Kita semua adalah tholibul 'ilm dalam bidang masing-masing.
Kita yakin yang hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.
IlmuNya mencakupi seluruh langit dan bumi, bahkan lebih~
Kebenaran itu boleh terletak pada sesiapa sahaja.
Namun pesan nabi, "Lihatlah dari siapa kalian mengambil ilmu,"
Jika jelas orang yang aqidahnya rosak, contoh yang jelas Syiah, kenapa masih mahu mengambil ilmu daripada mereka? Sedangkan kita mahu selamat.
Namun bagi yang masih termasuk ahlus sunnah, seperti kata Syeikh Bin Baz(boleh rujuk sini), mereka yang boleh saja silap dan salah, tidak terhalang bagi kita untuk mengambil manfaat dari mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Kita memohon Allah menunjukkan kepada kita jalan yang lurus.
Terkadang, kita menyangka diri kita benar, sehingga orang lain mesti salah.
Itu adalah sikap yang tidak baik bagi seorang muslim.
Kita mungkin benar, namun orang lain tidak semestinya salah!
Bukalah mata dan hati untuk benar-benar mencari yang terbaik.
Jalan yang lurus.
tunjukkan aku jalan yang lurus ya ALlah~! (kredit kepada pemilik gambar) |
Jika dari awal sudah ada pandangan dan pemikiran serta stigma, buanglah dan cuba jernihkan kembali...
(tanpa menolak kepentingan berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan... bukankah ini taqwa?)
Seek first to understand, then to be understood.
Latih diri untuk mendengar, dan cuba mendengar apa inti daripada setiap pembicaraan.
Keimanan kita harus diuji.
Jika kita tidak mampu menjawab persoalan asas tentang agama kita, itu tanda iman kita bagai iman orang Quraisy yang sekadar mengikuti agama nenek moyang. Agama tradisi. Jangan~ Kenalilah Islam. Fahamilah Islam :)
(Namun kadang-kadang, dalam sebuah perbincangan, kita menyangka kita berada di pihak yang benar hanya kerana soalan kita tidak dijawab oleh sebelah pihak lagi. Sedangkan diam itu pada pandangan saya ada dua, diam orang jahil yang tidak tahu, dan diam orang 'alim dan berfikrah yang bijak menilai saat bila harus bercakap, dan saat bila harus diam. ^_^)
Apapun, fikirkanlah kembali apa sebenarnya niat kita, jika di pengakhirannya siapa yang benar atau salah yang muncul di fikiran, bukan APA yang benar dan apa yang salah.
Ingatlah kembali sahabat Huzaifah Al-Yamani, yang sering bertanya nabi sallallahu 'alaihi wasallam tentang apa itu keburukan, supaya dia tidak terjerumus ke dalamnya.
If we don't have a torchlight, we're more prone to fall into a well, no? :)
Prevention is better than cure~
Ini hanya pandangan saya sahaja... Harap ditegur jika salah ^_^
Allahua'lam.
p/s: Naiklah bersama kami! bak kata -langit ilahi- *sweet*
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment