[BERITA : IFTAR JAMAIE TUNJANG KESATUAN TAAKHI]
KAHERAH, 21 JUN 2017 : Bulan Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya, pelbagai aktiviti semakin giat dilakukan bagi menghidupkan sepuluh malam terakhir. Pada hari ini, pihak program Ihya Tarbawi Ramadan 2017 (IHTIRAM '17) yang diketuai oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 selaku pengarah program Majlis Iftar Jamaie bersama Keluarga Penuntut - Penuntut Terengganu (KPT) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK). Pastinya objektif program ini tidak lain tidak bukan mengeratkan dan menguatkan lagi hubungan silaturahim antara anak - anak Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Kedah.