Lilypie First Birthday tickers

Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Baru-baru ni ada banyak kejadian yang berlaku terhadap diri sendiri dan sahabat-sahabat yang menyebabkan saya terfikir, betapa sangatlah pentingnya untuk sentiasa menjaga muamalat antara lelaki dan perempuan. Kalau ikutkan fikiran, rasa macam dah bosan asyik tulis tentang ni tetapi manusia memang kena sentiasa diperingatkan berulang-ulang kali.


Biasalah, bila berbincang dengan perempuan, pastilah kita sering cenderung untuk menyalahkan lelaki atas segala permasalahan yang sedari awal tidak patut timbul. Namun apabila difikirkan kembali, pohon tidak akan bergoyang jika tiada angin~


Salah satu perkara yang sering buat kami (perempuan) tertanya-tanya adalah kenapa lelaki 'senang' untuk diajak bersembang dengan perempuan yang kononnya dikatakan sebagai 'biasa-biasa', boleh bersenda gurau, tetapi apabila dengan perempuan 'bertudung labuh' atau 'akhwat' sangat menjaga pergaulan. Nampak seperti tidak ada pendirian disini. Ada beberapa jawapan yang pernah diberikan, seperti kita bercakap dengan mereka ikut rentak mereka, dia A kita ikutlah cara A, dan contoh lain jawapan seorang ustaz yang popular : "Sebab dengan mereka ('akhwat') kita tidak cenderung untuk tertarik kepada mereka jadi taklah menjaga sangat."


Ada timbul rasa tidak setuju di fikiran... kenapa harus berbeza?


Sering kita mendengar kata-kata 'bercampur tetapi tidak berbaur' namun aplikasinya terlihat sangat lemah. Berbaur lebih. Diri sendiri pun bukanlah sempurna, tidak langsung namun ada beberapa prinsip yang tetap berusaha untuk dipertahankan. Pembaikan dari semasa ke semasa tetap harus berjalan dan muhasabahlah kembali apa salah silap yang telah dilakukan. Kita bukan maksum namun itu bukan alasan untuk tetap melakukan dosa, bukan?


Dan salah satu soalan yang sering terngiang-ngiang di kepala: Bolehkah lelaki dan perempuan bersahabat?
Bersahabat dalam erti kata berkongsi cerita, bercurhat, dan sebagainya. Platonic relationship bak kata orang. Platonic atau tidak, bagi saya mereka tetap halal untuk dikahwini jadi haruslah tetap menjaga aturan, jangan sampai dah terlajak baru nak tengadah. Tapi kalau memang dah rasa macam terlajak tu, cepat-cepatlah tarik balik, istighfar banyak-banyak dan bertaubat untuk tidak mengulangi lagi...
Biar ada jawapan yang konkrit dan jelas atas alasan apa. Kerana apabila sebab untuk bercampur itu tidak ada, maka hilanglah alasan untuk melakukannya, bukan?



Janganlah disangka apabila lelaki sekadar bersahabat dengan perempuan, perempuan itu turut sama begitu. Equationnya tidaklah sama. Men are built differently than woman. Perempuan jiwanya sangat halus, sangat. Dan apabila abang-abang menunjukkan bahawa mereka 'care', fikir-fikirkanlah sendiri apa episod seterusnya. Kita katakan kita berpegang kepada Al-Quran dan sunnah, jadi ikutlah secara keseluruhan bukannya bab ibadah sahaja. Akhlak bagaimana? Itu semua orang lihat. Sunnah itu seluruh kehidupan baginda, bukan sekadar retorik sahaja... (Entah-entah orang bila nampak saya cakap begini ya? Hurm... Kena muhasabah banyak-banyak...)


Dan untuk perempuan pula, jagalah secebis malu kita. Bukankah itu mahkota seorang perempuan? Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah lelaki yang paling pemalu, kita contohilah baginda. Tak sebegitu mudah untuk bergurau senda dengan kaum Adam walau di mana pun. Biasanya terutama di alam maya ni rasa malu itu terhakis sikit demi sikit. Bermujahadahlah! Rapat-rapatlah dengan kaum Hawa. Jangan terlalu ikutkan emosi dan nafsu... Matanglah dalam mengurusnya :) Teringat tulisan Imam Muda Asyraf bertajuk "Jatuh Cinta dengan 'Ustaz'nya Dia" kalau tak salah. Sempoi tapi tepat. Katanya, perempuan sekarang dah pandai memilih lelaki... Kalau dulu nak yang hensem kaya etc, tapi sekarang paradigm dah berubah, nak lelaki ala-ala ustaz. Sebab agama itu bekal. Lagi-lagi yang ada rupa kan.. huhu lagilah. Lucu pulak bila baca, tapi memang betul pun rasanya. Tengok jela Asyraf Muslim berapa ramai peminat dia walaupun dia bukanlah seorang ustaz. -_-'

Pokoknya, wanita itu fitnah yang besar buat lelaki. Berjaga-jagalah dengan fitnah wanita!
Dan begitu juga sebaliknya. Lagi-lagi di akhir zaman ni. Wanita pun kena sedar yang mereka itu fitnah(ujian) bagi kaum Adam. Ikutilah aturanNya, insyaAllah selamat... Islam is the best way of life kan? Jaga iman, jaga ibadah, jaga akhlak... Katakanlah : "Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah~" 



Sebab itu, bagi saya... 


I'd rather set up a mental barrier that I can control, just to protect myself. You may not be seeing the real me~ That barrier may be weak, as I am, but it is there for reasons only I understand. For my deen. For myself. You may not get it, but if you try to understand, you will...


Sekian curhat daripada saya~


p/s: Tidak terlalu melampau dan tidak terlalu longgar. La ifrat wala tafrit. Pertengahan. Wasatiyah~


p/s2: Esok exam. 


p/s3: Jangan hilang fokus. Ada target jangka masa pendek dan panjang yang mahu dicapai!


p/s4: Ujian tanda Allah sayang. Kuatkan hati ya Farhana~ Semoga sabar dan syukur tetap jadi pegangan...


p/s5: Ada beberapa perkara yang sangat ditakuti. tapi akhirnya... Takut dan Harap itu hanya layak bagi Allah~




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Business for life~


''Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Janji kebenaran dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Alquran. Siapakah yang lebih menepati janjinya, daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan besar.'' (QS At-Taubah: 111).


Bergembiralah dengan jual beli anda! :-)

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

ISMEC : Catatan peribadi

Alhamdulillah,
Semalam kami di Bandung ada menerima beberapa tetamu dari Malaysia, Prof Dr Latif dan isterinya, A.Prof Ikram dan isterinya, Dr Al-Amin, Dr Thuwaibah, Dr Fatimah, dan seorang lagi doktor yang saya lupa namanya.
Oh, tak lupa juga dua tetamu dari Gaza! Subhanallah.............mereka...


Sebenarnya tak tahu macammana nak menggambarkan perasaan sejak semalam. Macam sangat... Sangat. Sudahnya mungkin 'sangat' yang menjadi adjektif.


Bagi saya sendiri, pagi tu bermula dengan cara yang tak bestlah. Berkesinambungan daripada hari semalam. Kalut. Sangat. Tetapi tak perlulah diceritakan kat sini kot:) Cumanya, ada sebab mengapa Allah mengangkat lelaki sebagai pemimpin atas kaum wanita. Khalas~


Alhamdulillah, segala persiapan siap sebelum tiba masanya. Peserta pula lambat, jadi program tak dapat dimulakan. Dalam 8.40am baru bermula perasmian dan seterusnya (lambat sekitar 40 minit!)


Kebetulan sewaktu ISMEC, ada tetamu lain dari Malaysia juga (INTESABER) yang request nak buat debate BM BI dengan student Malaysia, dan tarikhnya sama pulak dengan tarikh ISMEC. Sangat kecewa sebab rasa sayaaaang sangat2, tapi kan taqdir Allah telah mendahului. Saya pulak diminta pada saat akhir (walaupun sudah ditolak hari sebelumnya) untuk menjadi hakim debate BI. Barangsiapa memudahkan urusan seseorang di dunia Allah akan permudahkan urusannya di DUNIA dan AKHIRAT! Berat hati nak tinggalkan, tapiii..hm. pergi juga , tak sampai hati nak tolak. (Best juga debate. Menarik dan thought provoking)


Natijahnya, saya ketinggalan sebahagian besar daripada slot Prof Latif :'( Habis je debate, saya lari kembali ke bangunan sebelah. Cepat2 masuk kembali ke dalam dewan. Dan walaupun sekejap, tapi sangat sangat menyentuh hati. Rasanya ada ke yang menangis? Ada kot. Menangis yang membawa kepada perubahan insyaAllah..


Waktu slot 2 habis, masih belum ada yang bertanya sebarang soalan setelah habis slot. Mungkin sedang memproses dan memuhasabah diri. Barangkali ya.


Slot ketiga, forum bermula agak lewat pada perkiraan saya. Santai kali ya, rasanya semua penat dari pagi tak berhenti kecuali sekejap. Walaupun semua dah ada dalam dewan tapi masih sempat berborak, sembang-sembang. Santai.


Moderator saudara A (bukan nama sebenar) mengambil tempat, dengan dua panel (seorang lagi masih dalam perjalanan) Soalan-soalan terkumpul sudah ada di tangan. Masa yang ada kurang lebih dua jam sahaja. Bermulalah sesi soal jawab...


Tiba-tiba, masuk 3 orang manusia ke dalam dewan. Dr Basuki panel ketiga dan... dua orang pelajarnya yang baru tiba sekitar 6 Oktober kelmarin. Sewaktu dia bersalaman dengan kedua2 panel, kami di atas mendengar dia kata 'these are my two students.. from Gaza.'


'Bunyi terkejut' pun keluar dari mulut masing-masing. Ada yang terharu dan touching, yelah, orang dari Gaza!! Dan baruu sahaja tiba ke sini. Dan mengalami sendiri segala apa yang kita cuma lihat dalam video2 di youtube. Waktu tu rasa macam sangat... sangat. *undefined*


Untuk makluman, Prof2 itu semuanya sudah pernah ke Gaza. Jadi mereka sudah bercerita sedikit sebanyak pengalaman dan gambar2 dah dikongsikan.. Namun melihat sendiri di depan mata orang yang disangka kita tak akan pernah jumpa dalam hidup di dunia ni, satu anugerah bagi saya. Kenapa anugerah ya?


Forum pun kembali bersambung. Alhamdulillah, input yang ada sangat berguna untuk diri sendiri. Paling terkesan dengan Prof Latif... experience yang beliau lalui. Kagum sangat2. Ini contoh paling realistik yang pernah dilihat, apa ertinya menjadi orang yang hebat, pada pandangan saya yang dhaif dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tak sempurna, tak terlalu ideal kerana itulah manusia. Namun perjalanan hidupnya, subhanallah. Boleh terlopong kalau orang yang pertama kali mendengar. Inilah orang yang telah dicelup dengan celupan Allah, sibghatullah, pada pandangan saya. Moga Allah merahmatinya.


Malam itu, ada sesi kedua dengan doktor2 yang tidak hadir pada sebelah pagi. Dapat berjumpa dengan doktor2 perempuan dan isteri doktor dan saling berbagi pengalaman dan nasihat :)







Nasihat terakhir mereka


  • Hidup akan tenang apabila membiasakan melakukan istikharah untuk setiap keputusan hidup yang kita lakukan. Akan rasa smoooth je, sebab doanya pun sangat cantik, kan?
  • Istiqamahlah. Jangan melakukan kebaikan sekejap lepastu berhenti. Rasulullah sendiri pernah mengatakan (saya lupa riwayatnya, lihat dalam Syarah Riyadhus Solihin) yang untuk mencapai tahap istiqamah dengan sebenar-benarnya, itu mustahil. Kerana setiap orang ada waktu sirrah dan waktu fatrah (waktu kuat semangat dan waktu lemah) Tapi itu tidak menghalang kita untuk berusaha bukan? Kerana ada sebab besar disebaliknya. Walau apapun, kita tetap akan berusaha untuk mendapatnya!
  • Kisah Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu anhu, banyak kali sudah didengari. Kali ini bila mendengar, terasa lain. Kisah Sultan Muhammad Al-Fatih, acapkali dihadam. Namun kali ini juga, mungkin disebabkan penyampainya, terasa lebih mencuit sanubari. Hakikatnya, mereka percaya akan sesuatu yang mereka tidak nampak! Mereka percaya dengan sebenar-benar yakin bahawa merekalah yang akan memenangkan Islam. Walaupun usia sudah 90 tahun, azam sejak muda itu tidak pernah pudar! Dan hatta jika tidak berjaya sekalipun, dia tetap mahu berada hampir dengan tempat kegagalannya, untuk melihat kejayaan di depan mata walaupun digapai oleh orang lain. Semuanya kerana sebuah janji. Janji insan mulia yang sangat dirindui, Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.
  • Semuanya akan merasa sukar jika kita tidak merasa 'izzah dengan Islam. La Izzata Illa Bil Islam, ya?
    Yakin, bangga, dan semangat untuk bekerja untuk Islam dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk Islam.
  •  Tambahan diri sendiri: Have a big heart. A big vision. What do you want to achieve? Not only for yourself but for your ummah! Stop being selfish and thinking all the time about what you have gotten. What you've lost. What you want. Stop. And think about what you can give. With what you have now, how have you touched the life of others? And how much have you sacrificed? Have big dreams. Dream big, and believe it. Try your best to fulfill it. Be whatever you have to be to make that dream come true. Don't worry, we're humans. We're highly adaptive to change, especially positive ones. :)




Mungkin sekadar ini catatan yang sempat ditulis dan dikongsi... Kalau ikutkan, banyak, tapi insyaAllah kita tunggu.


Oh, last but not least. Message from our brothers from Gaza, they said that may we can help free Palestine and return it to its rightful owner? I'm at a loss for the correct word.
One kept repeating insyaAllah.. insyaAllah.. insyaAllah. He really believes that Allah will give us victory in the end.


Do you?






Wassalam wbt :)


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

tulisan.

Aku mahu menulis...
Namun aku bimbang, 
Tulisanku bakal melukai hati orang lain,
dan mungkin lebih-lebih lagi hatiku sendiri.
Maka aku memilih diam.

Bukankah sebaiknya kita begitu berhati-hati dengan tulisan kita?
Bimbang ianya menjadi saham untuk ke neraka...
Nauzubillah..

Sahabat, saudaraku,
Ampunkan aku
Maafkan aku
Andai pernah tulisanku mengguris hatimu
Bukan itu niatku
Anggap saja ianya kelemahanku
Semoga intinya dapat diungkap
dan niat asal tetap tersingkap

Aku sedar
Terkadang tulisanku bagai tikaman
Tajam dan berbisa
Tidak lembut dan tidak manis 

Seperti insan terpilih yang lain
Yang mendidik dengan kelembutan


Tiada manusia yang sama
Aku berbeza, kamu juga
Hatiku tidak ada yg dapat membaca
Hatimu juga tetap rahsia
Tulisan tetap kaku tanpa suara
Tanpa nada yang memberi rasa



Tuhanku,
Jangan kau hilangkan rasa kasih sayang dari hatiku
Semoga aku sentiasa melihat kebaikan manusia lain
dan menghisab kejahatan diriku
Asal keduanya tidak membutakanku
Dari didikan dan nasihat dariMu
Yang memegang qalbuku antara dua Jari*Mu



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Pisau

Setajam manapun pisau, sesakit mana ia saat ianya melukai kita, ia tetap mempunyai peranan yang tidak kurang kecil dalam kehidupan ini.



* Pisau hanyalah analogi ye, nampak takde pekdah sungguh tiba2 cakap pasal pisau-_-'

* Ya musharrifal qulub, sharrif qalbi 'ala to'atik.




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Takkan lepaskan kamu~


When it's black,
Take a little time to hold yourself,
Take a little time to feel around,
Before it's gone,


You won't let go,
But you still keep on falling down,
Remember how you saved me now,
From all of my wrongs yeah,


If there's love just feel it,
If there's life we'll see it,
This is no time to be alone, alone
I, wont let you go,


Say those words,
Say those words like there's nothing else,
Close your eyes and you might believe,
That there is some way out 


Open up,
Open up your heart to me now,
Let it all come pouring out,
Theres nothing I can't take,


If there's love just feel it,
And if there's life we'll see it,
This ain't no time to be alone, alone
I, wont let you go,


If your sky is falling,
Just take my hand and hold it,
You don't have to be alone, alone
I, won't let you go,


And if you feel the fading of the light,
And you're too weak to carry on the fight,
And all your friends that you count on have disappeared,
I'll be here, not gone, forever, holding on, Oh,


If there's love just feel it,
And if there's life we'll see it,
This ain't no time to be alone, alone
I, wont let you go,






* Dedicated to everyone who've helped me be who I am today. Uhibbukum fillah~
* I am extremely loyal, I'm not sure if it's a flaw or something. But that doesn't mean I'm bias. InsyaAllah. We must always be fair, especially to ourselves.
*You can count on your friends, but you can only rely on Allah. There is a big difference :)


* Soal akhlak sering jatuh ke no 2 apabila diri tidak rasional dan dikuasai emosi. Saat itu, segala apa yg kita ucapkan seolah-olah kita lupa. Jangan biarkan diri anda dikuasai ego, kerana ianya hanya sifat yang layak bagi ALLAH. Allah al-Mutakabbir~ Allah al-Azhim ~


* Ulang balik kata2 seseorang: lelaki selalu tak nak ngaku kalau ada masalah antara satu sama lain-__-' Siapalah yang selalu emo skarang~ hu


* Cermati setiap apa yang kita lakukan sepanjang masa. Kita adalah pemimpin, dan akan ada orang yang melihat dan menilai segala tingkah laku kita. Fikirlah wahai anda yang bernama PEMIMPIN~


* Peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin. Setiap nasihat, walau ditujukan kepada sesiapapun, anggaplah ianya buat kita.

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang