BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label Karipap. Show all posts
Showing posts with label Karipap. Show all posts

Saturday

Citer Minyak Masak

Nak kongsi citer pasal minyak masak...

Masa kecoh2 takde minyak masak kat pasaran hari tu, saya dengan bangganya jawab pertanyaan hsbd yang tanya pasal minyak masak,

"dah... kita ada lagi, yang beli hari tu tak luak2 lagi..."

Tup2 bila tiba nak goreng karipap dua tiga hari lepas, terkejut tengok botol minyak "Seri Murni" dah ringan seringan2nya... Hah sudah! Sume dah berangan nak makan karipap untuk time minum petang tu. Inti dah buat siap2 dah sebelum tu, 'sebelum tersedar dari mimpi tu' dah siap canai dan bentuk karipap dah, tunggu nak goreng je...


Ligat pk nak wat camner.... Terus teringat kak yam, kawan yang sering ding dong ding dong ngan saya bila ada pepe hal. Terus call kak Yam cuba2 tanya kalu ada stok lebih. Malangnya, Kak yam pulak kata baru je beli, tu pun nasib baik tinggal sebotol je yang 2kg terselit kat timbunan kotak2 minyak di pasaraya GU. Saya apalagi, terus post papa pegi cari sendiri kat GU, memang sah takde...kat kedai2 runcit berdekatan pun takde... habis, kosong sepenuhnya ruang tempat minyak masak.... Oh tidak..


Terlintas kat Fairuz, juga salah sorang kawan yang kami saling hello hello bila ada pepe hal, contoh bila black-out ke, takde air kat sinki ke..dsb..

Tak sangka, respond dari Fairuz bukan seperti yang diduga. Alhamdulillah Fairuz kata, "Haa...ada stok dalam bilik stor, 5kg... nak tak?." Saya rasa cam nak melompat! :)) Heee..... alhamdulillah syukur... Shilah terus hidupkan skuter pi ambik minyak umah makcik Fairuz.

Dapat je minyak, terus saya goreng karipap pastu suruh Shilah naik skuter sekali lagi antar umah makcik Fairuz.... Tqvm Fairuz, budi mu dikenang, di saat saya sangat memerlukan bantuan, di saat kawan2 lain nak dapat 1kg minyak pun susah, nasib baik Fairuz ada membantu, dapat 5kg lagi... alhamdulillah rezeki... moga Allah sentiasa beri kemudahan dalam urusan Fairuz sehari-hari...aminnn

Thursday

Karipap


Assalamualaikum....

Alhamdulillah petang semalam selamat buat karipap untuk 1kg tepong. Khusus sampaikan hajat E-na yang tanya resepi karipap tempohari....juga sampaikan hasrat Mona dan Muna di Kuala Kubu yang juga tanya pasal karipap minggu lepas.... :)

Kali ni bukan buat untuk fzfrozen food saya *sila klik di SINI*, ni buat untuk makan sendiri je. Jadi kalu selama ini saya buat pakai daging untuk intinya, kali ini buat inti ayam ganti daging. Alhamdulillah, boleh tahan sedap, makan sebijik, kenyang....hihi


Jemput tengok resepi KARIPAP
*bahan untuk 1/2 kg tepong sahaja*


Bahan inti karipap:

  • sekeping besar isi dada ayam
  • kentang 5 biji
  • bawang merah besar 2 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • lada kering 4 - 5 tangkai
  • rempah kari/kurma 3 sudu besar
  • garam
  • gula
Persediaan:
  1. isi ayam dicincang/mesin kering dalam pengisar makanan(fp)
  2. kentang di potong dadu/slice dalam fp
  3. bawang merah besar di potong dadu/slice dalam fp
  4. bawang puteh dan halia di cincang halus.
  5. cili kering direndam, basuh bersih dan dimesin
  6. rempah kari/kurma dicampurkan air masak, jadikan pes
Cara:
  1. Tumis bawang puteh, halia dan sedikit bawang merah besar yang dipotong dadu.
  2. Masukkan rempah kari. Masak sampai rempah sebati dengan minyak.
  3. Masukkan isi ayam, masak lama sebelum dimasukkan kentang. Tambahkan air masak untuk empukkan kentang.
  4. Bila kentang dah empuk baru masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  5. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sampai inti karipap betul2 'seghing' @ kering baru tutup api. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Kulit Karipap

Bahan2nya:
  • Tepung setengah kg
  • margerin planta tiga suku cawan
  • air dalam peti ais dicampur garam
Cara:
  1. Satukan tepung dengan planta. Jadikan berterabur macam serbuk roti baru dimasukkan sedikit demi sedikit air untuk jadikan doh. Elakkan terlampau menguli sebab akan keras kan doh, liat jadi karipap kita nanti... jadi hanya uli gitu2 je, bukan macam uli pau/donat....
  2. Rehatkan doh sebentar sebelum dibulat2kan seberat 23gm setiap satu. Letakkan doh yang dah dibulat2kan dalam bekas tertutup supaya tak masuk angin. Kalu bekasnya terdedah, doh akan kering... masa nak kelim karipap dohnya kering dan kelim jadi tak cantik...huhu
  3. Langkah selanjutnya, canai doh yang dah siap2 bulat tadi, letakkan inti, tutupkan inti kemudian kelimkan tepi2nya....
  4. Dah siap.... alhamdulillah....

Sekian... wassalam...


Menu A - Z