Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

We retire young in order to get rich



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Kawan 1 : Saya sekarang cuti tanpa gaji 2 bulan & telah hantar notis untuk resign...
Kawan 2 : Mmg la kau kena cuti tanpa gaji kalau tak macam mana kau mahu gerak sana sini buat bisnes...

Saya hanya tersenyum mendengar KOMEN kawan 2....teringat kata2 Robert T.Kiyosaki dalam buku beliau yang ke 5 RETIRE YOUNG , RETIRE RICH...

'We retire young in order to get rich. One of the advantages of retiring young is that we now had the FREE TIME to get RICH!!"

jadi,JANGAN PERNAH pertikaikan apa yang orang lain buat hari ini, JIKA kita juga masih belum BERJAYA...Kita yang lebih memahami KEPAYAHAN HIDUP selama ni...kita yang LEBIH PERLU TAHU impian kita untuk siapa..kita juga yang MENCORAK arah tuju kehidupan kita ... 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 12, 2012

Aku suka kena marah!!



Assalamualaikum wbt..
 {。^◕‿◕^。}

siapa yang suka kena marah?
kalau hari-hari kena marah,macam mana?
tapi,aku suka..

(imbas kembali )

semasa aku berada di semester 5 di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian dan praktikal management di Hospital  Raja Perempuan Zainab II..
wad: Mahsuri (Medical lelaki)

tugas management membuatkan aku perlu menguruskan pesakit-pesakit yang aku incharge..
dan aku selalu ditempatkan di kubical A..

kubical A ni terdapat satu bilik yang di namakan bilik isolation..
yang mana bilik ini menempatkan pesakit yang mengalami penyakit berjangkit ataupun pesakit yang imuniti rendah (mudah mendapat jangkitan penyakit)

Ditakdirkan Tuhan..ada seorang pesakit yang menghidapi T-Cell Lymphoma..nak tau apa tu? tanya pakcik goggle..hehe

pesakit ni amatlah garangnya..kalau dia sakit,alamatnya seorang demi seorang yang masuk bilik tu keluar selepas dimarahi..setiap ubat yang diberikan juga mesti kita tahu tindakannya sebab pesakit itu WAJIB akan tanya!

begitu juga aku..tiap kali mahu berikan ubat pada pesakit ni.aku kena buka kamus dulu untuk comfirmkan betul-betul tindakan ubat tu..

Dan, ditakdirkan juga pada suatu hari..mesin infusion Morphine yang dipasangkan pada pesakit tu berbunyi dengan kuatnya..mesin tu kami memang tak boleh usik kerana mesin tu ada team yang tersendiri menjaganya..
dan sudah tentulah aku tidak tahu macam mana untuk menghentikan bunyi yang teramat membingitkan telinga itu..

bila aku jawab "saya tidak tahu macam mana nak hentikan bunyinya"

pesakit itu menjerit "kalau tak tahu,keluar!!!!!!"

fuh..mahu tersentap aku..memang takut..tapi aku terkilan sebab aku tak mampu nak buat apa-apa..
aku sentiasa kena marah dengan dia..
bagi ubat,kena marah..
tukar cadar, kena marah..
tolong tuang air.. pun kena marah!!

Namun, begitulah..manusia..hidup dibumi Tuhan ini hanya persinggahan..
Dia pergi 3 hari selepas Hari Raya Haji..
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..
Al-Fatihah~





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, January 10, 2012

Hanya kerana sudu!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Rajin pulak aku mengupdate..tak dapat tidur..
tidur pun mimpikan blog..aish..dah gila ke aku ni ha??
haha..abaikan!

berbalik kepada tajuk entri..kenapa la agaknya aku pilih tajuk ni..
hanya kerana sudu..

nak tahu..cuba buka kat  SINI 

ha..hanya kerana sudu tu aku makin bersemangat nak berblog..pelik kan?

nasihat aku..korang cari la idola yang boleh membawa kebaikan pada korang..
jangan cari idola untuk hiburan semata-mata..

kerana ia berupaya mengubah hala tuju hidup kita..

All Is Well~ 3 idiots



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, December 25, 2011

Berjaya dengan Matematik!!




Hai readers..

selamat malam semua..

Tahniah kepada adik2 yang baru saja mendapat keputusan PMR khamis baru ni..

yang berjaya tu..jangan terlalu berbangga dan yang tak berjaya pula jangan terbawa-bawa dengan kesedihan..tumpukan pada SPM yang akan datang.

kat sini aku nak berkongsi tips dengan sesiapa yang bergelar student kat luar sana yang mahu berjaya..

tips ini berkesan bagi orang yang result dia teruk2 dan mahu berubah sahaja..

sesiapa yang tak mahu berubah..AMARAN kepada anda.jangan guna tips ini..hehe

tips ini dibuktikan boleh digunakan oleh adik aku yang sekarang telah berjaya buat A-level dekat Russia..

mesti dia marah lol kalau dia baca nih..tapi aku tak kira..nak tulis juga..haha

okey..tipsnya macam ni..

first sekali kalau nak berjaya..korang mesti minat matematik..

aha..mesti ramai yang mengeluh tentang matematik kan..cuba jadikan matematik satu matepelajaran yang menarik!.

apabila korang dah minat matematik..korang akan pandai dalam bahasa inggeris..sebab matematik diajar dalam bahasa inggeris..

bila korang dah berjaya kuasai 2 subjek tu,mestilah korang tak mahu malu kalau korang tak lulus Bahasa melayu..

bila korang dah lulus bahasa melayu..Sejarah kita korang perlu tahu..ia menjadikan anda tidak buta sejarah macam aku! (aku tak minat! haha)

itu je..subjek lain korang kaitkan sendiri..

yang penting..daripada matematik..korang akan jadikan banyak perkara dalam dunia ini indah2 belaka..

>_<


p/s: adik aku tu, dulu result dia teruk aku cakap..last2 8A dalam SPM..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 21, 2011

kenapa lelaki suka poligami??




sekarang kita banyak disajikan dengan pelbagai cerita tentang kes curang dan penceraian..

sekarang pun aku pun duk tengok drama "zuriat suamiku"

tentang suami yang berkahwin 2 tanpa pengetahuan isteri pertama..

dan..seringkali kita sering dengar yang lelaki yang dipersalahkan apabila dengar tentang 

kes curang..lelaki yang start dulu..kan..kan?

tapi..adakah kita pernah terfikir...perempuan pun kadang2 melakukan kesalahan..

tanpa kita sedari..kita sebagai perempuan yang mencetuskan keadaan macam ni..

jadi, sekarang keadaan adalah 50-50...

tiada siapa yang patut dipersalahkan jika terjadi perkara seperti ini..

aku seringkali membaca tentang permasalahan sebegini..
rata-rata jawapan yang aku baca adalah..si isteri perlu terima yang lelaki/suami punyai naluri untuk memiliki 

"4 buah rumah"

hakikat kehidupan..begitulah..selagi tidak bertentangan dengan agama..wajib mentaati suami.

tapi, bab poligami ni..ramai wanita2 di luar sana yang panas hati..hehe

sabar hilang entah ke mana..akal waras tidak diguna..

aku pun..kalau la Mr PPP mintak nak poligami..aisey..macam mana mahu hadapi?

mampukah aku mendapatkan payung emas di syurga dengan berkongsi kehidupan berumahtangga dengan insan lain yang 

di panggil "sayang" oleh suamiku sendiri???

mampukah aku berdiri teguh jika satu hari nanti Mr PPP berkata "ayang,abang nak kawin lagi satu"

mungkin masa tu lutut aku dah lemah longlai..haha (minta dijauhkan)

jadi,wanita2 diluar sana..yang sedang menghadapi..atau akan menghadapi..

tanya pada diri..apa yang menyebabkan perkara itu berlaku..

bantu suami untuk kembali yakin pada anda..berilah dia peluang kedua.ketiga atau 

keberapa yang perlu..

yakinlah..Allah Swt sedang menguji kita dengan kemampuan yang kita ada..

>_<





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 14, 2011

suka duka 3 tahun..



Masih aku ingat 3 tahun yang lalu..1 Januari 2009..

aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..

rasa sayu..rasa sedih..dan juga rasa macam tak dapat nak terima hakikat yang aku berada disini..

terpaksa meninggalkan anak yang sewaktu itu berusia 2 tahun..

Mr PPP juga berada jauh nun di Seremban juga dengan niat yang sama

iaitu menyambung pembelajaran..


selesai sahaja mendaftarkan diri, aku diberi taklimat..

dan sesi mengangkut barang ke bilik menjadikan hati aku bertambah sayu..

saat ditinggalkan, terasa sebak di dada kerana aku tidak pernah berada jauh dari keluarga..

keesokkan harinya sehingga cukup seminggu, sesi orientasi dijalankan..

saat itu juga aku diserang demam..demam rindu!

hati terasa ditekan2..rindukan yang berada di rumah..

kemudian sesi pembelajaran dimulakan..

pada permulaan, terasa agak sukar.. kerana otak matematik..tiba2 kena membaca dan menghafal..

namun, masa hanya sekejap berlalu..selesai praktikal dan exam..semester 1 telah berakhir..

semester 2 dan 3 kemudiannya menyusul..


makin banyak yang perlu diingat..tetapi dengan tunjuk ajar dari pengajar2..semuanya menjadi agak mudah.

semasa semester 4 aku ditempatkan di komuniti mengikut group
di klinik2 di kawasan kelantan..aku ditempatkan di Klinik pengkalan kubor.

masa itu amat menyeronokkan..tak dapat digambarkan dengan kata2..

ingin terasa mengulanginya sekali lagi..

pejam celik..pejam celik..tibalah semester 5..pada semester ini aku diwajibkan menjalankan research dan 

juga management wad..

semakin banyak ilmu yang aku dapat..

dan aku dan kumpulan juga ditugaskan menguruskan dinner untuk semester 6..
dan semester 6 yang dinantikan tiba juga..

saat yang ditunggu..6 bulan yang berharga..

awalnya tidak terasa apa-apa..

apabila selesai menghadiri induksi dan Exam LJM
tambah lagi tibanya hari ini..hari last di kolej..segalanya kelihatan indah..

terima kasih kerana aku dihantar ke sini..

aku suka jadi nurse..(tapi aku tetap dengan cita2 aku)

rugilah sekiranya anda menolak peluang untuk menjadi seorang nurse..

minat boleh di adakan..

soalan pertama yang aku dapat bila datang ke sini dari pengajar adalah "adakah anda menyesal?"

"jika anda mahu,tarik diri..lakukan sekarang"

itu semasa minggu orientasi semester 1..

tapi..sekarang..aku akan berkata..

aku tidak pernah menyesal dan tak akan menyesal..

kiranya aku tak datang ke sini, itulah yang aku sesali sekarang..

aku hanya boleh memberikan kata2 semangat kepada sesiapa yang berkenaan..

keputusannya ada ditangan anda..



serius aku katakan,apabila anda berada dikalangan pesakit.dan anda mampu membuat pesakit tersebut

tersenyum..dan anda mampu melihat pesakit itu berjalan pulang dengan sihat..

anda akan merasa apakah ertinya menjadi NURSE


*sukakan rasa itu*





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 13, 2011

Anda salah pilih kerjaya?




Anda rasa anda dah tersalah pilih kerjaya?

Anda menyesal dengan kedudukan anda sekarang?

oh..jangan!

anda tidak perlu merasakan begitu..

tetapi..anda perlu meneruskan kehidupan anda sambil2 mencari peluang untuk memenuhi kehendak hati anda..

macam apa yang sedang aku lakukan..

aku juga tidak suka jadi nurse...

aku juga tak minta diberikan kerjaya ni..

tapi.aku tak pernah menyesal..

sebab aku tahu..kalau aku tak berada di sini sekarang,belum tentu aku akan dapat apa yang aku impikan..

aku nak jadi seorang guru..

tapi aku belajar Nursing hingga dapat title best student..

kenapa?

kerana dengan itu aku akan capai cita2 aku..

bak kata pepatah "sambil menyelam,minum air"

kalau itu yang boleh membawa anda kepada kerjaya yang anda impikan..lakukanlah!

tak kira betapa payah..betapa lama..

kalau aku,aku sanggup!

lakukan seperti aku dan dia


demi kerjaya yang diminati, just do it..

jangan pandang apa yang telah kita terlepas..tapi pandang apa yang kita ada sekarang..

jangan menyesal dengan kedudukan kita..

jangan mengeluh dan jangan berduka..

masih banyak peluang yang ada..kita tak akan mencapai kejayaan dengan mengeluh..


p/s: tiba2 terasa 3 tahun sebagai student nurse sekejap je..:)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, October 18, 2011

buka seluas-luasnya



hari ni dah mula kelas revision tuk final exam..

dah mula la juga edisi mengantuk sedunia bila ada dalam kelas..

sungguh!!

macam dah jadi tabiat..

ada kelas je ngantuk.bila balik bilik,ok time tu juga..

even pagi minum kopi cap apa skali pun,kalau dah sampai kat kelas,mata mula kuyu..

mulalah semua soalan tak dapat jawab (padahal memang tak tahu..hehe)

tapi,kena paksa diri juga pasal final exam kan..belajar 3 tahun..kalau tak lulus,buat malu je kan..

bukan setakat dapat malu..

tak pasal2 pegang title penganggur yang ada diploma weh..

kepada sesiapa yang sama nasib dengan aku...dan untuk aku sendiri juga..

udah2 la tidur masa kuliah..

masa dah tak panjang...tongkat la kelopak mata tu dengan pape pun..janji tak tertutup..hehe

tapi....

mata tak tertutup,tapi satu hape pun tak masuk otak...

haih,camne???

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 14, 2011

apakah aku sedang mengalami depression???



sungguh...
aku dah pun memeriksa 1 checklist yang aku terjumpa kat tenet..


semua ada pada aku sekarang..
oh tidak!!!!
tak nak lah aku..
depression plak salah 1 ciri penyakit mental..skizophrenia..

aku pun tak tau kenapa ciri-ciri kat atas ada pada aku..
mungkin pasal dah hampir dengan final exam..
start study pun belum lagi..
time tengok kawan-kawan study,teringin gak nak study..tapi,bila buka buku..
tup..tup aku ngadap laptop balik...haha
sebab..nota-nota aku takde yang menarik langsung..
kaler-kaler pun xde..
semua hitam..^_^

dalam aku berfikir kenapa aku mengalami simptom2 tersebut  sambil aku melawat blog kawan2..
aku terjumpa 1 kata2

” Why do you stay in prison when the door is so wide open?” -Jala Ad-Din Rumi


aku jadi bersemangat semula..
mengapa aku nak sukarkan pemikiran aku yang dah sedia tak berapa nak betul ni 
dengan berfikir tentang perkara-perkara macam tu..kan..kan?
dunia terbentang luas untuk aku...
cuma aku saja yang menutup diri aku kerana memikirkan kelemahan2 yang ada pada diri aku sekarang..
orang tak pernah kisah dengan aku,kenapa aku nak kisah dengan orang kan..

sesungguhnya ada lagi yang menyanyangi aku..
Allah ada untuk aku..setiap masa DIA ada bersama aku..

then..aku jadi bersemangat semula..^_^

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, September 26, 2011

to become a nurse is not easy like 1,2,3...


Alhamdulillah..finally,aku dah pun tiba di penghujung perjuangan..tahun akhir diploma nursing..3tahun masa yang cukup panjang bagi aku..365 hari X 3 = 1095hari...hehe.
tapi,untuk menghabiskan 3tahun ni..perjuangan yang perlu dilakukan amatlah getir..yang paling utama adalah study bila exam tiba..masing-masing tidak cukup tidur..masing-masing sibuk mengelek buku nota..masing-masing juga menjadi serius..hehe

semester yang paling meninggalkan kesan dalam hidup adalah semester 2 dan semester 6 (sekarang)
mana tidaknya,semasa semester 2 kami terpaksa study di koridor sahaja kerana lampu wajib ditutup pada jam 11 malam..namun,aku dan kawan-kawan berpakat study bersama2. kenangan itu tak akan pernah aku lupakan..

sekarang..dugaan yang paling besar adalah..nota yang perlu dibaca amatlah bertimbun-timbun..(masuk exam 4 soalan je...) mana tak stress..pasal tak tahu yang mana 1 yang akan masuk,jadi kena baca semua..apapun,aku harus lakukan yang terbaik~
to become a nurse is not easy like 1,2,3...




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kehidupan bernilai dengan arah tuju


Everyone experiences stress, but sometimes it can be difficult to deal with it.

stress boleh berlaku pada bila-bila masa..

dimana jua kita berada,kita tidak boleh lari dari apa yang dinamakan stress..
 kadang-kadang kita tidak boleh mengawal keadaan..yang menjadikan keadaan yang mengawal kita.disinilah yang menyebabkan beberapa masalah yang akan timbul..masalah dengan rakan sekerja..bermasam muka dengan kawan baik, kerja tidak bermutu..
Namun,apa yang aku jumpa hari ini..seorang pesakit..menelan 8biji ubat untuk menghilangkan stress...
jangan! jangan sesekali melakukan hal demikian..kerana selain dari menyusahkan diri sendiri,sesiapa di sekeliling kita juga akan susah.dapatkan rawatan yang betul jika anda stress..jangan main makan je ubat melebihi dos yang telah ditetapkan...
mungkin ada yang boleh berkongsi..carilah sesiapa yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan anda..
jangan nanti anda melukan hati insan yang tersayang dengan tindakan anda yang tidak berlandaskan agama...
sekian...

hidup itu bernilai jika anda tahu arah tuju~






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, March 12, 2011

Minggu Pre-Management



hari ini hari pertama dalam minggu pre management..fuh..memang mencabar jiwa dan raga!
dah la tak reti..tak tahu dengan siapa nak mintak tolong..

cukup 3 minggu management,memang tinggal tulang la aku..!
dulu,aku ingat nak jadi staff nurse ni senang..bila dah masuk sini,pandangan tu langsung terus berubah..
serius aku katakan nak jadi staff nurse ni bukan senang walaupun orang tengok keje nurse layan pesakit,jaga pesakit..tapi disebalik itu banyak lagi yang orang tidak tahu..

sesiapa yang ada dalam bidang ini tahulah betapa susahnya untuk bergelar seorang staff nurse..
hari-hari aku minta dengan TUHAN agar cepatkanlah tahun ini berlalu..kerana biarlah dugaan ini cepat berakhir..
tapi..berakhirkah ujian itu???

untuk hari esok...akan aku pujuk hati ini supaya lebih tabah dalam mengharungi jalan yang berliku untuk menjadi seorang staff nurse yang berdedikasi...ceewah! (perasaan..haha)

semoga sesiapa sahaja yang sama bidang dengan aku ini bertambahlah kesabaran dalam mengharungi jalan yang kamu pilih sendiri..^_^



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 24, 2011

Dont study Hard..biar betul??



Ya..dont study hard..
maksudnya jangan berusaha melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu lakukan. 
Tidak guna memaksa diri sekiranya apa yang kamu belajar itu satu pun kamu tidak faham. 
Lebih baik kamu tidur jika kamu letih untuk membaca daripada
kamu membazirkan masa dengan memaksa diri dan 
akhirnya kamu tidak faham apa-apa!
Sememangnya itu yang aku amalkan sejak dahulu lagi
kerana aku tak suka study hard..aku lebih memilih study smart..
yang mana jika aku letih,mengantuk..
aku akan tidur walaupun kerja masih banyak..ya! memang benar..

walaupun esoknya Exam Final sekalipun.Apa guna nak paksa 
sedangkan memang dah tak boleh masuk kan?? 
Kata orang otak dah tepu..hehe
jadi ,sesiapa yang masih lagi belajar dan memerlukan 
anda membaca dan mengingat fakta yang banyak,harapnya anda boleh berjaya.. 
jangan paksa diri..baca satu persatu..anda pasti boleh..^-^

Kalau yang tak study hard dan study smart..study macam mana ya??

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, December 16, 2010

Aku bangga jadi Nurse!


 Aku rasa agak bangga menjadi seorang Nurse (walaupun tengah belajar..hehe) sebabnya aku boleh lihat apa yang orang lain xleh lihat dan aku tahu apa yang orang tak tahu..

BTW,aku nak cerita pasal imunisasi.sesetengah orang tak tahu pun  kenapa anak dia kena cucuk..yang tahu,datang klinik..nurse suh cucuk,dia okey jer..yang tu okey lagi..yang tak okeynya..langsung tak datang klinik or xnak bagi anak dia disuntik..kita bukan sengaja2 or main2 nak suntik anak orang..dia tak tahu ke betapa susahnya kami belajar nak cucuk orang??

Terketar-ketar tangan kami nak suntik..kalau kena pengajar baik xpelah..kalau pengajar yang BENGKENG macam singa tu??

 


berbalik semula pada topik imunisasi tadi..imunisasi ni sebenarnya membentuk imuniti badan melalui pemberian vaksin atau toksoid...vaksin ni plak disuntik untuk merangsang antigen menghasilkan antibodi untuk melawan virus 2 sendiri...

vaksin diberi ikut jenis penyakit..dan biasa diberi untuk baby...(ada la umur-umur dia) kat bawah ni ada jadual tentang jenis penyaki yang dicegah melalui pemberian vaksin serta komplikasi akibat penyakit tersebut...

Penyakit
Komplikasi
Tibi (batuk kering) Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
Difteria Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
Pertusis (batuk kokol) Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
Tetanus (Kancing gigi) Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
Haemophilus influenzae jenis (Hib) Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
Hepatitis B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
Polio Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
Campak Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
Beguk Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
Rubella Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli)

Nota - Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.

jadi,lepas ni..ibu-ibu yang degil tu..bawalah anak-anak ke klinik untuk dapatkan imunisasi mengikut jadual yang dah ditetapkan..

jangan kerana anda,anak anda menderita~

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, December 10, 2010

aku suka matematik!!





Matematik?buang tabiat dah ke aku ni...tiba2 buat entri pasal matematik..hehe
aku dapat idea ni dari adik aku yang baru pulang bercuti..baru abis SPM. Perbualan aku dan adik:

aku: hah..exam macam mana?math okey?
adik: okey jer..soklan senag
aku:baguslah tu
adik: dapat 5A nak bagi apa?
aku: depends pada result math!

hah! tulah aku...sume hadiah bergantung kepada result math..aku memang gilakan math.Aku ada terbaca dalam satu web dimana ayatnya yang paling sempoi dan gempak bila dibaca berulang² kali, dah macam surat cinta kepada Matematik..

Dear  MATHEMATICS,
please grow up and solve your own problems.
I’m tired of always helping you.

ada sesetengah orang yang tidak suka pada matematik..memang tidak suka!!
susah ke matematik ni? xpun..pada aku matematik satu subjek yang cukup menarik...
asas matematik ialah nombor , sifir dan formula..jika ada 3 ini pasti anda suka matematik..
banyak faktor orang tak minat matematik..

faktor yang terbanyak ialah cikgu yang mengajar subjek matematik tu sendiri..kalau best..bestlah..kalau tak..matematik jadi sandaran nak masuk exam...
aku punya cikgu dulu memang best...masih aku ingat lagi cara dia mengajar..sempoi, simple...memang best..nama cikgu tu En FBI Cara dia mengajar? masuk kelas , bagi soklan , suh jawab...dia just bantu2..then bincang..xdenya nak tulis panjang2 berjela-jela kat papan putih macam cikgu lain..hehe..dengan cara tu matematik akan lebih difahami..hari cuti kami dibekalkan dengan soklan matematik yang berhelai2..kerja rumah lain aku tolak tepi,buat matematik dulu..memang aku suka matematik!
untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan matematik tu..selamat meneruskan hasrat anda..belajar sifir dengan lebih senang.gunakan  petak sifir!!





 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE