Posts

Showing posts with the label upp

[ISU SEMASA : MUSLIM DI ROHINGYA CEDERA]

Image
30 Ogos 2017, Myanmar -  Hasil data daripada satelit menunjukkan kawasan api marak di sekitar Wilayah Rakhine sekurang-kurangnya 10 kawasan berikutan aktiviti ketenteraan keatas populasi muslim Rohingya di negara itu. Para aktivis dan penduduk menuduh pihak tentera menembak secara rambang kepada penduduk Rohingya yang tidak bersenjata dan mencetuskan kebakaran dengan sengaja. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar menyatakan bahawa "pengganas ekstremis" yang telah menyebabkan kebakaran tersebut hasil daripads pertempuran dengan pihak tentera. Di pihak yang lain pula, pada selasa lepas Perdana Menteri Thailand mengatakan negaranya bersedia menerima pelarian Rohingya. Setiap yang berlaku adalah ujian daripada  Allah kepada mereka yang mengalaminya, dan satu pengajaran bagi mereka yang melihat. Kita hendaklah sentiasa mengeratkan sifat ukhuwah sesama muslim dan berilah bantuan semampunya walau hanya dengan setulus doa. Disediakan oleh, Unit Wilayah Multimedia Centre (WI

[BERITA : KE ARAH PENULISAN YANG KREATIF DAN BERKESAN]

Image
30 JULAI 2017, Kaherah - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan bengkel penulisan kerjasama dengan Program Generasi Ulul Albab 2017.  Sasaran utama program ini adalah untuk mahasiswa/wi baharu khususnya dan kepada mahasiswa/wi BKAWM yang lain amnya. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah saudara Amirul Azmeer bin Asmadi, Tahun 5 Kuliah Perubatan Universiti al-Azhar. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas tentang penulisan dan turut disertakan beberapa teknik dan kaedah bagi peserta untuk aplikasikan dalam penulisan. Seramai 70 orang peserta daripada kalangan siswa dan siswi yang telah menyertai kelas ini. Kelas ini mengfokuskan tentang asas-asas dalam menulis sesebuah penulisan. Dalam masa yang sama, pengisi menekankan penggunaan tatabahasa yang betul serta penggunaan ayat yang sesuai. Di akhir pembentangan, pengisi telah memberikan sedikit kata-k

[BERITA : IHTIRAM '17 DAN SALAM '17]

Image
KAHERAH 27 Mei - 25 Jun 2017 : Alhamdulillah syukur di atas nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah SWT dapat lagi kita melalui 2 fasa penting sebagai orang muslim iaitu bulan Ramadan juga merupakan bulan tarbiah seterusnya hari kemenangan Aidilfitri yang baru sahaja disambut beberapa hari sebelum ini. Oleh yang demikian, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 tidak terlepas juga untuk meraikan 2 fasa penting ini dengan mengadakan program bagi menghidupkan bulan- bulan ini.

[BERITA : MAJLIS PERASMIAN IHYA' TARBAWI RAMADAN 2017]

Image
KAHERAH, 25 Mei 2017 - Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah melaksanakan perasmian program Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 ( IHTIRAM '17) yang bertempat di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Objektif program kali ini tidak lain tidak bukan bagi menghidupkan dan memeriahkan bulan Ramadan di samping menambah rasa cinta dan kasih kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Program ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Amirul Arif bin Shukri , Pengarah IHTIRAM `17 dan diikuti dengan ucapan serta perasmian oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017. Setelah selesai ucapan dan perasmian, program diteruskan dengan gimik perasmian Tabung IHTIRAM `17. Tujuan tabung ini diwujudkan bagi mengutip dana untuk menampung aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini di samping memberi galakkan kepada semua untuk bersedekah. Akhirnya, harapan agar ma

[LETUPAN DI DUA WILAYAH]

Image
KAHERAH,9 April 2017- Satu kejadian bom telah berlaku di sebuah gereja di Iskandariah dan beberapa jam selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan satu pengeboman sebuah gereja Koptik di bandar Tanta. Menurut Kementerian Kesihatan, enam orang  terbunuh manakala 33 orang lagi cedera dalam letupan di Gereja Saint Mark, Iskandariah. Kejadian berlaku ketika mereka menghadiri ke perhimpunan sempena sambutan Palm Sunday. Manakala,  gereja di Tanta, lebih 26 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan itu. Oleh itu, pihak BKAWM menyarankan supaya warga Malaysia menjaga keselamatan dan lebih berwaspada serta berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Disediakan oleh, Unit Wilayah Multimedia Centre (WIMAC), Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2016/2017 "Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ISU SEMASA : SERANGAN GAS BERACUN DI SYRIA]

Image
Selasa, 4 April 2017, Bandar Khan Sheikhun, barat laut Syria, sekurang-kurangnya 58 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan gas beracun yang dilepaskan beberapa jet pejuang. Tindakan itu juga menyebabkan puluhan lagi mengalami masalah pernafasan serta simptom muntah dan mulut berbuih.

[KALAM PIMPINAN: MENELUSURI DUNIA IMTIHAN]

Image
Segala puji dan syukur dipanjatkan  ke hadrat Ilahi, Tuhan yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dengan cahaya petunjukNya mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah payah membawa risalah agama tercinta ini. Tanpa kesungguhan dan berkat kesabaran baginda, sudah tentu kita tidak dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT : ( وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ * إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ) [Surah Al-Asr 1 - 3] Ayat di atas jelas menunjukkan tentang kepentingan menjaga masa terutamanya ketika musim imtihan ini. Perancangan masa yang teratur sangat penting dalam menjaga kualiti ilmu yang dikecapi baik dari segi membaca mahupun secara hafalan.

[KALAM PIMPINAN: MELESTARIKAN KESATUAN DALAM KELUARGA BKAWM]

Image
Alhamdulillahirabil ‘Alamin. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung, yang mengikat hati-hati hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Mustofa, Muhammad SAW serta seluruh ahli keluarga baginda SAW. Juga kepada para sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.   Allah Rabbul Jalil berfirman dalam kalamNya yang agung: وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا ْ “Maka berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah SWT. Serta janganlah kalian berpecah belah.” (Surah Hud, ayat 118)                 Daripada ayat yang telah dinyatakan di atas jelas menunjukkan larangan Tuhan sekalian alam daripada kita berpecah belah serta hendaklah kita kekal di atas talinya iaitu Islam. Agama Islam merupakan agama dinamik untuk umat manusia. Agama ini dimulai dengan gagasan tauhid, iaitu keesaan Allah SWT dan menjauhkan segala kefahaman syirik, atau mempercayai sesuatu yang membawa kepada syirik.

[KALAM PIMPINAN: TIMBALAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2016/2017]

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang menciptakan kita daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang manusia yang beriman kepadaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat. Semoga kita dalam kalangan yang mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Allah SWT berfirman dalam surah al-Alaq: اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)

[BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP MENJANA KREATIVITI AHLI]

Image
31 JANUARI 2017, Kaherah - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan satu kelas kemahiran suntingan asas iaitu Kelas Adobe Photoshop. Sasaran utama program ini adalah untuk mahasiswa/wi baharu khususnya dan kepada mahasiswa/wi BKAWM yang lain amnya. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah saudara Amirul Arif bin Shukri selaku Ketua UPP BKAWM sesi 2016/2017.

[BERITA: LAWATAN YANG MEMBAWA KEMUDAHAN]

Image
KAHERAH, 22 Januari 2017 - Satu lakaran baharu buat potret sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), apabila anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir digembirakan dengan berita pengumuman Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang terletak di Hayyu Sabie', Kaherah.

[ISU SEMASA: KELANTAN LUMPUH]

Image
           Jarang sekali di Mesir kita menerima kehadiran hujan, sebaliknya saudara kita di Kelantan, Malaysia, telah ditimpa dengan ujian banjir besar yang disebabkan hujan lebat yang dibawa angin monsun timur laut.