Monday, May 20, 2013

Abah...


Ku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

tak tahu tajuk yang sesuai.. sebenarnya penulisan ini buat perempuan juga.

Kalau boleh mahu mengelak bercakap tentang isu ni. Tapi bila ujian Allah datang menguji dan orang yang disamping kita agak goyah, walau diri sendiri pun masih bermujahadah, tetap saya mahu kongsikan.
Bagi yang tidak diuji, beruntunglah kalian..dan duk diam2. =P


WAHAI LELAKI...
Jika kamu seorang ayah.. jaga anak perempuan dan isteri mu dengan baik.

Abah boleh jadi orang pertama yang melambai tangan dan mencium sambil memeluk erat menyambut kepulanganku.
Abah menjadi seperti kanak2 dalam menyampuk perbualan gossip mama dan aku.
"K.ain..... bila k.ain nak balik? abah rinduuu...."
Abah kadang2 penasihat paling lembut dalam menghadapi ujian hidup.


Tapi Abah boleh menjadi pendebat yang paling keras, yang kadang2 membuat hati ni keras pada masa yang sama berderai.
Nasihatnya kadang2 membuat orang lain datang memujuk ku... tak tahan.

Lelaki ini tahu bila mahu menunjukkan kasih sayangnya sehingga lenggok bahasa seperti anak2 kecil,
dan lelaki ini juga tahu bila mahu mematangkan anaknya even dengan suara yang menyinga...

Wahai LELAKI...
jika kamu seorang abang atau adik lelaki,
jaga adik perempuan dan kakakmu..

Abang itu yang menjadi orang pertama memukul sampai lebam lelaki yang mengganggu adik perempuannya.

Adik-adik itu menjadi perisai ketika di pasar malam memastikan kakaknya berada di belakang mereka.
Siap merenung tajam pada mata yang mengganggu.

Adik itu menjadi pencemburu hebat buat mama mengalahkan abah.
Berpesan dalam marah, tapi ada cemburu sayang dalamnya.
Adik lelaki itu juga menjadi orang pertama yang mengalah dalam apa jua demi mama
dan orang pertama yang siap meng 'iya' kan saja walau tak sependapat.

cukup contoh sampai sini. Kalian sambung sendiri dengan famili kalian.
Kita tak akan rasa kalau tak bukak hati tu untuk rasa disayangi.

Semuanya berbalik bagaimana kita interpret sikap2 mereka walau pada pandangan orang lain, itu suatu keburukan.





Tapi itu semua tidak kekal...
sebab kita bergantung pada manusia yang hatinya boleh lupa dan berbolak balik.

Cinta Allah..
Rahmat Allah...
Redha Allah... Ini yang kekal.

Hish! susah bercakap pasal benda ghaib ni.
Masih belum rasa yang aku harus patuh pada laranganNya dan yakin dengan janjiNya.


Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable. (an-nur:26)


ya ukhti, perempuan...

Kalau tak tahu apa kah orang disekelilling kita menyayangi kita, kita fikir tentang bagaimana untuk mencurahkan kasih sayang pada orang yang akan datanglah pulak... =)

Anak itu pencorak masa depan negara... oh tak nak negara saja... tapi agama dan akhirat.
Bagaimana memberi contoh terbaik buat si anak dalam pelbagai segi...

Jika senda gurau kita, ketawanya masih terbahak-bahak,
Jika percakapan kita masih pelbagai nama binatang dan kata2 yang S dan apa sajalah yang terkeluar..

Sambung sendiri apa lagi yang kita suka buat...


Akhir kata, kita semua tak perfect. Tapi kita cuba meraih yang paling rigid buat diri kita.
Kerana nak menakluk constantinopel itu bukan senang.
Nak mewakafkan anak untuk syahid bukan senang.
Untuk mengabaikan dunia, masih terasa berat.

Beruntung bagi orang yang memang mantap gelora hatinya dengan perjuangan. Tapi tak bermakna harus melupakan sahabat yang masih berjuang mencarinya.

Cita2 unstaziatul alam bukan cita2 diri-sendiri,
tapi cita-cita yang memerlukan ramai orang yang bersamanya.

Kerana ... yakin dengan janjiNya dan mahu syurga Firdaus Allah!

p/s: rasa susah nak sambung penulisan ni. Cuma aku berharap, semuanya yang dikongsi adalah kerana kasih sayang dan cinta kerana Allah. inshaaAllah biiznillah.








0 comments:

Post a Comment