Alhamdulillah,
Semalam kami di Bandung ada menerima beberapa tetamu dari Malaysia, Prof Dr Latif dan isterinya, A.Prof Ikram dan isterinya, Dr Al-Amin, Dr Thuwaibah, Dr Fatimah, dan seorang lagi doktor yang saya lupa namanya.
Oh, tak lupa juga dua tetamu dari Gaza! Subhanallah.............mereka...
Sebenarnya tak tahu macammana nak menggambarkan perasaan sejak semalam. Macam sangat... Sangat. Sudahnya mungkin 'sangat' yang menjadi adjektif.
Bagi saya sendiri, pagi tu bermula dengan cara yang tak bestlah. Berkesinambungan daripada hari semalam. Kalut. Sangat. Tetapi tak perlulah diceritakan kat sini kot:) Cumanya, ada sebab mengapa Allah mengangkat lelaki sebagai pemimpin atas kaum wanita. Khalas~
Alhamdulillah, segala persiapan siap sebelum tiba masanya. Peserta pula lambat, jadi program tak dapat dimulakan. Dalam 8.40am baru bermula perasmian dan seterusnya (lambat sekitar 40 minit!)
Kebetulan sewaktu ISMEC, ada tetamu lain dari Malaysia juga (INTESABER) yang request nak buat debate BM BI dengan student Malaysia, dan tarikhnya sama pulak dengan tarikh ISMEC. Sangat kecewa sebab rasa sayaaaang sangat2, tapi kan taqdir Allah telah mendahului. Saya pulak diminta pada saat akhir (walaupun sudah ditolak hari sebelumnya) untuk menjadi hakim debate BI. Barangsiapa memudahkan urusan seseorang di dunia Allah akan permudahkan urusannya di DUNIA dan AKHIRAT! Berat hati nak tinggalkan, tapiii..hm. pergi juga , tak sampai hati nak tolak. (Best juga debate. Menarik dan thought provoking)
Natijahnya, saya ketinggalan sebahagian besar daripada slot Prof Latif :'( Habis je debate, saya lari kembali ke bangunan sebelah. Cepat2 masuk kembali ke dalam dewan. Dan walaupun sekejap, tapi sangat sangat menyentuh hati. Rasanya ada ke yang menangis? Ada kot. Menangis yang membawa kepada perubahan insyaAllah..
Waktu slot 2 habis, masih belum ada yang bertanya sebarang soalan setelah habis slot. Mungkin sedang memproses dan memuhasabah diri. Barangkali ya.
Slot ketiga, forum bermula agak lewat pada perkiraan saya. Santai kali ya, rasanya semua penat dari pagi tak berhenti kecuali sekejap. Walaupun semua dah ada dalam dewan tapi masih sempat berborak, sembang-sembang. Santai.
Moderator saudara A (bukan nama sebenar) mengambil tempat, dengan dua panel (seorang lagi masih dalam perjalanan) Soalan-soalan terkumpul sudah ada di tangan. Masa yang ada kurang lebih dua jam sahaja. Bermulalah sesi soal jawab...
Tiba-tiba, masuk 3 orang manusia ke dalam dewan. Dr Basuki panel ketiga dan... dua orang pelajarnya yang baru tiba sekitar 6 Oktober kelmarin. Sewaktu dia bersalaman dengan kedua2 panel, kami di atas mendengar dia kata 'these are my two students.. from Gaza.'
'Bunyi terkejut' pun keluar dari mulut masing-masing. Ada yang terharu dan touching, yelah, orang dari Gaza!! Dan baruu sahaja tiba ke sini. Dan mengalami sendiri segala apa yang kita cuma lihat dalam video2 di youtube. Waktu tu rasa macam sangat... sangat. *undefined*
Untuk makluman, Prof2 itu semuanya sudah pernah ke Gaza. Jadi mereka sudah bercerita sedikit sebanyak pengalaman dan gambar2 dah dikongsikan.. Namun melihat sendiri di depan mata orang yang disangka kita tak akan pernah jumpa dalam hidup di dunia ni, satu anugerah bagi saya. Kenapa anugerah ya?
Forum pun kembali bersambung. Alhamdulillah, input yang ada sangat berguna untuk diri sendiri. Paling terkesan dengan Prof Latif... experience yang beliau lalui. Kagum sangat2. Ini contoh paling realistik yang pernah dilihat, apa ertinya menjadi orang yang hebat, pada pandangan saya yang dhaif dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tak sempurna, tak terlalu ideal kerana itulah manusia. Namun perjalanan hidupnya, subhanallah. Boleh terlopong kalau orang yang pertama kali mendengar. Inilah orang yang telah dicelup dengan celupan Allah, sibghatullah, pada pandangan saya. Moga Allah merahmatinya.
Malam itu, ada sesi kedua dengan doktor2 yang tidak hadir pada sebelah pagi. Dapat berjumpa dengan doktor2 perempuan dan isteri doktor dan saling berbagi pengalaman dan nasihat :)
Nasihat terakhir mereka
- Hidup akan tenang apabila membiasakan melakukan istikharah untuk setiap keputusan hidup yang kita lakukan. Akan rasa smoooth je, sebab doanya pun sangat cantik, kan?
- Istiqamahlah. Jangan melakukan kebaikan sekejap lepastu berhenti. Rasulullah sendiri pernah mengatakan (saya lupa riwayatnya, lihat dalam Syarah Riyadhus Solihin) yang untuk mencapai tahap istiqamah dengan sebenar-benarnya, itu mustahil. Kerana setiap orang ada waktu sirrah dan waktu fatrah (waktu kuat semangat dan waktu lemah) Tapi itu tidak menghalang kita untuk berusaha bukan? Kerana ada sebab besar disebaliknya. Walau apapun, kita tetap akan berusaha untuk mendapatnya!
- Kisah Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu anhu, banyak kali sudah didengari. Kali ini bila mendengar, terasa lain. Kisah Sultan Muhammad Al-Fatih, acapkali dihadam. Namun kali ini juga, mungkin disebabkan penyampainya, terasa lebih mencuit sanubari. Hakikatnya, mereka percaya akan sesuatu yang mereka tidak nampak! Mereka percaya dengan sebenar-benar yakin bahawa merekalah yang akan memenangkan Islam. Walaupun usia sudah 90 tahun, azam sejak muda itu tidak pernah pudar! Dan hatta jika tidak berjaya sekalipun, dia tetap mahu berada hampir dengan tempat kegagalannya, untuk melihat kejayaan di depan mata walaupun digapai oleh orang lain. Semuanya kerana sebuah janji. Janji insan mulia yang sangat dirindui, Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.
- Semuanya akan merasa sukar jika kita tidak merasa 'izzah dengan Islam. La Izzata Illa Bil Islam, ya?
Yakin, bangga, dan semangat untuk bekerja untuk Islam dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk Islam. - Tambahan diri sendiri: Have a big heart. A big vision. What do you want to achieve? Not only for yourself but for your ummah! Stop being selfish and thinking all the time about what you have gotten. What you've lost. What you want. Stop. And think about what you can give. With what you have now, how have you touched the life of others? And how much have you sacrificed? Have big dreams. Dream big, and believe it. Try your best to fulfill it. Be whatever you have to be to make that dream come true. Don't worry, we're humans. We're highly adaptive to change, especially positive ones. :)
Mungkin sekadar ini catatan yang sempat ditulis dan dikongsi... Kalau ikutkan, banyak, tapi insyaAllah kita tunggu.
Oh, last but not least. Message from our brothers from Gaza, they said that may we can help free Palestine and return it to its rightful owner? I'm at a loss for the correct word.
One kept repeating insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah. He really believes that Allah will give us victory in the end.
Do you?
Wassalam wbt :)
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
sukaa ! ^__^
terima kasih ;) jazakillahkhairkasira
assalamualaikum...
subhanallah..sangat awesome talk kali nie..sngat special..dan sngat menyentuh hati ramai orang..serius..cause some of our friends told me that they want to involve in dakwah..subhanallah..hebatnya manusia itu,lihatlah penciptanya,subhanallah..
ya..brothers from gaza..when one of the brother said about let us help muslim to get back Palestin, tibe2x rsa sangat sebak..n die kata,apa yang dia hadapi masa nak transfer sampai ke indonesia adalh sikit berbanding dugaan orang di palestin..tapi saya kurg berpuas hati bila prof latif menjawab soalan saya tentnng perempuan nak ikut misi di gaza,`...it`s better u
go there with your mahram..your husband..`..coz ingat nak pergi sendriri b4 get married ke..lala~so,nak cari suami yang nak g gaza..hehe..joking~
ok..nak cakap lagi..
dalam hidup su sendiri, xpernah buat istikharah..n when dr suhaibah said about how strong she believes in istikharah, n how strong she believes that Allah will give the ways to us insyaAllah, for what is the best for us..subhanallah..i need to start my istikharah..hee
mereka yang kter jumpe kemarin smuanya hebat2x sebab izzah mereka pada Islam..ukhuwah mereka kerana Allah..bertemu berpisah kerana Allah..ni kita baru lihat orang2x muslim yg hebat masa skrang,belum lagi kita berjumpa dengan para sahabat nabi dan para nabi sendiri..semoga kita boleh bertemu meraka di syurga..aminn..
let us be their apprentice n terus muhajadh dalam perubahan menjadi lebih baik..we are never perfect, we do mistakes, people keep on judging us , but let us be the best in Allah`s perspective..Uhibukifillah..=)
p/s : we should sit and keep on sharing..
*sue let's start tonight~
Jazakillahu khairan jaza' atas perkongsian. Walaupun tak berada dalam majlis ilmu tu, tapi sy dpt rasakan auranya.
Sangat suka semua nasihat terakhir yang diberikan. insyaAllah nak mula prektis! ^^
smg kita terus thabat. salam perkenalan dr sy. mohon izin follow :)
wa iyyaki ukhti :)
salam kenal juga..maaf baru perasan comment.
amiin..