BKAWM Cakna Kebajikan Ahli di Cawangan
Dumyat, 16 Mac - Unit Kebajikan, Badan Kebajikan Anak Wilayah
Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengunjungi seorang ahli BKAWM di Dumyat iaitu
Saudara Saufi bin Basarah yang telah mengalami kecelakaan.
Saudara Saufi yang juga merupakan Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) cawangan Dumyat telah mengalami patah ibu jari kaki semasa mewakili Wilayah Persekutuan dalam Dumyat Challenge League, anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat baru-baru ini.

Rombongan Unit Kebajikan ini diwakili oleh dua orang Ahli
Jawatankuasa Tadbir BKAWM iaitu Saudara Muhammad Ilman bin Abdul Razak dan
Saudara Ahmad Faris bin Mazlan serta Saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri
sebagai Ketua Unit Kebajikan. Rombongan ini telah menyerahkan sejumlah wang
sumbangan bagi meringankan bebanan Saudara Saufi.
Semoga beliau dikurniakan kesembuhan dan semakin bersemangat dalam menjalankan gerak kerja Islam.
“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”
Semoga beliau dikurniakan kesembuhan dan semakin bersemangat dalam menjalankan gerak kerja Islam.
“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”
Comments
Post a Comment