Showing posts with label Kuih Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kuih Melayu. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Puding Roti Jagung Mutiara

It's  quite a challenge bila adik aku,  Mas,  mintak tolong masakkan dish jagung.  Since she's now selling jagung mutiara from Cameron Highland,  every 2 weeks,  rumah aku akan penuh dengan jagung yg sangat manis. 

Penat google recipe,  aku ternampak recipe puding roti jagung kat blog kak Ct Delima.  From that recipe,  aku olah jadi this recipe puding roti jagung mutiara.  Thank you kak CT kerana memberi aku ilham. 

Puding Roti Jagung Mutiara

Bahan2
3 cawan jagung yang telah lerai dari the cob (guna pisau untuk hiris isi jagung keluar dari batang)

10 keping roti ( di sapu butter on one side,  dan dipotong kecil)

Bahan blend
2 keping roti
250ml santan
500ml susu cair
1 cawan gula
1 sudu teh garam halus
4 biji telur
1 cawan tepung gandum

Cara2
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

2. Gris bekas berukuran 9x9, susunkan roti selapis,  tuang bahan blend,  tabur 1/3 jagung.  Ulang sehingga habis.  Biarkan adunan puding selama 30 minit sebelum dibakar di dalam oven.

3. Bakar selama 40-50 minit.  Jika bahagian atas sedikit hangus,  tutup dengan aluminium foil sehingga puding betul2  masak.  Sejukkan sebelum dipotong.

Note

4. Kalau nak buat the puding jadi 2 lapisan berlainan warna,  bahagikan bahan blend kepada 2 bahagian.  Warna satu bahagian menjadi hijau.  Susun 1/2 roti,  tuang bahagian hijau, tabur jagung,  biarkan adunan di luar selama 30 minit,  kemudian bakar selama 20 minit.  Kemudian Ulang proses diatas dengan adunan yang berwarna putih pulak. 

PS : puding ni sangat sedap..  Sekian terima kasih..  Hehe

Btw,  aku bakar guna magic pan yg besar.  Just gris the pan,  susun roti,  tuang adunan batter,  jagung,  then ulang,  pastu bakar.  Api kena sangat kecik.  It will take about 25-30 mins utk masak

Sunday, April 5, 2015

Bubur Jagung Mutiara

I am addicted to this jagung mutiara.  Sejak adik aku,  Mas,  buat business jagung and strawberry from cameron highland,  aku terus jatuh cinta dengan the jagung.  Hubby makan mentah je jagung tu sebab it's extremely sweet and lemak.  Macam hirup susu pekat.  Eh! Ada ke org yang hirup susu pekat? Hehe.. 
Ni favourite iffah, Bubur jagung mutiara.  Makan hari2 pun takpe,  dia suka sangat.  Kalau stok jagung sampai je,  dia la orang pertama yang akan suruh mama dia masak bubur jagung ni. 
To order, whatsapp Mas at 0183560030 


Bubur Jagung Mutiara
Bahan2
2 sudu besar biji gandum
2 sudu besar biji sagu kecik
1 tin cream corn
2 cawan jagung mutiara (gunakan pisau untuk leraikan biji biji jagung dari the corncob)
1/2kg santan
1 sudu teh Garam
Beberapa helai daun pandan
6-8 sudu besar gula putih (depending on citarasa masing2)
Cara
1. Rebus biji gandum dan biji sagu dengan air yg banyak sehingga biji gandum pecah dan biji sagu menjadi jernih.  Lebih kurang dalam 45 minit,  api yg perlahan
2. Masukkan jagung cream corn,  jagung,  garam dan gula
3. Masukkan santan bersama 2 cawan air, kacau perlahan sehingga mendidih. 
4. Tutup api apabila bubur mendidih selama beberapa minit. 

Tuesday, July 8, 2014

Tepung Bokoh

Tepung bokoh adalah sejenis kuih lama yang memang susah nak cari sekarang.  Kuih yang seakan sama adalah tepung talam but still rasa berbeza.
Dulu masa mula2  kawin,  aku suka sangat beli tepung bokoh from makcik tua kat pasar jertih.  Her tepung bokoh is to die for,  memang sedap.  Tapi lepas tu,  dah tak jual.  Makcik2 kat situ kata dia dah sakit tua.  Maybe now dah meninggal..  Sedih sgt
Ramadhan ni tiba2  mok teringin nak makan tepung bokoh.  Bila tanya mok,  main ingredient untuk tepung bokoh,  mok kata tepung beras.  So aku pun apa lagi,  cuba la reka recipe sendiri.  Alhamdulillah,  mok kata sangat sedap.  Yay!!  My tepung bokoh is a bit sweet sebab mok suka manis.  Please omit gula pasir kalau nak kurangkan manis.

The recipe is as below

Lapisan bawah
550gram nisang or gula merah
100 gram gula pasir (boleh omit kalau tak suka manis)
250gram tepung beras
1 tsp kapur
1.8litre air.

Lapisan atas
500ml santan pekat
1 litre air
150gram tepung beras
1 sudu kapur
2 tsp garam

Cara2
1. Lapisan bawah -  campur semua bahan,  make sure tepung beras tak berketul ,  kacau atas api sampai adunan menjadi likat dan berkilat.  Tuang dalam bekas.
2. Lapisan atas -  campur semua bahan,  make sure tepung beras tak berketul,  kacau sampai likat dan berkilat,  tuang keatas bekas yang mengandungi lapisan bawah,  sejukkan.
Tepung bokong ni lembut.  Bila nak makan kena scoop,  but memang sedap.  😁😁


Sunday, July 6, 2014

Kuih Kole Kacang

Never in my life,  i would think that i will be able to make my own kole kacang.  So,  bila berjaya buat kole kacang,  aku happy sangat.  Arwah abah loves kole kacang so much. Sedihnya bila ingat abah.  This is the first time kita org berpuasa without abah..  Memang terasa sangat abah takde.  Semoga Allah tempatkan abah dikalangan hamba yg beriman dan bertaqwa.
Back to koleh kacang,  recipe ni aku dapat from group kuih dalam facebook. Kebetulan semalam pegi Bagus,  nampak tepung kacang hijau,  terus aku beli.  Bila berbuka,  dah siap kole kacang aku.  Hehe...

The recipe is as follow
450gram tepung kacang hijau
400ml of santan -  dijadikan taik minyak
600ml santan
1.9litre of water
1 tsp garam
500gram gula (100gram gula merah,  400gram gula pasir) 
Cara2
1. Untuk taik minyak,  panaskan 400ml santan tu sampai mendidih,  kacau once in a while until santan tu berketul2 dan brown. 
2. Dalam pot yang besar,  masukkan 600ml santan, air,  tepung kacang hijau,  gula dan garam.
3. Kacau hingga adunan tak berketul.
4. Panaskan pot dan kacau adunan tanpa henti sehingga adunan menjadi likat dan berkilat.  Dalam. 15-20min
5. Tuang adunan dalam talam berukuran 12x12. Biarkan  sejuk. Tabur taik minyak

Saturday, July 5, 2014

Bingka Roti Berlauk

Lama betul tak update blog.  Bila tengok instagram Rima ada kuih bingka roti berlauk,  terus terpanggil untuk buat this kuih.
Pastu bila dah buat,  menyesal yang amat coz i cant stop eating it...  Huhuhu
Ingredients
12 -  14 slices of white bread,  lightly buttered.
800ml coconut milk (400ml santan pekat + 400ml air)
5 eggs
1 tsp salt
Fillings
400g minced meat
2 large onions, chopped
2 large potato, peeled and diced
1 large carrot, diced
2 cloves garlic -  minced
1/2 inch ginger -  minced
3 tbsp meat curry powder
3 tbsp tomato sauce
3 tbsp chili sauce
200ml water
Black pepper (optional)
Salt to taste
Topping
Chopped coriander
Sliced green onions
Sliced red chillies
Fried onions
Method
Binka Bread
Preheat oven 190C.. greased a 10 x 10" pan. Set aside.
Sliced bread into small cubes and soak in coconut milk.. once soften add all ingredients and mix well. Pour into baking pan and bake for 30 mins.
Fillings:
Heat oil in a skillet, saute onion, pounded ingredients until fragrant, add curry powder, tomato sauce and chili sauce. Stir well.. add meat, potatoes and carrots. Pour water and cook until potatoes and carrots soften. Add salt to taste and cook until dry. Add black pepper. Leave to cool.
Remove bread binka from oven. Press top lightly. Top it with fillings and continue to bake for a further 30mins. Let binka cools down before u sprinkle with toppings.


Sunday, July 14, 2013

Popia Basah

He did it again. Aku cakap kat hubby, he doesnt need to buy gelang emas sampai ke siku or beli handbag that would make rosmah jeles to make me happy. Popia basah pun dah cukup buatkan hati aku berbunga bunga.
He came back from asar semalam, dengan bag plastic yg berisi popia basah. Patut la keluar rumah awal sangat semalam. 20 minites before asar, dia dah keluar. Rupanya sebab nak beratur belikan popia for wife dia yang dah jadi fussy eater.
Alhamdulillah.  I am on cloud 9!!

Saturday, August 13, 2011

Pelas Jagung

Bila hubby takde, memang malas sangat nak masak beria2 for berbuka. The girls only eat what they want to eat which normally will be meehoon soto. Aku pulak, sangat la malas nak makan bila takde kawan. So, for the past few days, our iftar menu, teramatla sempoinya. Nak gi bazaar ramadhan, memang kim salam la. Aku dah lama boikot bazaar ramadhan. Besides food yg cepat basi dan tak sedap mana, orang yg bersesak2 macam semua kebulur sebulan tak makan buatkan aku rimas.

Satu lagi, pakaian yg menjolok mata. Kat Melawati ni, dah jadi mcm trend pulak gi bazaar ramadhan pakai baju seksa2. Why seksa? Sebab kesian kat orang2 lain yg berpuasa tengok. Nauzubillah anak2 aku berpakaian macam tu.

Malas nak mengata orang bulan ramadhan ni. Actually kalau bukan bulan ramadhan pun aku malas nak mengata orang. Letih! Back to iftar semalam, makcik ton suggested a menu yg selalu dia buat kat Jawa during iftar. Something new, aku tak penah makan before, and sedap yang amat. Iffah and Iman pun suka, tapi for kids, aku suggest to kurangkan pedas.

It's very important that bila kepalkan the pelas, make sure, it's nipis so that pelas tu garing.

Aku makan at least 10 bijik!

Pelas Jagung
Adapted from Makcik Ton

Bahan2
4 cups jagung - coarsely grind using dry blender
6 tbs tepung gandum
4-5 helai daun limau purut - mayang halus
2 tsp salt
1 tsp sugar

bahan blend
1 tsp jintan manis
1 tsp ketumbar
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
2 biji buah keras
10-15 biji cili padi (depends on how pedas u want it to be)
1 biji cili merah

cara2
1. campur jagung, tepung, daun limau purut, garam, gula dan bahan blend, adun sampai sebati.
2. the dough will be very sticky. panaskan minyak, ambik sikit dough, kepal dengan tangan and bentukkan jadi bulat dan nipis. goreng sehingga garing.


note : Some recipes added 1 biji telur. This is authentic Indonesian recipe. 

Monday, April 12, 2010

Lompat Tikam

Aku cukup tak suka makan lompat tikam. 10 kali mok masak, tak sekali pun aku makan. But abah loves lompat tikam, thus mok selalu buat lompat tikam. Hubby pun suka lompat tikam, especially yang mok buat. So today, I decided to buat lompat tikam. Saje je nak tengok, jadi ke tak macam yang mok buat.

The verdict : Memang sedap!! hehehe.. Actually, lompat tikam yang menjadi tu adalah percubaan aku yg ke-3. The first and the second one yang aku buat before tu, ended up dalam tong sampah. Setelah 2 kali cuba, and masuk tong sampah, aku pun telepon mok, to find out, what I did wrong. Rupanya, aku lupa masukkan air kapur. No wonder tak jadi! Bila dah buat sendiri lompat tikam tu, baru la aku tau, betapa susahnya mok buat selama ni. Especially part yang kena berdiri tepi periuk and kacau non stop for 1/2 hour. Keluar habis segala peluh jantan betina aku... Aku decided to not to say NO to lompat tikam mok anymore. :)

Alhamdulillah, lompat tikam aku sold out!! hubby loves it so much. Dia sorang makan 1/2 talam. Jemput semua, silalah menjamu mata... hehe

Lompat Tikam

Lompat Tikam
Bahan2
A. untuk base hijau
250gm tepung beras
1/2 tbs kapur (bancuh dgn air sikit)
beberapa helai daun pandan - blend and tapis air
1.8 litre air + air daun pandan
2-3 titik warna hijau
cara2
1. campur semua bahan, kacau rata. adunan will be very watery
2. tuangkan adunan dalam periuk, slowkan api, kacau adunan sampai likat and nampak berminyak which will take about 1/2 jam or so. then remove it, masukkan dalam loyang, sejukkan for about 4-6 hours

B. Santan
1/2kg santan pekat
2 cups water
2 tbs tepung beras
2 tsp salt
cara2
1. masukkan semua bahan dalam periuk, kacau atas api yg perlahan sampai santan jadi pekat.
2. sejukkan jugak for about 4-6 hours.

C. Air Nisang
3-4 kerek nisang
daun pandan1 cup water
cara2
1. masukkan semua dalam periuk, biarkan mendidih for 5-8 minutes, then sejukkan.