Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Dosa Percuma



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hai.lama sudah tidak bersua dihalaman tanpa suara..agak sibuk sekarang.kadang-kadang hanya singgah menjeling disini..

Seperti yang kita tahu..MH370 masih lagi kekal hilang.sama-samalah kita mendoakan agar pesawat dapat ditemui..

Baru saja aku menghadiri satu majlis agama siang tadi..di majlis tersebut,ustaz ada menerangkan sedikit sebanyak tentang misteri kehilangan MH370.Katanya kita perlu kembali kepada Allah..Kekuasaannya dapat kita lihat dalam cerita ini..Seandainya ia tidak berlaku kita tidak tahu yang di lautan hindi yang dijangkakan lokasi terakhir pesawat adalah tempat yang mana tiada orang yang tinggal..

Terlalu banyak berita-berita tentang pesawat tersebut diblog-blog..yang mana terdapat juga berita yang tidak benar.suka sekali mengingatkan para blogger...jangan membuat DOSA dengan mengarang cerita yang tidak benar..



ALLAH SWT telah berfirman:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 13, 2014

Kisah Malaikat Kecil



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tanda hampir dengan kematian



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sedang melihat dan menghayati cerita Tahajjud Cinta,tiba-tiba teringat tentang tanda-tanda hampir dengan kematian..
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Maka,sesiapa yang merasai tanda kematian,adalah sangat rugi jika tidak membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, March 14, 2013

Dosa Meninggalkan solat Jumaat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
sumber: ohislam

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 20, 2012

Sanggupkah kita berkorban??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

fuh! penatnya..baru berkesempatan untuk update..
sejak kebelakangan ini terasa diri semakin sibuk..maklumlah..dua hari yang lepas aku pergi kursus..
kemudian sambung dengan kerja malam pula..
agak penat...badan pun sakit-sakit..
entahlah samada kerana tekanan emosi ataupun bebanan kerja yang perlu diselesaikan sendiri bertambah dari sehari ke sehari..

bertambah-tambah lagi dengan blog yang bermasalah dan terpaksa kembali ke template dan design asal..walaupun tidak dapat kembalikan kesemua data-data yang telah hilang..agaknya,ia sendiri mahu kekal dengan bentuk yang lama tanpa diubah..

aku ingin juga memohon maaf kepada kawan-kawan yang sering berkunjung ke sini..jejak anda akan dibalas nanti..insyaAllah..

dan tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha (10 zulhijjah) pula..mungkin hari raya ini tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri..namun,apa kata kiranya kita memandang dari sudut pahala dan kebaikan-kebaikan yang boleh diambil dari Hari tersebut..
sesungguhnya banyak sekali fadilat ibadah korban yang rata-rata sudah diketahui umum.


Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah swt demi kebahagiaan di akhirat nanti.


maksud disebalik: binatang yang boleh dikorbankan





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, October 18, 2012

ww : Tiada Tuhan selain Allah



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Tiada Tuhan selain Allah,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, October 10, 2012

Nama Terlarang Dalam islam



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Disini aku kongsikan beberapa koleksi nama-nama yang terlarang dalam islam kerana maksud yang tak elok...

Abkam-Tidak celik, buta
Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya
Afinah - Yang bodoh
Asyar - Paling jahat
Asyirah - Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah - Hamba suruhan perempuan
Baghiah - Yang zalim, jahat
Bahimah - Binatang
Balidah - Yang bodoh, bebal
Bakiah - Yang menangis, merengek
Baqarah - Lembu Betina
Batilah - Yang batil, tidak benar
Dabbah - Binatang
Dahriyah - Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah - Goncang, stress
Darakah - Kedudukan yang rendah
Daniyah - Yang lemah dan hina
Dami'ah - Yang mengalir air matanya
Fasidah - Yang rosak, yang binasa
Fasiqah - Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
Fajirah - Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah - Kecelakaan
Ghafilah - Yang lalai, yang leka
Ghailah - Kecelakaan, bencana
Ghaibah - Hilang
Ghasibah - Perampas, perompak
Ghamitah - Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah - Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah - Yang dengki
Hasidah - Yang hasad
Hazinah - Yang sedih
Huzn - Kesedihan
Khabithah - Yang jahat, yang keji
Khali'ah - Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah - Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah - Yang rugi
Khamrah - Arak
Jariah - Hamba suruhan perempuan
Jafiah - Yang tidak suka berkawan
Kaibah - Yang sedih
Kafirah - Yang kafir, yang ingkar
Kamidah - Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah - Pendusta, pembohong
Lahab - Bara api
Laghiah - Sia-sia, tidak berfaedah
La'imah - Yang tercela

Lainah - Yang terkutuk
Lahifah - Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah - Yang menderhaka
Majinah - Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah - Agama menyembah api atau matahari
Munafikah - Yang munafik
Musibah - Celaka, bencana, kemalangan
Nariah - Api
Nasyizah - Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah - Yang najis dan kotor
Qabihah - Yang buruk, hodoh
Qatilah - Pembunuh
Qasitah - Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah - Kejahatan, perzinaan
Rajimah - Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah - Kecelakaan, musibah
Razilah - Yang keji dan hina
Sakitah - Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah - Yang rendah dan hina
Sahiah - Yang pelupa
Sakirah - Pemabuk
Syafihah - Yang bodoh
Syaridah - Yang diusir
Syaqiyah - Yang menderita
Syarrul Bariyyah - Sejahat-jahat manusia
Syani'ah - Yang buruk
Syarisah - Yang buruk akhlak
Syatimah - Maki hamun
Syariqah - Pencuri
Talifah - Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah - Yang papa kedana
Tarikah - Anak dara tua
Tafihah - Karut
Talihah - Yang tidak baik
Yaisah - Yang berputus asa
Yabisah - Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah - Penakut
Waqihah - Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah - Yang kotor
Wasyiah - Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah - Yang lemah
Wahiah - Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah - Penakut
Wailah - Bencana, keburukan
Waqi'ah - Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah - Kebinasaan
Zalilah - Yang hina
Zalimah - Yang zalim
Zaniyah - Penzina, pelacur
Zufafah - Racun pembunuh




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, August 10, 2012

Kehilangan di 10 malam terakhir Ramadhan




Assalamualaikum wbt.. 


Disaat umat islam lain berlumba-lumba merebut kelebihan
 malam berkat, lailatul qadr...dia pergi meninggalkan keluarga..
dia pergi meninggalkan segala harta dunia..dia pergi dan tak akan kembali..
Siapa sangka,waktunya telah tiba..moga ditempatkan dikalangan muslimin yang beriman kepada Nya.
kepada kawan, kau tabahlah..berbanggalah ayahmu pergi dalam bulan mulia..
banyakkan berdoa untuknya..

Alfatihah kepada ayahanda kawanku..

*******


Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

dari: sumber



Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, July 19, 2012

Ia Datang lagi..



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi..Bulan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang islam..
bulan yang penuh berkat.
Bulan Ramadhan sahaja kita dapat melihat masing-masing berlumba untuk mendapatkan pahala..
sungguh indah!

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: 

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”. 

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari) 

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: 

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa” 

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. 

Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni 4hb July 2012..bersamaan 14 Syaaban selepas Maghrib (Malam Nisfu Syaaban) esok 15 Syaaban bersamaan Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan bulan Syabaan..Kelazimannya org2 muslim membaca 3 kali Yassin pAda malam Nisfu Syaaban..
(1) membaca Yasin yg pertama dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah.
(2) Kemudian dibacakan pula Yasin yg ke-2 dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya,
(3) Kemudian dibacakan pula Yasin yg ke 3 dengan niat minta mati dalam iman


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

lagi tentang Nisfu syaaban
lagi tentang Nisfu syaaban

p/s: Alhamdulillah..Hari lahir aku diraikan dengan penuh keberkatan..
Jangan berhenti tingkatkan amal ibadah..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, May 15, 2012

Kepala Yatt melekat di sejadah







Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.


"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."



Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.


"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."


Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.


Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.

Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.


"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."


Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, April 22, 2012

Makna bacaan dalam solat



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

ramai dari kita yang solatnya 5 waktu sehari semalam...namun,ramai juga dari kita yang hanya sembahyang semata-mata tapi tidak memahami bacaan dalam solat itu..

terjumpa satu video yang menarik untuk dikongsikan bersama..anda tidak akan menyesal melihat dan menghayatinya..


 p/s: kita sangat beruntung...



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, February 23, 2012

Jahil Dunia @ Jahil Agama dari L



Assalamualaikum wbt.. 

Balik rumah harini, malaikat tunggu atas kusyen/sofa.  Aku datang nk cabut nyawa kamu, bagi ke tak bagi? Kita jawab apa? mesti tak bagi punya. cabutla orang sebelah dulu. Dia pun dah sakit lama dah. malaikat takkan tanya kita. Kita kadag2 bab malaikat cabut nyawa ini kita boleh buat gurau senda. JIran kita mati, kita antar dia ke kubur, balik kerumah jumpa kawan sembang.'dah meninggal sahabat kite.semalam main bola sekali harini dah takda. kawan lagi sorang jawab, jaga2, semalam malaikat datang rumah dia, entah2 nanti rumah kamu pulak. Kata jiran ni, sebenarnya malaikat tu dah datang rumah aku semalam, tapi aku suruh cabut dia dulu, tu yg malaikat cabut nyawa dia, aku suruh tu.'  ha jadi  hukum dia orang yg buat gurau macam ni 70 tahun dihumbannya dalam neraka. 


sedikit petikan dari tulisan L yang bertajuk Jahil Dunia @ Jahil Agama..
tak perlu nak pergi dengar ceramah kalau malas..
dengar kalau malas nak baca.
berblog juga salah satu medium untuk dapatkan ilmu..
bukan sekadar ilmu dunia.tetapi juga ilmu akhirat..

p/s: berpesan-pesan kearah kebaikan




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, February 15, 2012

19 Keistimewaan Wanita



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


19 Keistimewaan Wanita
 

1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis Kerana takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah syurga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

sumber



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, February 4, 2012

Tak kenal maka tak cinta



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran 
Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingatikelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih 
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. 



BIODATA RASULULLAH SAW 
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN 
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.

USIA 6 TAHUN 
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN 
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN 
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN 
 Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
 Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
 Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
 Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 
 Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. 
 Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
 Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN 
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN 
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. 
Khadijah Binti Khuwailid 
Saudah Binti Zam’ah 
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 
Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab) 
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 
Zainab Binti Jahsy 
Maimunah Binti Harith 
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 
1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SUSUAN 
1.. Thuwaibah 
1. Hamzah 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 
1. Halimah Al-Saidiyyah 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza 
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

 

Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )










Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE