BIL 02 : KONSEP KEBAJIKAN DALAM ISLAM Islam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna. Ianya amat berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat di antara satu sama lain. Sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah” (Riwayat at-Tabarani) Lumrah dalam kehidupan bahawasanya terdapat golongan manusia yang hidup mewah dan berada. Akan tetapi, pada masa yang sama juga terdapat manusia yang hidupnya ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ iaitu kehidupan yang serba kekurangan dan dilanda kemiskinan. Justeru itu, syara’ tel