Wednesday, September 15, 2021

CARA ATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pengalaman bengkak susu semasa dalam pantang memang adalah satu benda yang paling seksa..boleh buat mengalir air mata tanpa henti.

Badan dah la penat, lepastu breast pula bengkak..selepas itu mula lah badan rasa tak selesa, macam nak demam pun ya, semua sakit- sakit..dengan emosi tak stabil, anaknya pula asyik menangis tak dapat susu..

Kali ni nak cerita macam mana aku handle keadaan ni..yelah, kalau dulu ada yang datang mengurut, sekali dia urut breast untuk lancarkan susu..musim-musim Covid macam ni, tukang urut tak berani nak datang rumah..kita pun tak berani nak panggil sebab ada anak kecil.

Lepas bersalin hari tu, sama je dengan kelahiran yang sebelum ni..dalam pantang je mesti bengkak susu..walau dah pump, dah marmet, tetap tak jalan..telanlah panadol untuk kurangkan sakit pun masih keadaannya sama..

Hari ke 3 balik rumah, breast mulai bengkak.badan pula dah rasa dedar..tapi, Alhamdulillah..pengalaman masa anak-anak yang sebelum ni memang kena macam tu..jadi, aku tak panik. Ni antara apa yang aku buat.

1. Tuam sejuk
- Bila breast bengkak, automatik akan rasa sakit..Jadi, tujuan tuam sejuk ni adalah untuk kurangkan rasa sakit yang dialami akibat bengkak tu.

2. Tuam panas
-lepas dah settle tuam sejuk tadi, breast dah kurang sakit atau dengan kata lainnya rasa kebas- kebas gitu..mula tuam panas pulak..tujuan tuam panas ni untuk melancarkan aliran susu.



3. Urutan
- Dah settle tuam semua..aku urut yang mana rasa ketul-ketul tu bagi lembut..yang penting urutan tu dari atas bahu ke arah breast, dari bawah ketiak ke arah breast juga..sebab biasanya kat bawah ketiak tu akan ada rasa biji bila dah bengkak.
Urut sekeliling areola..mana yang rasa ketul tu semua urut bagi lembut.

4. Marmet
- Ada sesetengah orang, dia pump..a big NO!! Kalau breast tengah bengkak, dan susu tak keluar walaupun duk urut-urut, jangan la pump..sebab, akan menyebabkan keadaan bengkak yang lebih teruk..sebabnya bila pump, susu akan lebih banyak terhasil tapi tak boleh keluar.So, cara selamatnya adalah marmet je..



5. Epsom Salt
-Kalau dah buat semua..tapi, susu masih tak keluar..itu bermaksud keadaan yang dipanggil clogged duct..maksudnya takde laluan susu keluar...beli epsom salt dekat farmasi ke mana-mana..masukkan satu sudu teh dalam silicon breastpump dan tambah air suam..lepas tu rendamkan bahagian areolar dalam silicon breastpump tu sambil urut-urut bahagian yang rasa berketul-ketul. Better buat dekat bilik air masa mandi tu sebab akan basah semua. Sambil-sambil tu bersihkan bahagian puting tu supaya ada laluan susu keluar..




6. Kerap bagi anak feeding
- Marmet susu keluar sebelum bagi anak feeding hingga bahagian areolar terasa sedikit lembut sebab, selalunya breast yang bengkak, anak tak dapat melekap dengan baik..sebab tu anak akan melalak tak dapat nak hisap susu.

7. Makan panadol
- Ambil ubat panadol/ paracetamol untuk kurangkan rasa sakit sebab bengkak susu boleh menyebabkan demam.

8.Kubis
- Boleh guna kubis yang diletakkan dalam peti ais sekejap..tapi, jangan terlalu lama gunakannya sebab kubis boleh menyebabkan susu kering..sekadar untuk hilangkan rasa sakit seperti tuam sejuk tak ada masalah.

9.Kaunselor atau doktor
- Rujuk mana-mana kaunselor laktasi sekiranya masih tidak berhasil. Dan rujuk kepada doktor sekiranya breast makin bengkak, kemerahan dan demam berlarutan..mungkin anda mengalami mastitis.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu ibu-ibu baru mengatasi bengkak susu..Dapatkan pandangan doktor sekiranya simptom tak lega..

Gambar sumber google.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE