Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Friday, October 25, 2013
Infografik Bajet 2014
Labels:
berita
Thursday, September 12, 2013
kanak-kanak maut dilanggar kereta undur
Assalamualaikum wbt..
Ibu mangsa memeluk mayat Mohd Adam yang maut akibat dirempuh kereta di Taman Kerian dekat Parit Buntar. - Foto Shaiful Shahrin Ahamd Pauzi
Parit Buntar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dilanggar kereta mengundur selepas enjinnya dihidupkan abangnya berusia empat tahun di rumah mereka di Taman Kerian di sini, semalam.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohd Adam Mohd Ali dikatakan sedang mengambil seliparnya sebelum abangnya, Aiman Yasin yang melihat kunci kereta terus menghidupkan enjinnya dan dipercayai tertolak gear mengundur mengakibatkan kenderaan itu melanggar mangsa dan dinding rumah.
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, dia baru pulang menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu sebelum pulang ke rumah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Katanya, setiba di rumah, dia masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising mangsa dan abangnya di luar rumah.
“Saya segera keluar dan melihat Aiman Yasin bermain di tempat duduk pemandu dan cuba menghidupkan enjin manakala Mohd Adam sedang berada di belakang kereta untuk memakai selipar.
“Saya cuba menahan Aiman Yassin tetapi sudah terlambat. Kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Mohd Ali berkata, sebaik kereta itu mengundur, dia terdengar bunyi jeritan kesakitan diselangi jeritan anak perempuannya mengatakan adiknya dilanggar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
sumber : b.harian
Labels:
berita
Sunday, February 24, 2013
Bukan kerana cinta dan harta
Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Ramai diantara kita yang ingin sekali berumahtangga dengan insan yang dicintai.itu sudah lumrah.jarang sekali yang mengambil keputusan untuk bernikah tanpa rasa cinta.melainkan dipaksa oleh mak ayah..tetapi,ada lagi ke zaman sekarang perkahwinan yang diatur?
Namun,ada juga yang berkahwin bukan hanya kerana cinta termasuklah bagi Shaliana Mohd Misnan.
Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.
Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.
Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.
Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.
SHALIANA (kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah. Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.
“Saya tawarkan diri sebab ada pengalaman menjaga arwah suami dan yakin mampu menjaga Pak Berahim dari segi mental dan fizikal.
sumber: mymetro
Labels:
berita
Friday, September 28, 2012
Pembentangan Bajet 2013
Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Masing-masing meriah sekali menunggu Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu bajet yang ke 5 sejak memegang jawatan menteri kewangan..ada yang mengutuk.ada juga yang mengharap.ada juga yang tak puas hati.macam-macam rasa kan? tapi kita perlu fikir positif...selagi dapat hidup aman damai di Malaysia ni..
syukurlah...
Menurut YAB Perdana Menteri,bajet kali ini ialah penerus tradisi untuk memakmurkan dan bawa kesejahteraan rakyat.
fokus 1: Merangsang Aktiviti Pelaburan
fokus 2 : Memperkasa Pendidikan & Latihan
fokus 3 : Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
fokus 4 : Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
fokus 5 : Mensejahterakan Rakyat
fokus 1: Merangsang Aktiviti Pelaburan
fokus 2 : Memperkasa Pendidikan & Latihan
fokus 3 : Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
fokus 4 : Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
fokus 5 : Mensejahterakan Rakyat
Tema Bajet2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”
download teks ucapan >>sini..mulai jam 6.00 petang..Teks Ucapan Bajet 2013 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
tengok live >> sini
p/s: Bonus Sebulan setengah bulan gaji untuk penjawat awam pada Disember dan Januari nanti..Alhamdulillah..
p/s: Bonus Sebulan setengah bulan gaji untuk penjawat awam pada Disember dan Januari nanti..Alhamdulillah..
Labels:
berita
Wanita tertelan tikus
LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.
“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.
Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.
“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.
Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.
“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.
“Mereka akhirnya memberi saya baucar �10 (RM50).
“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.
sumber
Labels:
berita
Jual Rakan yang hamil
KUALA LUMPUR: “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400,” kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.
Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.
Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.
“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.
“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.
Labels:
berita
Thursday, September 27, 2012
Trend bengkakkan dahi
LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.
Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.
Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”
Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jarum itu memasuki dahi saya.. Ooh!”
Apabila masuk sepenuhnya, kesan jarum itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.
John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’
Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan meleleh pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang meleleh dari kepala saya. Saya dapat merasakannya meleleh.”
Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.
“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.
Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.
Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.
“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. - DM
Labels:
berita
Tuesday, August 7, 2012
Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia - Datuk Lee Chong Wei
LONDON- "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.
"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.
Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.
Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'.
"Dia bermain amat baik dan mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
"Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya.
- BERNAMA
Labels:
berita
Wednesday, July 25, 2012
Bonus 1/2 bulan Gaji sempena Hari Raya 2012 untuk kakitangan kerajaan
Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Alhamdulillah..rezeki..rezeki..hehe
Inilah untungnya kerja dengan kerajaan..
sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban dalam menyambut hari raya..
Seperti yang diumumkan, kerajaan akan memberikan bonus 1/2 bulan gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM500.
Jangan pula mensia-siakan bonus yang diberi dengan perkara-perkara yang tiada faedah,sebaiknya gunakan untuk persiapan hari raya..
Selain itu,pesara kerajaan juga menerima bayaran khas berjumlah RM500.
Bayaran bonus akan dilakukan pada 9 Ogos 2012
p/s:Jom Derma
Labels:
berita
Monday, June 25, 2012
Pesakit kanser leher terjun tingkat 3 wad
GEORGETOWN: Tidak tahan menanggung penderitaan kerana barah leher dialaminya, seorang lelaki warga emas nekad terjun dari tingkat tiga Wad C 15, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, awal pagi semalam.
Tan Jit Wan, 68, sudah seminggu berada di HPP untuk menjalani rawatan penyakit dialaminya itu dan dia dikatakan pernah mengadu kepada doktor serta jururawat kerana tidak tahan menanggung sakit.
Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mangsa yang dilihat murung dan termenung di tepi tingkap berhampiran katilnya, terjun melalui tingkap itu.
Pengawal keselamatan, Sarina Maidin, 50-an berkata, dia terdengar bunyi objek terhempas sebelum meninjau di lokasi kejadian.
“Saya terkejut mendapati tubuh seorang lelaki dengan kesan darah di kepalanya sebelum menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komsioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat penyakit dialaminya itu.
“Mangsa sebelum ini pernah menceritakan kepada doktor serta jururawat yang dia tidak dapat menahan penderitaan akibat kanser leher dialaminya itu.
“Selain itu, mangsa juga dilihat kerap termenung di tepi tingkap dan semalam, dia akhirnya nekad terjun dari tingkat tiga dan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
Difahamkan, ketika itu ada beberapa pesakit ternampak mangsa yang cuba terjun namun mereka tidak sempat menghalangnya kerana kejadian berlaku dengan pantas.
Kes itu adalah kejadian kali kedua membabitkan pesakit terjun di tingkat tiga wad C15 kerana tidak tahan menanggung azab penyakit dialami.
Mei lalu, seorang penghidap penyakit batuk kering yang juga seorang lelaki warga emas, R Tanchavarnam, 68, turut mengambil jalan mudah menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkap.
Labels:
berita
Monday, May 28, 2012
Tuduh remaja perkosa adik sebelum samun
GOMBAK: Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal memintas dan mengarahkannya berhenti.
Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang ketakutan akur arahan mereka.
“Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian itu.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka dengan gadis yang didakwa dirogolnya,” katanya.
Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu dicederakan.
“Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun. Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya keseorangan,” katanya.
Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
Labels:
berita
Tuesday, May 22, 2012
Peralatan perubatan termasuk kondom perlu didaftarkan
Utusan Malaysia
Selasa, 22/05/2012
Peralatan perubatan termasuk kondom perlu didaftarkan
PUTRAJAYA 21 Mei - Semua peralatan perubatan termasuk kondom, termometer, jarum akupunktur, sehingga ke mesin pengimbas otak wajib didaftarkan dengan Autoriti Peralatan Perubatan (MDA) menjelang 1 November ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pendaftaran tersebut yang diwajibkan melalui Akta Peralatan Perubatan bertujuan memastikan pengeluar tidak membuat dakwaan palsu mengenai mana-mana produk kesihatan.
"Terdapat pengeluar yang membuat pelbagai dakwaan kononnya alat mereka boleh mengubati diabetes atau menjadikan seseorang itu lebih cantik, kita tidak mahu ada pengguna yang tertipu dengan maklumat yang tidak tepat.
"Selain itu, kerajaan mahu mengelakkan produk kesihatan bermutu rendah memasuki pasaran Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemandu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) kementeriannya di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, apabila pendaftaran tersebut dikuat kuasakan, orang ramai yang tidak yakin dengan sesuatu produk kesihatan juga boleh melakukan semakan melalui laman web.
“Sama seperti ubat, semua peralatan perubatan perlu didaftarkan sama ada oleh pengimport, pembekal, pengeluar atau wakil pembekal yang dilantik.
“Untuk peralatan perubatan yang telah ada di pasaran, kita memberi tempoh dua tahun kepada pengeluar berkenaan untuk melakukan pendaftaran,” katanya.
Beliau berkata, kesalahan di bawah Akta Peralatan Perubatan boleh membawa denda penalti tertinggi sebanyak RM20,000 jika disabitkan kesalahan.
“Akta ini telah diwartakan pada 15 Mac lalu dan dijangka dikuat kuasakan pada Oktober, kita kini dalam proses untuk mewujudkan peraturan-peraturan subsidiari di bawah akta ini.
“Kita juga sedang berusaha untuk menubuhkan MDA yang diketuai oleh seorang ketua pegawai eksekutif,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tiong Lai berkata, Malaysia melahirkan kira-kira 1, 000 graduan farmasi setiap tahun dengan kebanyakan daripadanya berkhidmat sebagai ahli farmasi komuniti termasuk bekerja di kedai-kedai ubat.
“Kita berharap lebih ramai ahli farmasi boleh terlibat dalam pengeluaran ubat, Malaysia pada masa ini menggalakkan pengeluaran ubat-ubat generik,” katanya.
SUMBER
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pendaftaran tersebut yang diwajibkan melalui Akta Peralatan Perubatan bertujuan memastikan pengeluar tidak membuat dakwaan palsu mengenai mana-mana produk kesihatan.
"Terdapat pengeluar yang membuat pelbagai dakwaan kononnya alat mereka boleh mengubati diabetes atau menjadikan seseorang itu lebih cantik, kita tidak mahu ada pengguna yang tertipu dengan maklumat yang tidak tepat.
"Selain itu, kerajaan mahu mengelakkan produk kesihatan bermutu rendah memasuki pasaran Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemandu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) kementeriannya di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, apabila pendaftaran tersebut dikuat kuasakan, orang ramai yang tidak yakin dengan sesuatu produk kesihatan juga boleh melakukan semakan melalui laman web.
“Sama seperti ubat, semua peralatan perubatan perlu didaftarkan sama ada oleh pengimport, pembekal, pengeluar atau wakil pembekal yang dilantik.
“Untuk peralatan perubatan yang telah ada di pasaran, kita memberi tempoh dua tahun kepada pengeluar berkenaan untuk melakukan pendaftaran,” katanya.
Beliau berkata, kesalahan di bawah Akta Peralatan Perubatan boleh membawa denda penalti tertinggi sebanyak RM20,000 jika disabitkan kesalahan.
“Akta ini telah diwartakan pada 15 Mac lalu dan dijangka dikuat kuasakan pada Oktober, kita kini dalam proses untuk mewujudkan peraturan-peraturan subsidiari di bawah akta ini.
“Kita juga sedang berusaha untuk menubuhkan MDA yang diketuai oleh seorang ketua pegawai eksekutif,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tiong Lai berkata, Malaysia melahirkan kira-kira 1, 000 graduan farmasi setiap tahun dengan kebanyakan daripadanya berkhidmat sebagai ahli farmasi komuniti termasuk bekerja di kedai-kedai ubat.
“Kita berharap lebih ramai ahli farmasi boleh terlibat dalam pengeluaran ubat, Malaysia pada masa ini menggalakkan pengeluaran ubat-ubat generik,” katanya.
SUMBER
Labels:
berita
Tuesday, May 15, 2012
Kepala Yatt melekat di sejadah
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB)
Pada majlis jururawat pagi ini saya juga mengumumkan bermula pada Oktober 2007, Kerajaan telah meluluskan pembayaran Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB) atas kadar RM100.00 sebulan kepada semua anggota jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memiliki sijil pos basik dalam salah satu (1) daripada 18 bidang Penjagaan Kritikal dan Pengkhususan Klinikal serta bertugas dalam bidang yang sama.Berikutan itu, selaras dengan hasrat KKM untuk melahirkan anggota paramedik yang berpengetahuan dan berkemahiran luas dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan, BIPB yang sebelum ini hanya meliputi 18 bidang pengkhususan penjagaan kritikal dan pengkhususan klinikal, kini merangkumi 8 lagi bidang iaitu pengkhususan dalam perawatan kawalan infeksi, kaunseling HIV/AIDS, pengurusan diabetes, gastrointestinal endoscopy, penjagaan Kesihatan Primer, rehabilitasi, forensik dan perubatan sukan yang sebelum ini tidak dibayar elaun, telah juga mendapat kelulusan bayaran insentif pos basik.Kerajaan juga pada 30 Mac 2012, telah bersetuju agar semua anggota paramedik, termasuk jururawat yang memiliki kelulusan pos basik dalam bidang-bidang yang telah diluluskan layak dibayar BIPB, tanpa mengira tempat pegawai bertugas selagi pegawai menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pos basik yang dimiliki dalam menjalankan tugas.Kelulusan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2012. Berdasarkan kelulusan tersebut, semua Jururawat yang memiliki Sijil Pos Basik daripada 26 bidang yang tersenarai adalah layak untuk menerima BIPB, sekiranya mereka menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pos basik yang dimiliki untuk menjalankan tugas masing-masing.
Tugas Jururawat Penuh Berbakti
Tidak kira waktu mahupun tempat, yang mereka tahu amanah mesti dilaksanakan.
Seiring dengan kemajuan dunia perubatan, tugas jururawat kini tidak lebih kepada berbakti namun kemahiran menggunakan peralatan perubatan berteknologi tinggi juga perlu dikuasai.
Lima tahun berkhidmat sebagai jururawat menjadikan Mohd Idlan Abdul Kadir seorang insan sabar.
Menggalas tugas di Unit Rawatan Rapi ICU dan Unit Rawatan Koronari CCU di Hospital Putrajaya, dia mengakui tugas yang dipikul tidak semudah disangka.
Bukan sahaja perlu mahir mengendalikan peralatan hospital, cabaran mengendalikan pesakit kritikal juga menguji mental dan emosinya terutama saat melihat pesakit bertarung nyawa.
MOHD IDLAN ABDUL KADIR/JURURAWAT
"Kita bekerja dengan manusia, seperti yang kita tahu, orang yang sakit ni emosi dia tak stabil, jadi kita kena banyak sabar dan perlu menenangkanlah pesakit."
DATUK FATHILAH ABDUL WAHAB/PENGARAH KEJURURAWATAN KKM
"Jururawat kita yang sekarang ni, adalah yang multitasking dan multiskilling dan kita mesti ada juga positif attitude atau komunikasi yang lebih berkesan kepada pelanggan kita. Kita groupkan together baru dapat jururawat yang berkualiti untuk rawat pesakit kita."
Bagi yang bertugas di pedalaman, cabaran pastinya lebih besar termasuk mereka yang berkhidmat di atas bot klinik bergerak.
Bertugas di atas bot, kadang kala berhari-hari, pasti memberi pengalaman berbeza kepada jururawat.
ZALIHA SUHAILI/JURURAWAT
"Demi tugas, sebab sebenarnya kamek tok memang suka dengan tugasnya. Sangat terujalah sebab bila kita pergi ke tiap-tiap tempat lain-lain bangsa, lain-lain ugama sidak empun ya kita mengalaminya lain-lain budaya."
TENGGIA SA/JURURAWAT
"Kita dapat menjimatkan kos untuk penduduk kampung untuk keluar ke bandar. Untuk menjalankan perawatan kita datang ke kampung mereka jadi tak payah turunlah."
Selamat Hari Jururawat daripada kami di Buletin Utama.
Labels:
berita
Sunday, May 13, 2012
Galak lelaki jadi jururawat
KUALA LUMPUR: Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) meluangkan masa melawat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar, di sini, semalam, untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai operasi penerbitan akhbar dan merapatkan silaturahim.
Kunjungan kali pertama persatuan itu disertai 21 orang diketuai Presidennya, Dr Ramziah Ahmad yang turut melawat operasi akhbar Harian Metro, Berita Harian, New Straits Times serta Pusat Sumber NSTP.
Lawatan hampir dua jam itu disambut Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi; Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro, Johari Mohd; Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein dan Pengarang Berita Berita Harian, Ridzuan Yop.
Satu persembahan video korporat NSTP serta sesi dialog membabitkan pengurusan kanan Harian Metro dan Berita Harian turut diadakan.
Dr Ramziah berkata, lawatan itu bagi mempromosikan kerjaya jururawat ke tahap lebih tinggi seperti di peringkat ijazah berbanding sebelum ini yang hanya sekadar peringkat diploma.
“Kami memberi galakan kepada golongan lelaki untuk menceburi kerjaya sebagai jururawat kerana hanya 10 peratus golongan terbabit menyertainya dan angka ini masih rendah.
“Orang ramai mungkin tidak tahu kerjaya jururawat mempunyai banyak peluang kenaikan pangkat dan kami berharap media dapat memberikan pendedahan mengenai kepentingan kerjaya ini membantu menyelamatkan banyak nyawa,” katanya, semalam.
Labels:
berita
Monday, April 23, 2012
BR1M kali kedua
KUALA LUMPUR: Pemohon yang gagal mendapatkan bantuan kewangan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi peluang untuk membuat permohonan semula, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Tempoh rayuan BR1M dilanjutkan sehingga hujung bulan ini manakala tarikh sah laku baucar BR1M ditetapkan sehingga 15 Mei, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Katanya sehingga 17 April, permohonan yang tidak berjaya adalah seramai 693,000 atau 14 peratus daripada keseluruhan permohonan.
"Antara alasan permohonan tidak berjaya adalah permohonan bertindih, maklumat pemohon, pasangan dan tanggungan tidak lengkap, pendapatan isirumah melebihi RM3,000 serta pemohon atau pasangan adalah termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan," katanya semasa menjawab soalan Senator Lihan Jok.
Awang Adek berkata BR1M diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama mahu pun latar belakang politik serta tidak wujud pilih kasih daripada segi pengagihan BR1M.
"Kerajaan telah mengenal pasti hampir 207,383 nama yang disenarai di bawah e-Kasih, isirumah yang menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Orang Asli yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli yang masih belum memohon.
"Mereka ini akan disenaraikan sebagai penerima BR1M serta akan dipastikan tiada yang tercicir," katanya.
Awang Adek menjelaskan bahawa sehingga 17 April, program BR1M telah melibatkan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah atau 66 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara.
"Syor untuk meneruskan BR1M pada masa akan datang akan dinilai oleh kerajaan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara dan kesesuaian pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA
Labels:
berita
Wednesday, April 11, 2012
GEMPA BUMI DI ACHEH 11 APRIL 2012
Gempa bumi di Acheh 11 April 2012..
Berita mengenai gempa bumi yang telah berlaku di Acheh pada hari ini 11 April turut sama di rasai oleh penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Gempa bumi yang berlaku itu berukuran 8.9 magnitud yang berpusat di Acheh dan ianya berlaku pada petang tadi.
BMKG telah mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami di wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung..
Berkemungkinan juga ombak tsunami di jangka akan tiba di Georgetown pada 9.11 malam dan Port Dickson pada jam 2.10 pagi.sumber
p/s: terbaru jam 10:11 malam,amaran tsunami ditarik balik,kerana gempa yang berlaku hanyalah akibat geseran mendatar plak tektonik.
info gempa bumi
Gempa bumi besar pada abad ke-20
Tarikh | Kawasan | Kekuatan (skala Richter) | Ulasan |
---|---|---|---|
11 Mac 2011 | Sendai-Jepun | 8.9 | Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun. |
13 Sep 2007 | Sei-Penuh Jambi | 7.7 | Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rosak ringan dan meragut 4 nyawa. |
12 Sep 2007 | Bengkulu | 7.9 | Gempa bumi tektonik Meragut 13 nyawa dan tercetus tsunami kecil |
27 Mei 2006 | Yogyakarta | 6.2 | Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa. |
26 Dis 2004 | Aceh | 9.0 | Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.Seramai 174,129 disahkan mati. |
26 Dis 2003 | Bam (Iran), barat daya Iran | 6.5 | Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh. |
21 Mei 2002 | utara Afghanistan | 5.8 | Menyebabkan lebih 1,000 orang mati. |
26 Jan 2001 | India | 7.9 | Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang. |
21 Sep 1999 | Taiwan | 7.6 | Menyebabkan 2,400 maut. |
17 Ogo 1999 | barat Turki | 7.4 | Meragut 17,000 nyawa. |
25 Jan 1999 | barat Colombia | 6.0 | Meragut 1,171 nyawa. |
30 Mei 1998 | utara Afghanistan danTajikistan | 6.9 | Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh. |
17 Jan 1995 | Kobe, Jepun | 7.2 | Meragut 6,000 nyawa. |
30 Sep 1993 | Latur, India | 6.0 | Menyebabkan seramai 1,000 mati. |
21 Jun 1990 | barat laut Iran | 7.3 | Meragut 50,000 nyawa. |
17 Dis 1988 | barat laut Armenia | 6.9 | Menyebabkan 25,000 maut. |
19 Sep 1985 | Mexico Tengah | 8.1 | Meragut lebih 9,500 nyawa. |
16 Sep 1978 | timur laut Iran | 7.7 | Menyebabkan 25,000 maut. |
28 Jul 1976 | Tangshan, China | 7.8 | Menyebabkan 240,000 orang terbunuh. |
4 Feb 1976 | Guatemala | 7.5 | Menyebabkan 22,778 terbunuh. |
29 Feb 1960 | barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi | 5.7 | Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir. |
26 Dis 1939 | Wilayah Erzincan, Turki | 7.9 | Menyebabkan 33,000 orang maut. |
24 Jan 1939 | Chillan, Chile | 8.3 | Menyebabkan 28,000 maut. |
31 Mei 1935 | Quetta, India | 7.5 | Meragut 50,000 nyawa. |
1 Sep 1923 | Yokohama, Jepun | 8.3 | Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa. |
Gempa bumi Sumatera Mac 2005
Labels:
berita
Subscribe to:
Posts (Atom)