ZIARAH MAKAM’14 Ulama Dikenali Thaqafah Diaplikasi
Sambutan daripada ahli
amat menggalakkan iaitu seramai 36 peserta diperingkat siswi dan 25 peserta di peringkat
siswa. Bahkan melebihi sasaran program. Ziarah dimulakan pada jam 7 pagi dengan
slot khas iaitu penerangan tawassul yang disampaikan oleh saudara Nik Mohammad
Azahari bin Nik Saleh, mantan Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 yang
merupakan sesuatu pembaharuan yang dibawa pada kali ini. Pada jam 8 pagi para
peserta memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan.
Antara makam yang
diziarahi ialah makam di sekitar Darrasah, Babul Sya’riah, Saiyiddah Zainab,
Attaba dan Muqattam. Uniknya ziarah pada kali ini bagi peringkat siswi terdapat
satu musyrif dan seorang musyrifah yang memberi penerangan di
setiap makam yang dilawati. Ziarah dimeriahkan lagi dengan slot kuiz agar ahli cakna dengan pengisian dan
penerangan yang diberi. Ziarah Makam ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama
semua peserta berlatarbelakangkan Kota Kaherah di bukit Muqattam.
Harapan agar Ziarah Makam
ini bukan sahaja dapat memupuk semangat ahli dalam menuntut ilmu dan mencontohi
ulama’ terdahulu bahkan dapat juga menautkan ukhuwah antara ahli dan meningkat
thaqafah. Moga program-program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan
datang.
"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment