Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, March 6, 2019

PETUA HILANGKAN RUAM SUSU / KURAP SUSU BAYI

Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Mesti ramai mak-mak yang risau bila tengok pipi anak yang baru lahir kemerahan dan seperti ada kulat kan..Jangan risau..tu bukan ekzema ke apa..Yang aku tengok, semua cakap tu tanda-tanda awal ekzema..

Tidoklah seperti itu ya mak!

Walaupun kebanyakan mak-mak ni tahu yang kurap susu atau ruam susu ni tak bahaya..tapi macam sakit hati je sebab muka anak tak lawa, tak licin kan..Nak pergi jalan-jalan pun segan..hahaha

Aku dapat tahu petua ni masa hantar anak no 2,Yaya dekat pengasuh..hantar dengan ruam susu penuh di pipi..dengan ruam satu badan. Yang pasti Yaya ni memang tak tahan panas..Kalau tak, ruam dia akan bertambah-tambah..Dekat rumah 3-4kali mandikan dia..

Macam yang aku cerita..2 hari lepas hantar dekat pengasuh, aku perasan ruam tu macam dah kurang..padahal rumah pengasuh tu boleh tahan panas juga berbanding rumah aku..so, mula la proses merisik tanya..hihi. Akak pengasuh tu pun cakap lah yang lepas mandikan Yaya dia taruk minyak johnson satu badan termasuklah muka Yaya..aku be like "ooooo..." hahaha!

Jadinya, selepas 5 hari pipi yang penuh ruam susu tu dah hilang..dah jadi licin mulus.. Sampai sekarang, anak-anak aku aku mandikan dengan minyak lepas mandi..no wonder la orang india suka letak minyak kat baby baru lahir..ye dak.. :)

Kalau nak guna minyak vco pun takde hal..Lagi satu Minyak Bayi Mamaherbs pun bagus...memang itulah petua paling berkesan dan cepat berbanding ubat steroid, tepung ubi dan sebagainya..

Dan, lepas menyusu tu kena lap air susu yang kena pipi & jangan biarkan baby tonyoh semua air liur dia kat pipi..yang ni mak kena rajin-rajin lap..

See u! Selamat beramal :)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, September 6, 2014

Petua mudah bersalin/Tips mudah bersalin



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Setiap wanita yang mengandung pasti akan mengimpikan proses bersalin yang bakal dilalui adalah mudah,cepat dan selamat.Macam-macam petua memudahan proses bersalin akan dikumpulkan untuk menghadapi hari tersebut.

Alhamdulillah..proses melahirkan kedua-dua anak aku tidak mengambil masa yang lama, sakit yang aku masih mampu menanggungnya..tidaklah hingga aku fobia..

Mengimbau semula detik-detik kelahiran kedua-duanya..Mr PPP tiada disisi..anak pertama...tak sempat nak masuk,anak aku dah keluar.Anak ke dua pula dia jauh nun di Johor..aku pula di Terengganu..

Semasa mengandungkan anak ke dua,aku mengalami contraction yang kerap sebelum bersalin..Disaat itulah Mr PPP bawakan aku jus kurma Ajwa' (kurma nabi).Kurma Ajwa' ni asalnya dari Madinah.Pokoknya hanya tumbuh disana..harganya memang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kurma biasa. Alhamdulillah....sakit yang aku alami berkurangan..sejak dari saat itu,aku sentiasa minum jus tersebut sehinggalah saat aku nak bersalin.

Jus Ener Al Kurma

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Bukan itu saja,lepas bersalin pun aku minum untuk banyakkan susu badan...stok memang tak putus..harga jus kurma tu RM18 sebotol...boleh minum macam tu je ataupun boleh campur air..kalau nak beli boleh je PM aku..
Tapi,khasiat kurma untuk wanita hamil memang tak boleh dinafiikan lagi..


Antara Fungsi Lain:
Baik untuk ibu mengandung, memberikan nutrisi yang cukup bagi bayi dalam kandungan dan memudahkan proses bersalin.
Membantu menambahkan kuantiti susu badan dan membuatkan bayi lebih cepat kenyang.
menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus untuk membantu proses perkumuhan dan menghilangkan sembelit.
Jika diminum bersama yogurt, boleh membantu penyahtoksinan dan memberi tenaga maka boleh melangsingkan badan.
Dengan meminum Ener Al-kurma pada waktu pagi boleh membantu menyahtoksikkan logam berat dan toksin asid daripada hati.
Sewaktu kedatangan haid, Ener Al-kurma akan mencukupkan keperluan kalsium dan zat besi kepada wanita.





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE