Posts

Showing posts from June, 2013

Sambutan Nisfu Syaaban dan Iftar Mahabbah

Image
Kaherah, 27 Jun - Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan Sambutan Malam Nisfu Syaaban sempena meraikan hari kebesaran Islam tersebut. Sambutan telah diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Majlis bermula selepas solat Maghrib, dimulai dengan alunan qasidah memuji baginda Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Saudara Ahmad Bushra bin Muhamad Salleh, Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS). Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah Nisfu Syaaban yang disampaikan oleh Saudari Nurul Syahidah binti Hamzah, Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Antara pengisian menarik yang telah disampaikan ialah 3 hikmah puasa yang merangkumi aspek kesabaran: 1) Sabar atas ketaatan kepada Allah. 2) Sabar menjauhi laranganNya. 3) Sabar atas takdir Allah. Seterusnya, Iftar Mahabbah telah dianjurkan pada keesokan harinya. Selain memberi galakan untuk berpuasa, iftar juga dapat menger

FIST: Untukmu Syria

Image
UNTUKMU SYRIA Islam adalah agama yang menyuruh kepada keamanan, mengajak kepada kebaikan, menolak kezaliman dan mencegah kemungkaran. Saya yakin, dan kita yakin, semua agama diasaskan oleh pengasas masing-masing mempunyai tujuan yang murni. Cuma, mereka mengasaskan agama masing-masing dengan cara masing-masing, bukan dari petunjuk Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Apabila saya melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam di serata dunia , saya tertanya-tanya, kenapakah mereka melakukan sedemikian terhadap umat ini? Bukankah Syi’ah juga menganggap diri mereka sebagai seorang muslim? Pernahkah Saidina Ali r.a mengajar untuk kamu membunuh muslim yang lain? Terkini, tentera Mujahidin (Sunni) sedang bergelut melawan Rejim Basyar (Syiah) demi mempertahankan akidah umat Islam seluruh dunia. Strategi demi strategi dirancang bagi mempertegakkan hak umat Islam yang saban hari ditindas oleh musuh – musuh Islam.   Antara permasalahan dan ancaman terbaru kepada rakyat S