencuba bagi yang belum pernah cuba cara ini. Mmmm....lain cara lain rasa...jom pelbagaikan menu *nak sedap kena makan pakai tangan, bukan dengan sudu... baru la real...* ;p