Saturday, February 15, 2014

ASB halal ke haram??


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



ASB adalah HARAM kerana syubhah..
23-24% dilaburkan di Maybank Group.Lain2 dilaburkan dalam
British American Tobacco.rokok hukumnya haram.Gabungan % yang haram tak patuh syariah...Duit simpanan kita boleh guna 100%..dividen yang dapat tidak boleh sama sekali digunakan untuk diri sendiri..itu sahaja yang shubhah..berikan kepada golongan fakir miskin..duit pada zatnya tidak kotor..

~Ustaz Dr Zaharudin

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, February 10, 2014

I'm A NURSE...SO??


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

“swasta memang la best layanan dia sebab tu la mahal. Kalau kerajaan ni kan murah, so layanan macam pelacur murahan. Semua staff-staff nurse kerajaan ini memang dah macam pelacur murahan!!”

Astagfirullahalazim..menitis air mata membaca hasil tulisan Ryutaro Ken di Facebooknya..Dan dek kerana kebiadaban ayatnya tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak terutamanya kami yang bergelar jururawat..sangat-sangat sedih membaca kenyataan Ryutaro..Entah apa kenangan buruk yang telah dilaluinya sehinggakan tergamak menggelar kami ni macam pelacur murahan.

Blog Arra Ahmad ni aku buat kerana aku menyanjung tinggi profession jururawat..tak kira swasta ataupun kerajaan..tugas kami adalah sama..adakah kami dibandingkan hanya kerana bayaran yang dikenakan di hospital kerajaan murah?? tahukah mereka-mereka yang diluar sana berapa banyak subsidi kerajaan bagi untuk merawat anda semua dengan harga RM1??

Tahukah mereka diluar sana bagaimana kerja kami sehari-hari?? kami mencuci kencing dan berak orang tua yang anaknya tak masuk dekat pun.Kamilah yang suapkan makanan kepada insan-insan yang anak-anak dan keluarga tak pernah datang melawat pun..Kami menjaga mereka yang tak diterima oleh keluarga sendiri pun..sedangkan kami??

Majoriti jururawat di Malaysia adalah perempuan dan of courselah mereka mempunyai keluarga yang harus dijaga.kami jururawat tinggalkan keluarga bukan semata-mata kerana gaji..kami tinggalkan anak dirumah..kami tumpangkan anak kepada pengasuh...serahkan nasib mereka pada orang yang tak dikenali semata-mata ingin berkhidmat membantu orang sakit..boleh ke kami tidur dan rehat di rumah??siapa nak basuh kain baju kami? siapa nak jaga anak kami? siapa nak masak??

Kami juga manusia biasa.kami juga perlu makan,kencing,berak dan tidur...kadang-kadang terpaksa lupakan hasrat untuk ke bilik airpun untuk dahulukan anda semua...Ada juga anak-anak yang mak ayahnya masuk ke wad dengan sombongnya mengarah jururawat melakukan itu ini...malah menyalinkan pampers untuk mereka sedangkan yang datang melawat memang boleh dikatakan keliling katil...bila diminta untuk tunggu sekejap..mula sahaja membuat aduan kerana bayaran murah..jadi,memang kami boleh diarah sesuka hati kan??

Ada satu kes yang mana seorang pesakit perempuan yang tidak mahu dibawa pulang kerumah walaupun dah dibenarkan pulang hanya dengan alasan belum baik sepenuhnya..Anaknya berkata:
" saya mahu dia sembuh 80% baru hantar dia balik rumah"

Tapi batang hidung seminggu sekali pun susah nak nampak dia datang melawat..Sungguh sombong!!
Sehinggakan apabila pesakit tersebut dibenarkan pulang kali kedua,dia menangis!! ya,dia menangis! katanya tiada siapa yang menjaganya sebaik dijaga jururawat..Adakah kami masih pelacur murahan??

Dan untuk pengetahuan anda semua,Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu terutama di hospital yang mengalami kekurangan staf..bekerja 8-9 hari berturut-turut adalah hal yang selalu dialami..cubalah anda semua bayangkan sendiri..hari raya pun kami kerja.pakai baju raya warna putih!!

Jangan hanya kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..mungkin ada jururawat yang suka buat hal tetapi tak semuanya sama..Bila anda sakit,kami juga yang menjaga melainkan anda lebih percayakan bomoh..Doktor memang bagi arahan tapi selalunya kami yang buat semuanya..we work as a team.buka fikiran cuba fikir positif..

Kepada Jururawat di Malaysia,Tabahkan hati..betulkan niat anda.semoga suatu hari nanti Allah tunjukkan kepada mereka yang benci kepada insan bernama jururawat ni macam mana kita sebenarnya.
Dan jika mereka masih begitu,serahkan kepada-NYA..hanya Allah sahaja yang tahu.

Give as much as you can, but don’t allow yourself to be used.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2014



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, February 5, 2014

Dipaksa suka!!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hah!! Pelik betul tajuk kan?
AMARAN!!! ini bukan kisah cinta ataupun kisah kena paksa kahwin.hehe

Nak dikisahkan...semalam..aku on je facebook..tengok news feed.......eh???
kenapa banyak sangat news feed page yang aku tak like??hairan.aku salah tekan ke?tak mungkin rasanya...
Oleh kerana perasaan nak tahu membuak-buak..aku buka la juga page tersebut..
Laa..page dah ada like 6000++ 

Kemudian tengok dekat mesej ada mesej budak-budak marah..AUTO LIKE rupanya!! padanlah diorang marah-marah...aku pun rasa nak marah..aku pun tekan je unlike..
tapi sempatlah aku klik satu link menuju ke blog budak tu..alah!! ada satu je update...haih!!
budak-budak..dah kemaruk sangat nak like banyak-banyak padahal tak menjamin diri tu glamer pun...ye dak??
kalau setakat update satu je tak payahlah guna auto like tu..buat orang marah je..

Lainlah kalau blog aku..buat auto like..korang like dah tak unlike dah...ahah!! makcik dah perasan..hehehe..

cikidaut~




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}


http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, February 1, 2014

she can do it!! we can do it!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

"Ayyo misi..."

"Ayyo misi..."

"Ayyo misi..."

Itu ayat yang sangat biasa kami dengar..tiap-tiap hari..ada seorang pesakit..asalnya masuk wad kerana fracture neck of  femur..lebih sebulan duduk dalam wad..dah develope bed sore kerana langsung tak nak bergerak..makan,pakai..semua dijaga oleh kami jururawat..
tiba saat dia pulang,punya susah baru dia bawa balik..

Baru sahaja seminggu balik ke rumah,dah masuk wad balik kerana  hypoglycemia..aduhai.Aunty kat rumah tak ada siapa jaga ya..
Dua minggu di wad, tiba masa nak balik,sehari sebelum chinese new year..anak pesakit tak nak bawa balik..katanya,mak dia belum baik sepenuhnya..dia nak 80% baik baru hantar balik rumah..nampak permainannya kat situ? puas diterangkan keburukan jika berada lebih lama dihospital..namun,mereka tetap tak nak bawa balik aunty ke rumah.

its ok...Misi masih boleh jaga..tapi,kali ini kami lebih tegas..no more BED RIDDEN...you have to do wheelchair ambulation..we have to make sure at least you can walk before you go home!!

Hari aku kerja, first time Aunty diletakkan atas wheelchair..i can see her smile..i snap her pic as a evidence if her family refuse lagi untuk bawa dia balik rumah...


she can do it!! we can do it!! 

please..korang sebagai anak-anak..jagalah mak ayah time diorang masih hidup nasib kita bila dah tua nanti bergantung kepada sikap kita sekarang...


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE