[BERITA : KE ARAH PENULISAN YANG KREATIF DAN BERKESAN]
30 JULAI 2017, Kaherah - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan bengkel penulisan kerjasama dengan Program Generasi Ulul Albab 2017. Sasaran utama program ini adalah untuk mahasiswa/wi baharu khususnya dan kepada mahasiswa/wi BKAWM yang lain amnya. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah saudara Amirul Azmeer bin Asmadi, Tahun 5 Kuliah Perubatan Universiti al-Azhar. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas tentang penulisan dan turut disertakan beberapa teknik dan kaedah bagi peserta untuk aplikasikan dalam penulisan. Seramai 70 orang peserta daripada kalangan siswa dan siswi yang telah menyertai kelas ini. Kelas ini mengfokuskan tentang asas-asas dalam menulis sesebuah penulisan. Dalam masa yang sama, pengisi menekankan penggunaan tatabahasa yang betul serta penggunaan ayat yang sesuai. Di akhir pembentangan, pengisi telah memberikan sedikit kata-k