Showing posts with label Pinggan Mangkuk. Show all posts
Showing posts with label Pinggan Mangkuk. Show all posts

25 February, 2011

Sylvac Ware


Paparan kali ini mari kita lihat pula sebuah bekas seramik yang boleh dikatakan agak berusia yang telah lama BR simpan yang diperolehi daripada rumah nenek di kampung. Terdapat 'retak yang bukan retak' pada bekas ini yang menandakan bekas ini mungkin telah lama dihasilkan.


Terdapat lukisan daun dan bunga di sekeliling bekas ini yang boleh dikatakan halus seninya dan sangat cantik.


Lukisan berbentuk daun yang berbeza pada sebelah yang satu lagi.


Inilah bekas seramik jenama Sylvac buatan England. Untuk makluman, Sylvac sebenarnya adalah sebuah syarikat yang terkenal dengan penghasilan seramik berbentuk binatang yang telah lama beroperasi semenjak tahun 1894 lagi.


Tidak dapat dipastikan pula sama ada bekas ini berpenutup atau tidak kerana semenjak disimpan, ia sudah memang tidak berpenutup.


Amat sesuai untuk dijadikan hiasan dan kepada peminat seramik sudah tentu jenama Sylvac ini telahpun menjadi sebahagian daripada koleksi anda.


Sedikit sejarah Sylvac:

SylvaC was a Britain based company that produced ornamental pottery items and other decorative items. The company was founded by William Shaw and William Copestake, in 1894. Initially, the company was called Shaw and Copestake. Decorated vases, jugs, flower pots and toilet wares were some of the earlier products made by the company. Later, William Copestake left the company and his position was taken over by Richard Hull in 1895. This partnership led to the expansion of the company to a great extent.

In 1917, Reginald Thompson was hired as the decorating manager, whose artistic talent helped in developing the company. The company started producing different animal figures and the popular ones being rabbits and dogs. Rabbits were produced from 1930 till 1975. The rabbits were produced in various colours and glazes. Different shapes of rabbits included crouching rabbits, one ear up and down rabbits and comical rabbits.

Dogs of different breeds were made by SylvaC and around two hundred dog figures were produced. One of the famous dog models was the terrier figure. Other items made by SylvaC were Gnomes, Toby Jugs, advertising wares and tablewares. The company stopped the production in 1982. Today, the SylvaC pottery, SylvaC vase, SylvaC dog and other wares made by SylvaC are considered to be collector’s items.


Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh melihatnya di: Wikipedia/Sylvac


09 February, 2011

J & G Meakin ...Ada Lagi! (Part 2)


Posting kali ini kita sambung lagi dengan kisah pinggan J & G Meakin buatan England ini. Pinggan di bawah ini agak berlainan sedikit daripada beberapa pinggan yang telah dipaparkan sebelum ini kerana terdapat lingkaran warna hijau di muka pinggan. Untuk pengetahuan, pinggan ini adalah keluaran J & G Meakin dalam siri BY.


Berdiameter kira-kira 9 inci dan nampak kotor sedikit tetapi tetap akan tetap cantik menawan jika diberikan sedikit sentuhan cucian.


Pandangan dari sisi menampakkan kedalaman pinggan yang tidak begitu dalam. Sesuai untuk hidangan mee atau bihun goreng...


Di bahagian bawah pinggan tercetak trademark J & G Meakin BY.


Ini pula ialah sebuah piring tersesat dan lari sedikit daripada topik asal kerana ianya bukanlah keluaran J & G Meakin, tetapi keluaran daripada Corona Ironstone China. Rupa bentuk dan warnanya seakan-akan sama seperti pinggan mangkuk J & G Meakin dalam siri Rosa yang berwarna 'rose'.


Berdiameter kira-kira 7 inci dan lebih sesuai dipanggil piring kerana ia sememangnya sebuah piring. He.. he..


Trademark Corona Ironstone China tercetak di bawah piring.


Ini pula piring J & G Meakin dalam siri Glamour Jade. Berdiameter kira-kira 7 inci dan terdapat cat emas di sekeliling piring.


Pandangan sisi menampakkan bentuk piring. Untuk makluman, pinggan mangkuk J & G Meakin dalam siri Jade adalah berwarna hijau.


Seperti biasa terdapat cetakan J & G Meakin Glamour Jade di bawah piring.


Ini juga adalah piring yang sama keluaran J & G Meakin dalam siri Jade. Cuma ianya berdiameter lebih kecil iaitu kira-kira 5.5 inci yang didatangkan bersama set cawan.


Juga terdapat cat emas di sekeliling piring untuk menampakkan ke'elegan'annya.


Tidak perlu dijelaskan lagi kerana pada setiap setiap satu pinggan mangkuk J & G Meakin sudah semestinya terdapat lambang trademarknya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Blues Riders.. He.. he..


07 February, 2011

J & G Meakin ...Ada Lagi! (Part 1)


Rasanya sudah lama BR tidak me'mosting' kisah pinggan J & G Meakin yang berada di dalam simpanan. Khas untuk 'mak-mak bonda bunga kangkung' dan kepada pembaca yang meminati pinggan-pinggan lama khasnya dari jenama J & G Meakin ini, marilah kita ikuti kisah pinggan J & G Meakin ini secara lebih terperinci.


Pandangan dari hadapan pinggan nasi J & G Meakin Celeste. Berdiameter kira-kira 10 inci.


Pandangan sisi menampakkan dengan lebih jelas kedalaman pinggan.


Seperti biasa terdapat cetakan jenama J & G Meakin di bawah pinggan untuk membuktikan kualitinya. Pinggan ini buat makan nasi sedap ni, bubuh kuah kari banyak-banyak sikit... He he..


Pinggan ini juga masih dalam siri J & G Meakin Celeste dan mempunyai diameter yang sama dengan pinggan pertama iaitu kira-kira 10 inci.


Pandangan sisi menampakkan perbezaan iaitu pinggan ini lebih 'nipis' dengan kedalaman pinggan yang tidak begitu dalam.


Juga terdapat cetakan jenama J & G Meakin di bawah pinggan beserta dengan trademark 'retakan' bagi pinggan-pinggan lama keluaran di tahun 1950-an ini.


Bentuk pinggan ini adalah sama dengan bentuk pinggan di atas cuma pinggan ini adalah dalam siri J & G Meakin Glamour Jade. Bersaiz kecil sedikit iaitu berdiameter 9 inci dan berwarna kehijauan.


Pandangan sisi pinggan J & G Meakin Glamour Jade ini. Sesuai untuk diletakkan ikan termenung goreng panas-panas... Makan nasi pula di dalam 'dangau' di tengah bendang.


Terdapat cetakan jenama J & G Meakin Glamour Jade di bawah pinggan. Pinggan-pinggan lama ini sebenarnya memang cantik untuk dijadikan hiasan sebab hendak diguna terasa sayang pula kerana jikalau pecah, agak sukar untuk dicari ganti.


Sekian, terima kasih. Kita jumpa lagi dalam J & G Meakin ...Ada Lagi! (Part 2) esok. He.. he..


25 January, 2011

Mangkuk F&N


Mangkuk F&N Full Cream Milk Powder ini memang telah lama berada di dalam simpanan BR dan hanya dijadikan hiasan sahaja memandangkan ciri-cirinya yang boleh diklasifikasikan sebagai mangkuk lama.


Amat sesuai untuk dijadikan mangkuk nasi tambah memandangkan saiznya yang agak besar (berdiameter 9 inci) dan berat.




Sesuai juga untuk dijadikan hiasan kerana corak bunga yang terdapat pada mangkuk ini sungguh menawan.


Terdapat cetakan F&N Full Cream Milk Powder di bahagian bawah mangkuk sebagai trademark kerana ianya diperolehi sebagai hadiah kerana membeli susu tepung keluaran F&N suatu ketika dahulu.


Berapakah usianya tidak dapat pula dipastikan tetapi kelihatan juga 'retak-retak' (bukan retak sebenar) yang kebanyakannya hanya terdapat pada pinggan mangkuk lama.


Eer.. kakak-kakak tak berkenan ka? He.. he..


13 October, 2010

Mangkuk Ovaltine Piala Asia Ke-8 1984


Piala Asia AFC merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia atau AFC. Negara yang memenangi kejohanan ini akan ditabalkan selaku Juara Asia dan layak untuk mewakili Asia ke kejohanan Piala Konfiderasi FIFA.


Mangkuk ini telah dikeluarkan oleh Ovaltine sebagai minuman kesihatan rasmi sempena Piala Asia Kali Ke-8 yang telah diadakan di Singapura. Berdasarkan fakta tersebut, usianya kini telah mencecah 26 tahun. Berketinggian 5.5 cm mangkuk ini amat sesuai sekali digunakan untuk mengisi kekacang sebagai hidangan.


Pada tahun ini telah menyaksikan Arab Saudi telah muncul sebagai juara dengan mengalahkan pasukan China dengan jaringan 2 - 0.


Piala Asia diadakan setiap empat tahun sekali semenjak 1956 walaubagaimanapun, memandangkan Sukan Olimpik dan Kejohanan Bola Sepak Eropah juga dilangsungkan sama tahun dengan Piala Asia (2004, 2008, 2012 dan seterusnya), keadaan ini telah menyebabkan kalendar sukan menjadi sangat padat. Justeru itu, AFC telah mengambil pendirian untuk mengubah tradisi tersebut, dengan menganjurkan kejohanan yang seterusnya pada tahun 2007, diikuti setiap empat tahun mulai tahun 2007.


Kejohanan Piala Asia yang seterusnya nanti akan diadakan pada tahun 2011 dengan menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah.


12 October, 2010

Set Piring dan Cawan Tabung Haji


Pada hari Sabtu 09.10.2010 yang lalu maka selamat sampailah 350 rombongan jemaah haji pertama Malaysia daripada 26,000 orang pada tahun ini ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang lima. Ketibaan jam 5.30 pagi waktu Malaysia itu merupakan satu impian yang hampir terlaksana dan mudah-mudahan setiap jemaah akan memperoleh haji mabrur InsyaAllah.


Menyentuh mengenai Tabung Haji, Set cawan dan piring Tabung Haji ini BR perolehi (beli) sewaktu membuka akaun dengan Tabung Haji suatu ketika dahulu. Tidak pasti pula berapakah usianya tetapi yang pasti set piring dan cawan TH ini masih menggunakan logo TH yang lama.


Tabung Haji ialah singkatan bagi Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap tahun.

Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.


Nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji. Mengenai motto 'Pilihan Utamaku' itu juga telah digantikan dengan tulisan jawi 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).


Logo lama TH - dilancarkan pada 28 Ogos 1997.


Logo baharu TH - dilancarkan pada 25 Mei 2009.


Tidak ketinggalan di piringnya juga terdapat logo Tabung Haji 'Pilihan Utamaku'.


Memang cantik dan bergaya dengan lingakaran garisan emas melingkari cawan dan piring. Menyesal juga kerana tidak membelinya 6 set (1/2 dozen) bagi melengkapkan hidangan kerana pada waktu itu hanya terfikir untuk dijadikan kenang-kenangan sahaja.

Alangkah indahnya sekarang jika tetamu yang berkunjung ke rumah dihidangkan dengan set piring dan cawan ini sekurang-kurangnya boleh mengimbau kembali kenangan para haji dan hajjah yang pernah ke Tanah Suci...


Sedikit mengenai Tabung Haji:

Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.


Untuk maklumat lanjut bolehlah mengunjungi laman rasmi TH: Tabung Haji


27 September, 2010

Mangkuk Ayan Blues...


Di zaman kanak-kanak dahulu siapa yang tidak pernah makan di dalam pinggan ayan? Teringat semasa bersekolah rendah dahulu di mana pengusaha kantin akan menggunakan pinggan ayan (iron) ini sebagai pinggan mangkuk utama untuk dihidangkan kepada murid-murid. Mungkin ada juga rasionalnya di mana pinggan ayan ini amat sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan ianya cukup tahan lama.


Sebenarnya pinggan ayan ini banyak kelebihannya berbanding dengan pinggan kaca, plastik, porcelain atau polisterine yang digunakan sekarang kerana jaminan seumur hidup tidak akan pecah. Ianya juga dijamin tiada kesan toksid dan kesan sampingan serta selamat digunakan cuma tidak boleh digunakan di dalam microwave.


Pada hari ini memang jarang sungguh kita melihat penggunaan pinggan ayan ini kerana penggunaannya boleh melambangkan status seseorang. Tempatnya kini mungkin hanya sebagai pinggan ubat nyamuk ataupun sebagai pinggan makanan haiwan kesayangan...


Namun begitu, di tahun 1980-an masih ada lagi gerai-gerai makanan yang menghidangkan pinggan ayan ini kepada pelanggan-pelanggannya seperti yang pernah BR alami ketika menjamu selera di salah sebuah gerai di utara semenanjung. Hidangan yang paling sesuai dihidangkan di dalam pinggan ayan ini sudah semestinya makanan berkuah seperti laksa atau mee.


Sewaktu kanak-kanak dahulu juga mangkuk ayan ini adalah pilihan utama untuk dijadikan topi besi ketika bermain 'perang-perang'...


Didatangkan dengan berbagai corak bermotifkan bunga dan haiwan dan juga plain colour seperti biru, kuning dan hijau. Kebanyakan pinggan ayan adalah diimport daripada negara China tetapi pinggan ayan yang BR miliki ini adalah jenama JURY buatan England. Masih berkeadaan cantik dan belum lagi digunakan sekadar untuk tatapan anak-anak cucu nanti...


13 September, 2010

Vintage Pontesa Ironstone Creamer


Pontesa ialah salah satu jenama pembuat pinggan mangkuk dari Sepanyol yang cukup popular. Sebagai satu alasan tidak ketinggalan, maka di sini BR tunjukkan salah satu koleksi jenama Pontesa ini iaitu bekas susu atau creamer yang dimiliki sejak turun-temurun semenjak tahun 1950-an lagi.


Kita ikuti keunikan bekas creamer ini yang dipaparkan dari berbagai sudut untuk lebih mengenali produk keluaran Pontesa ini...



Jenama Pontesa Made in Spain yang terdapat di bahagian bawah bekas, jelas menunjukkan mutunya.



Terdapat juga 'ukiran-ukiran' yang menawan di sekeliling bekas.











Tidak disangka pula bekas sebegini boleh mendapat tempat yang menggalakkan di pasaran ebay.


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'