FIST: Untukmu Syria



UNTUKMU SYRIA

Islam adalah agama yang menyuruh kepada keamanan, mengajak kepada kebaikan, menolak kezaliman dan mencegah kemungkaran. Saya yakin, dan kita yakin, semua agama diasaskan oleh pengasas masing-masing mempunyai tujuan yang murni. Cuma, mereka mengasaskan agama masing-masing dengan cara masing-masing, bukan dari petunjuk Allah SWT, Tuhan sekalian alam.
Apabila saya melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam di serata dunia, saya tertanya-tanya, kenapakah mereka melakukan sedemikian terhadap umat ini? Bukankah Syi’ah juga menganggap diri mereka sebagai seorang muslim? Pernahkah Saidina Ali r.a mengajar untuk kamu membunuh muslim yang lain?


Terkini, tentera Mujahidin (Sunni) sedang bergelut melawan Rejim Basyar (Syiah) demi mempertahankan akidah umat Islam seluruh dunia. Strategi demi strategi dirancang bagi mempertegakkan hak umat Islam yang saban hari ditindas oleh musuh – musuh Islam.
 Antara permasalahan dan ancaman terbaru kepada rakyat Syria adalah masalah kebuluran.
Akibat kepungan, sekatan dan sebagainya tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim menyebabkan semakin ramai kanak-kanak Syria mati kerana kebuluran.

Rejim Basyar telah membakar ladang pokok zaitun dan tanaman di perkampungan Ma'arsyamsyah, Idlib yang merupakan antara sumber bekalan masyarakat tempatan. Tindakan ini akan menyebabkan ekonomi dan sumber makanan penduduk akan terjejas teruk terutamanya dalam keadaan musim panas yang sedang melanda.

Bukan itu sahaja, kaum wanita juga telah ditindas dan kebanyakan mereka akan ditangkap oleh rejim Basyar dan pakatannya. Ketika ditangkap, mereka akan dirogol dan diseksa secara kejam. Selepas itu mereka akan dibunuh dan ditinggalkan di jalanan Syria. Mereka menghina wanita Sunni sedemikian rupa. Apa perasaan dan tindakan kita saat ini?

Rakyat Syria kebanyakannya terpaksa tinggal di dalam gua bawah tanah akibat rumah yang mereka tinggal telah ranap dibom rejim Basyar. Menurut laporan, bekalan air dan bekalan elektrik telah dipotong oleh rejim Basyar di kawasan Sunni.

Juga dilaporkan 25 buah kenderaan ambulans tiba dari Libya siap sedia untuk memasuki Syria melalui sempadan Turki untuk misi kemanusiaan di Syria. Ia merupakan sumbangan masyarakat Islam Libya. Ambulans-ambulans ini dilengkapi dengan kelengkapan alat perubatan, ubat-ubatan dan 17 kakitangan perubatan termasuk 3 orang doktor.

Antara sebab rejim Basyar masih bertahan sehingga sekarang adalah kerana mereka mendapat bantuan besar-besaran daripada Rusia, Iran dan Hizbu Syaitan.Sedangkan Mujahidin tidak mendapat bantuan daripada mana-mana negara. Walaupun Mujahidin terus menerus dituduh ditaja Barat.

Dalam masa yang sama, umat Islam seluruh dunia masih diam membisu akibat  masih kurang jelas dengan Isu Syria. Gambaran tentang Syria dilihat agak tidak jelas apabila pihak media membuat penjelasan lantaran telah dikawal oleh pihak Rejim Basyar. Inilah muslihat terbesar mereka bagi menutup dan mengkaburkan fahaman umat Islam seluruh dunia.

Jadi, sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syaikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, umat Islam di seluruh dunia perlu menjadikan Jumaat ini sebagai Hari Untukmu Syria. Jangan berhenti mendoakan saudara – saudara kita di sana agar mereka terus thabat dalam perjuangan dan semoga dikurniakan syahid di jalan Allah. Semoga kita juga diberi kekuatan jihad seperti mana mereka.

 
Oleh:
Nurzuliana binti Zulkarnain
Mahasiswi Tahun 1, Kuliah Perubatan,
Universiti al-Azhar
Timbalan Unit Pengkajian Maklumat,
Unit Penerangan Dan Penerbitan BKAWM 2012/2013


Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]