Assalamualaikum wbt..
Wah! Rindunya dekat blog..tak dapat nak online via laptop..merajuk agaknya sampai mematikan diri sendiri..nak repair pun belum ada kesempatan..format je tu,nanti okey..
Nak format,CD windows pula tak ada kat sini..jadi,simpan tepi dinding je dulu..hehe
Mohon maaf kepada teman-teman yang singgah kerana singgahan tak berbalas..maklumlah online guna handphone..
Sejak jarang buka blog,aku dah makin rajin buat kuih,kek..dan lain-lain..makan pun asyik cari yang sedap-sedap je.
Dua tiga hari yang lepas aku minta resepi bread butter pudding dari kawan..resepinya simple sahaja,semua orang boleh buat.
Anak aku pun nampak suka dengan makanan macam ni..
Sesiapa yang nak mencuba,jom lihat resepi..
Bahan-bahan(untuk 4-5 orang)
1.roti 4 keping
2.telur 4 biji
3.600ml susu cair atau fresh milk
4.4 sudu besar gula pasir
5.sedikit esen vanilla
6.kismis dan coklat cip
7.sedikit planta
Cara-cara
Sapukan planta pada roti.roti dibuang kulit tepi dan disusun dalam bekas pembakar bersama kismis.
Kemudian ketepikan. Pukul telur dengan susu cair,masukkan gula..dan esen vanilla.
Bila dah siap,curahkan keatas roti..
biarkan seketika.
Bakar selama 20-25minit,suhu 180°.
Bila hampir masak,taburkan cip coklat.
Boleh dihidang panas atau sejuk.
Selamat mencuba..:)