[RISALAH AL-HIKMAH: PANDUAN GAYA HIDUP SIHAT]
Dalam tidak sedar, semua orang menjalani proses penuaan. Namun proses ini akan lebih dirasai kala usia menjengah angka 40, apatah lagi jika penyakit gaya hidup mula menjadi ‘penumpang kekal’ yang sukar dihalau jika tiada penjagaan bersungguh-sungguh. Malah ketika ini sebahagian besar daripada kita akan dapati betapa mudahnya berat badan bertambah dan susahnya untuk mengembalikan bentuk badan seperti ketika muda. Pertambahan umur, perubahan fisiologi dan biologi dalam badan menyebabkan kadar metabolik menurun, sedangkan selera makan kita masih seperti dulu. Jadi tidak hairanlah jika saban tahun, saiz baju dan seluar kita semakin membesar. Walaupun pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktiviti cergas (bersenam), tetapi masih ramai yang ‘belum bersedia’ untuk menyahut seruan itu. Suka atau tidak, kita perlu melakukan sedikit pengorbanan untuk kesihatan diri sendiri dengan berpan