kawan2 blogger ku (

Showing posts with label kek strawberry. Show all posts
Showing posts with label kek strawberry. Show all posts

Monday, April 18, 2011

si cantik manis cuba menggoda aku..auwwwww...

as'salam....

bila hari jumaat, semua muka senyum2...
bila sabtu senyum bertambah manis..bila ptg ahad, dh mula tarik muka
hari isnin dtg, muka kelat + pahit + masam semacam..
ahahahhaha...simptom2 org malas keje.....

harap2 diberikan keikhlasan dlm hati agar kita boleh bekerja dlm senyuman..dan bukan paksaan..

apepun, jom layan gambor ni dulu...




apakah itu??
huhuhu..ni kek strawberry yg telah di cup kan...
sebenarnya aku just guna resepi kek marble je..
cuma x la di marblekan..dlm adunan just tambah beberapa titis pewarna merah dan strawberry yg di cincang...
lately ni aku amat jatuh hati ngan strawberry...sedap diratah begitu saja!
sungguh..aku telah tergodaaaa!




semua kek cawanku merekah..dh mcm muffin lak..
tp x kisahla kan..sbb nk letak krim atasnya...

ni resepi yg telah diedit dr kek marble 

125 g mentega + 1 sudu besar marjerin
90 gram gula pasir- kisar halus
125 g tepung gandum
2 biji telur gred A
1 sudu besar susu cair
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh esen strawberry
2-3 titik pewarna merah
4 biji strawberry- cincang

(ayak tepung + baking powder)

cara:

(panaskan oven terlebih dahulu- 180 darjah celcius)

1. pukul mentega + marjerin + gula sampai kembang- memutih
2. perlahan kan mixer- masukkan telur sebiji2 sampai habis
3. masukkan esen
4. masukkan tepung dan susu cair sedikit2 sampai abis- mixer on low speed
5.akhir sekali, masukkan strawberry yg dicincang
6. masukkan dlm paper cup- bakar 15 mnt (atau hingga masak)
7. hias suka ati atau leh dimakan begitu saja.




selepas dihias ngan wiping cream (yg dlm tin kena goncang2 n squezeeeeee... )
honestly, aku lom pandai squezee..sbb tu ropanya jd begitu ye...
sila jgn kutuk di dalam hati...!




ni tekstur dalamnya..
strawberry hampir x kelihatan 
tp bila mkn akan rasa crispy2 disebabkan biji strawberry tu

p/s: pic2 dlm ni agak menyilaukan mata kan..salah setting kot...dh masuk pc baru pasan...dh malas nk ambik lg sekali...

jejak

free counters