BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Showing posts with label teresek kacang panjang. Show all posts
Showing posts with label teresek kacang panjang. Show all posts

Friday

Teresek Kacang Panjang

Salam semua...

Nak tunjuk menu kelate yang agak popular iaitu Teresek atau sebutan yang betulnya TE + RARE*sebutan bahasa Inggeris* + SACK*sebutan bahasa Inggeris*  atau dalam pelat kelate saya just panggil Teghesek.  Asal2nya berguru dengan seorang akak yang satu ketika dulu pernah jadi jiran kami di Kelantan. Semua panggil akak tu dengan gelaran Umi.  Wallahu'alam kat mana umi sekarang, dah lama terputus hubungan... moga sentiasa dalam perlindungan Allah... aminnn

Best teresek ni.... jelira makan nasik, kebetulan hari tu saya tambah goreng ikan terubuk masin yang neighbour sebelah umah kasi.  Uishh... tak pasal2 terpaksa la menambah makan nasik... hehe


RESEPI TERESEK KACANG PANJANG

Bahan2nya:
  • hati pedal, tekak dan kaki ayam(potong kecil/dadu)
  • kacang panjang (dipotong menyerong)
  • bawang merah besar1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • halia muda 2 inci **
  • dua tiga hiris lengkuas **
  • cili kering dua tiga tangkai (direndam, basuh bersih) **
  • rempah kari 1 sudu besar
  • kerisik setengah cawan
  • garam
  • manisan
  • santan RM1 @ 3/4 cawan*campur air masak*
Cara2nya:
  1. Bahan bertanda ** di tumbuk/blend.
  2. Hati pedal, tekak beserta kaki ayam dimasak tanpa minyak untuk keringkan airnya. 
  3. Bila dah agak2 kering air masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tak lama selepas itu baru masukkan pes rempah kari.
  4. Masak hingga berpalut semua *peringkat ini saya masak lama sikit.. stage"matti hawas oghe kelate kata".
  5. Bila dah empuk kaki ayam dan pedal semua baru dimasukkan santan.  Perisakan dengan garam dan manisan.
  6. Masak sampai agak2 hampir kering baru dimasukkan kerisik diikuti dengan kacang panjang.
  7.  Gaul2kan biar berpalut semua....
**info fzi:  Teresek akan menerbitkan aroma yang harum sekali. Memang sedap untuk dijadikan rencah sampingan di meja makan. Sesapa yang dapat banyak hati/limpa lembu pada hari raya kurban hari tu, boleh la terai buat teresek nih, tak rugi kita pelbagaikan menu... :)

**TERESEK JANTUNG PISANG dalam posting terbaru di sini

Menu A - Z