Showing posts with label persembahan tv. Show all posts
Showing posts with label persembahan tv. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

Ambil SPM lagi


Empat ahli sahaja hadir kerana dua orang mempunyai hal tidak dapat dielakkan. Seorang terpaksa menghadiri kuliah di Majlis Peguam. Seorang lagi menjejak lanun di Pulau Jerjak bersama pimpinan negeri.
Di program Selamat Pagi Malaysia di RTM kami memainkan dua lagu iaitu Aladom dan lagu ciptaan kami berjudul Terbang ke dada langit.
Kelihatan muka Abdul Raof paling menyerlah setelah dimekap menjadikan beliau sebagai ikon kumpulan selepas ini.


Monday, August 11, 2008

Persembahan di TV3 Isnin 11 Ogos

Kemaskini persembahan di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 11 Ogos 2008.
1) Krew MHI dan ahli kumpulan tidak sabar makan buah-buahan selepas persembahan.Ada yg membahamnya ketika memegang kamera. :) . Seorang anggota kumpulan memasukkan sebiji durian ke dalam kereta miliknya.
2) Ahli memperagakan kostum pertama kumpulan (kecuali dua orang yang tidak sempat mengambil kostum)
3) Gambus baru digunakan dengan tali baru dan bunyinya yang belum keluar lagi.
4) Dua boom mic digunakan untuk persembahan.
5) Tiga lagu sahaja sempat dimainkan. Tertinggal Kapal Angkasa, Belayar ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia) dan sedikit Selembar Kaseh -kerana kesuntukan masa.
6) Ahli termuda yang masih belajar tidak dapat menyertai kerana ada kelas pagi dan amat kecewa.



Terima kasih kepada penerbit, En Nor Azli dan TV3 yang menjemput kami membuat persembahan.
Nota: Gambar ehsan Abg Hamdan

Monday, June 16, 2008

Dewangga Sakti di RTM 18 Jun

Dewangga Sakti akan membuat penampilan sulung di RTM pada hari Rabu ini,18 Jun jam 7:45 pagi untuk program Selamat Pagi Malaysia. Kami dijangka mempersembahkan lima buah lagu sepanjang program tersebut.
Kami juga akan mempromosikan CD kami yang baru sahaja terbit.

Tuesday, October 16, 2007

Salam Lebaran

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.Dengan limpah kurniaNya dapat kita menyambut Hari lebaran dengan tenang tanpa bencana alam atau peperangan. Walaupun begitu,jangan dilupakan insan yang kurang bernasib baik di tanahair kita.Ketahuilah setelah setengah abad kita merdeka,jurang kemiskinan masih lagi tinggi.Jika kita menukar baju raya dan makan kuih buat yang dibeli,masih ada lagi yang tidak mampu akan semua itu.
Oh ya! Program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 semalam berjalan lancar.Kami tiba seawal 9:30 pagi untuk melakukan 'sound check' dan rehearsal. Kami diminta mengiringi Amylea (AF3) untuk dua lagu iaitu Suasana Riang di Hari Raya (Junainah M Amin) dan Pulang di Hari Raya (Noor Kumala Sari).Selain itu slot kami untuk persembahan sebelum iklan (suasana Hari Raya) dan lagu Selamat Hari Raya (Ahmad Jais).Permintaan awal untuk lagu penghujung program yang akan dinyanyikan beramai-ramai adalah lagu Saloma (Selamat Hari Raya---mintak mak kuih sepotong). Akhirnya lagu penghujung ditukar kepada lagu Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid). Lagu Noor Kumala yang catchy dan upbeat tidak dapat didendangkan kerana kesuntukan masa.
Apa-apa pun kami seronok betul dgn program ini! Dapat pula bertemu dan jamming bersama-sama Jamie Wilson,gitaris tersohor yang juga suami kepada Ruhil di lagu terakhir.Selesai acara,program yang ditunggu-tunggu iaitu makan!ha!ha!
Setelah itu,kami sempat berbual-bual bersama Jamie (apa da pemanggil di talian cakap artis jemputan namanya Jamal!ha!ha!) tentang kumpulan beliau bersama pemain sitar terkemuka negara,Samuel J Das iaitu kumpulan PRANA (yg ditukar namanya kepada VARNA)--sebuah kumpulan fusion yang amat hebat di dalam rakaman dan 'live'!Juga tentang pengalamannya mengiringi artis di Malaysia dan luar negara. Kami banyak berbual di dalam bahasa Melayu!Sedikit sahaja bahasa Inggeris.Ya! Jamie yang asalnya warga Australia boleh berbahasa Melayu dengan baik.Bukan macam sesetengah daripada kita yang malu berbahasa Melayu!
Terima kasih kepada penerbit atas undangan dan semua warga kerja TV3 yang memberikan kerjasama kepada kami dengan begitu baik.Tiga minggu dengan tiga penampilan di TV3!
Majulah rakyat untuk Malaysia tercinta!
---pasca acara kami beraya ke rumah Syamsul di Klang Gate.Hajat hati sebenarnya ingin melihat dan melawat kucing parsi beliau!Apakan daya tangan tak sampai! Kucingnya masih di tempat penjagaan di kedai haiwan(hotel katanya --RM15 sehari!).Terpaksalah kami membayangkan kucing itu beraya bersama kami sambil makan kuih raya!ha ha

Thursday, October 11, 2007

MHI di KL Sentral

Gambar-gambar sekitar persembahan kedua Dewangga Sakti di MHI yang bersiaran dari KL Sentral pada hari ini.
Gambar ini diambil oleh Apogee daripada kaca tv.Tiga lagu raya didendangkan.
Nanti kami pada hari raya ketiga di Wanita Hari Ini TV3 jam 12 tengahari.

Wednesday, October 10, 2007

TV3 lagi



Dewangga Sakti dijemput lagi menyerikan program Malaysia Hari Ini (MHI) secara lintas langsung dari stesyen KL Sentral pada hari Khamis 11 Oktober 2007.Kami akan menyampaikan lagu-lagu raya malar segar.
Sementara itu,jemputan juga diterima untuk program Wanita Hari Ini (WHI) pada hari raya ketiga (15 Oktober,Isnin) jam 12 tengahari.
Kami juga akan melancarkan tshirt rasmi Dewangga Sakti yang akan dijual kepada umum selepas raya dengan pilihan warna -hitam,putih,merah dan kelabu.Warna oren juga boleh!Nanti sudah siap design akan dikemaskini di sini.
Rakaman insyaallah akan disiapkan selepas Aidil Fitri.Setakat ini semuanya berjalan lancar dan sebarang maklumat lanjut akan disiarkan di sini.Oh ya! Sebuah lagu Dewangga Sakti sudah dimuatkan di dalam dokumentari Selangor terbitan Pesona Pictures (sudah ke udara di TV3 pada 20 September) dan beberapa lagu di dalam dokumentari tersebut hasil gubahan terroris kumpulan ini iaitu Zulkifli.Lagu-lagu digubah dengan bantuan anggota kumpulan dan pemuzik jemputan iaitu John(Fieldplayers) -piano ,Ezad(PGL the musical,M the Opera, Teater Kris)-seruling buluh,Yaser-gitar(merangkap engineer untuk beberapa lagu) dan lagu-lagu dirakamkan di tiga studio berbeza iaitu PurpleSound,Iseekmusic dan One O One Teh O.

Tuesday, October 02, 2007

Dewangga Sakti di Malaysia Hari Ini TV3



Penampilan di program Malaysia Hari Ini(MHI) di stesyen TV3 pada 2 Oktober berjalan lancar. Kami sempat bermain tiga lagu walaupun durasi lagunya telah dipendekkan supaya sesuai untuk siaran dan memberi ruang kepada iklan. Tiga lagu tersebut yang masih berada di dalam proses rakaman adalah Belayar ke Pulau Jauh, Selembar Kaseh dan Mabok Kepayang.
Terima kasih kepada warga kerja MHI yang memberi peluang kepada kami membuat persembahan.
Oh ya! Semua anggota tidak membuat apa-apa 'touch up ' kepada muka mereka kecuali En Syamsul.