Tuesday, July 31, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, July 30, 2012

Ya Allah..bantulah aku



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pernah tak korang rasa kecewa.sakit hati bila apa sahaja yang korang buat.semuanya tak menjadi??
ataupun..orang disekeliling korang menyakitkan hati korang ataupun juga..
harapan korang untuk meminta tolong langsung tak ada kerana tiada orang yang mahu menolong kita??

semua itu ujian buat kita..
kita selalu tolong orang dengan harapan bila kita susah satu hari nanti..ada yang menolong kita..

hari ini aku dapat rasa semua tu bila aku dipermainkan,bila aku terasa dipijak-pijak..
dan bila segala tangan yang aku hulurkan untuk meminta tolong langsung tiada yang menyambut...

terasa jijik dengan lenggok manja yang dahulunya meminta tolong dengan aku...rasa menyampah dengan kata-kata manis masa meminta dari aku..

Ya Allah...andainya ini ujianMu dibulan Mulia ini..aku redha...
moga hati aku menjadi lebih tabah untuk mengharungi segala kepahitan yang diberikan..
Syukur..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, July 27, 2012

Entri terbaik setiap minggu




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

sebelum start...jom undi kuih lompat tikam kat sini
hanya tick sahaja..tq (undi sebelum 11 malam ini)



yang baru di Facebook.contohnya ping di Blogger Hebat oleh http://slimutputis.blogspot.com/
dah ada seen by.ada bilangan tu..siapa yang tengok pun dapat diketahui..
aku tak pasti group lain ada ke tak.
tapi serius baru terperasan tadi...hehe

Dan..untuk pengetahuan semua,Admin Blogger Hebat akan memilih satu entri terbaik setiap minggu untuk direview di blog ini..bermula minggu ini tau..
jadi,pinglah berapa banyak entri korang kat situ..nanti akan dipilih..

p/s: selamat berpuasa dan selamat berkarya!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, July 26, 2012

Hebat sangat ke ZoShare??




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni ramai dah yang buat entri pasal zoShare..aku pun tak nak ketinggalan..hehe
zoShare ni salah satu platform untuk jana pendapatan selain says.my.
apa yang bagusnya zoShare ni daftar je dah dapat RM5..hehe

Tapi apa yang otai-otai cakap zoShare ni belum dapat dipastikan lagi dibayar ke tidak...tapi,kalau dibayar,memang untung sebab katanya RM40 dah boleh cashout..

caranya 


boleh sign up melalui facebook atau twitter.

tengok..dah dapat RM5 kan? hehe
lepas tu tekan Recommendations..kat situ banyak iklan..pilih je yang mana satu..
copy link iklan tu dan share je kat mana-mana
contoh link iklan
 dan

sini

tapi bila iklan dah tak boleh di share,akan ada ayat ini kat atas

No more cash is paid out for this campaign

apa tunggu lagi??? jom sign in..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tahniah yang tiba-tiba




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ha...memang tiba-tiba.hehe..
tak tahu juga aku.tetiba sahaja ada yang post dekat facebook aku ucap tahniah..
nak kata aku menang duit berjuta-juta..takde!
nak kata dapat anak nombor dua pun takde!

godek-punya godek...rupa-rupanya pasal anugerah pelajar cemerlang

haha..malunya depan junior-junior semua..dua tiga hari lepas ada pengajar aku jemput untuk pergi Dinner ke majlis apa ntah bulan 10 nanti..tapi rasanya aku tak pergi kot..cuma tak sabar nak tunggu hari konvokesyen bulan 10 nanti..harap-harap dapat cuti lah..

p/s: study smart!! 





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, July 25, 2012

Bonus 1/2 bulan Gaji sempena Hari Raya 2012 untuk kakitangan kerajaan




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..rezeki..rezeki..hehe
Inilah untungnya kerja dengan kerajaan..
sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban dalam menyambut hari raya..

Seperti yang diumumkan, kerajaan akan memberikan bonus 1/2 bulan gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM500.
Jangan pula mensia-siakan bonus yang diberi dengan perkara-perkara yang tiada faedah,sebaiknya gunakan untuk persiapan hari raya..
Selain itu,pesara kerajaan juga menerima bayaran khas berjumlah RM500.

Bayaran bonus akan dilakukan pada 9 Ogos 2012




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, July 24, 2012

3 hari dapat lebih RM10 dengan BLIN.GD




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Korang pernah dengar tak BLIN.GD??
fungsinya sama atau lebih kurang je dengan Churp-churp..klik dan dapat rewards...
Pada aku.Blin ni agak senang nak dapat duit..cepat je duit masuk.macam air.hehe..

Mana tak nya,baru 3 hari dah dapat lebih dari RM10..kalau 30 hari?? huhu.mata duitan kejap..haha
Tetapi Blin ni ada yang boleh buat dan tak boleh buat...

Cara nak Join Blin ni senang je

pertama sekali...sign in melalui Facebook atau Twitter>>>Tekan Link Ini
kemudian isi maklumat diri korang dekat PROFILE tu..isikan semua yang bertanda *
kemudian save..

Tekan butang HOME..dekat situ korang akan nampak iklan banyak-banyak


korang tekan je share..nanti akan keluar link


copy je link tu dan share di mana-mana..
samada di facebook,twitter ataupun di blog..

Bagi yang masih tak tahu nak letak di blog macam mana..
gunakan tutorial ini..
hanya perlu tukarkan url image dan url kempen..


Jadi,apa tunggu lagi...daftar Blingd sekarang untuk jana pendapatan




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kolej Kejururawatan Kubang Kerian




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pembinaan Kolej Kejururawatan Kubang Kerian telah dirancang dalam 1970-an.
sepanjang 3 tahun aku menimba ilmu disitu...banyak yang aku lalui..suka duka,tangis dan tawa semuanya disitu..

pada mulanya aku menerima tawaran untuk menjalani latihan Jururawat Masyarakat di Port Dickson..
dan Pada saat-saat akhir sebelum melapor diri..tiba surat untuk jalani latihan Jururawat di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian...

Hati berbelah bagi..mula memikirkan mana yang patut dipilih...
dan..mungkin Rezeki aku telah ditetapkan untuk menimba ilmu di situ..aku membuat keputusan pada saat-saat akhir..

Tahun 2009,Bangunan Kolej masih kelihatan agak buruk kerana cat yang kian pudar..selalu sahaja orang tertukar Kolej ini dengan Universiti Sains Malaysia.Mungkin kerana kedudukannya di antara Hospital Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Pada Tahun 2010,bangunan kolej telah diberi nafas baru dengan cat yang baru..

pengalaman yang ditimba di kolej tak akan pernah aku lupakan





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, July 21, 2012

Nikmat Ramadhan




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Dah dua hari berpuasa..sekejap je masa berlalu..dan Alhamdulillah sebab hari pertama puasa sempat berbuka bersama keluarga..Tak ada yang lebih nikmat bila Azan sahaja dapat minum air dan gigit buah kurma...Ah!! bulan-bulan lain tak adanya nak minum air dan terus makan kurma..

Bulan lain juga tak perlu nak tunggu Azan baru nak makan..
Kebiasaannya perut aku ni bila tiba waktu tengahari.kalau tak isi makanan..mulalah ia berdondang sayang..tak kira dimana berada mesti akan pasang siren menandakan ia memerlukan makanan..

tetapi bila dah mula berpuasa,ia seakan-akan memahami yang tugasnya dihentikan buat sementara waktu..dan tak ada lagi bunyi-bunyi gitar,tiada lagi bunyi gendang..hehe

Dan yang paling pentingnya..anak aku,Irfan 6 tahun dah pun mula belajar berpuasa..bangun sahur..
dan berpuasa seperti aku juga..
Budak-budak ni kena ajar dari awal..kalau tak nanti dah besar susah..

Tapi..agak sukar sebab dia dah tertukar dengan hari yang tak berpuasa.asyik tersalah nak makan je.
bila dah petang asyik merengek lapar..Namun,Syukur sebab dapat puasa penuh pada hari pertama puasa..hari ni pun dia puasa..

Lepas saja berbuka dia kata nak makan banyak-banyak sebab esok dah tak boleh makan..hehe

p/s: Budak-budak pun boleh puasa kalau diajar cara yang betul..Selamat Berpuasa..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, July 19, 2012

Ia Datang lagi..



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi..Bulan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang islam..
bulan yang penuh berkat.
Bulan Ramadhan sahaja kita dapat melihat masing-masing berlumba untuk mendapatkan pahala..
sungguh indah!

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: 

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”. 

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari) 

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: 

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa” 

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. 

Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, July 18, 2012

Jagung rebus pasar malam




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni aku pergi Pasar malam..sebenarnya nak cari lauk sahaja..sambil-sambil tu cari makanan yang nak kunyah .
Si Irfan pula nak beli jagung rebus..so,lalu depan gerai mak cik tu..tengok ada jagung yang dah dilonggokkan..lepas tu dekat belakang tu ada yang belum longgok.

Mr PPP tanya la berapa ringgit selonggok..mak cik tu jawab RM 3..
lepas tu aku cakap la nak beli sikit je.2,3 batang..boleh tak..
Mak cik tu tak jawab tapi terus letak beberapa batang jagung dalam plastik sama banyak je dengan selonggok tadi..dia hulur dekat Mr PPP..aku pun cakap la tak nak banyak..sebab takut membazir.tak ada orang nak makan pun.3 orang je dekat rumah..

Mak cik tu buat muka derk je..Mr PPP pun bayar je..aku bengang terus je berlalu sambil bebel...
nilah satu taktik peniaga yang mahukan orang beli barang mereka...
baik aku beli selonggok je tadi...
tak pernah rasanya aku menunjukkan rasa marah depan orang yang jual barang..
tapi hari ni...entahlah..geram sangat kot...

lepas ni dah tak nak beli jagung kat situ dah..

p/s:kan bagus kalau tak makan jagung!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, July 15, 2012

Ibarat Bercinta




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Rasa nak keluar jalan-jalan..aih!! tak boleh-tak boleh..karang ada call..susah!
Boleh tak nak rehat kejap? nak tidur la..aih..karang aku tak dengar handphone berbunyi...

Namun, last-last aku terlelap juga di sofa..bestnya dapat tidur..sedar-sedar dah maghrib..aih lama betul aku tidur sampai tak sedar apa yang terjadi..memang lena sebab semalam tidur lewat,hari ni kerja pagi..

Ah! lupa..mana handphone ni...cepat-cepat cari handphone...check kalau-kalau ada call..takde..aku tarik nafas lega..
kejap-kejap aku check handphone..betul ke tak handphone ni...karang orang call tak dapat pulak..mesej masuk tak ni..aku restart handphone tu..yelah kalau-kalau orang call tak masuk..

malam ni sebelum tidur dah siap-siapkan baju..nanti ada je call tu boleh terus pergi...
malam ni juga sebelum tidur mesti check handphone dulu..penting tu!
pendek kata..sepanjang hari aku akan bersama dengan handphone.kadang-kadang masuk tandas pun aku akan bawak handphone..

ibarat orang bercinta.menanti panggilan yang penuh makna..tetapi..........tolong faham yang sebenarnya hari ini aku oncall dan aku bukan menanti panggilan itu..tiap saat berdoa agar tak ada panggilan yang masuk..boleh rehat! 

p/s: ini berlaku 2 hari dalam sebulan!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, July 13, 2012

Broadband koma 7 hari



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hai...korang rindu kat aku tak? hehe
lama aku tak on9 kan? alah.baru seminggu..

sebenarnya bukan pergi mana-mana pun..tapi sempena hari kelahiran aku ni..broadband aku pula yang koma 7 hari..haha
jenuh aku bagi oksigen..bagi ubat.tak jalan juga..
bila aku bagi duit je dekat celcom punya centre tu...terus je berlari-lari nih ha..mata duitan betul kan??

Tak banyak yang berlaku sepanjang minggu ni..cuma bergelut dengan masa..mana nak pergi kerja.mana nak uruskan anak..mana nak jalankan tugas-tugas dirumah...penatnya Tuhan saja yang tahu..
Dan.masih ada lagi blogger yang tak percaya yang sebenarnya aku ni dah pun bergelar mak budak.Terutamanya Blogger Shida nih ha..asyik nanya betul ke tidak je..hehe..

yelah..Maknya muda lagi..anak dah besar.dah sekolah pun..hehe..
Sejak si Irfan ni start masuk sekolah kat sini.aku dah tak ada masa rehat..bangun pagi-pagi lagi masak untuk dia bawak bekal ke sekolah..asalnya aku ingat Tadika yang daftar tu ada sediakan makanan macam tadika kat kampung dulu..rupanya tak..

kenalah bangun awal-awal..hari kerja perlu lebih awal..penat!!!
Tapi aku ni bernasib baik sebab pengasuh dia tu ambilkan dia balik dari sekolah..tak la terasa sangat kesempitan masa tu..

Tapi..itulah pengorbanan seorang ibu.sukar mana pun kehidupan dia..dia tetap inginkan yang terbaik untuk anak-anak..

p/s: tiba-tiba rasa macam dah tak larat nak beranak ramai-ramai.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, July 6, 2012

Alahai habis makanan aku!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hai.selamat petang...bagi yang baca malam.selamat malam...hehe
seperti korang dah tahu..aku ada seorang je anak..
dan anak tulah yang menjadi penghibur..anak itulah yang menjadi pengacau dan dia jugalah yang menjadi penyejuk hati..

Tetapi,yang aku tak tahan tang bawak kawan-kawan dia masuk dalam rumah..hai..yang ni memang aku tak suka sangat..
sebabnya.rumah aku habis bersepah..dan makanan pula memang tak boleh letak kat luar..kalau letak kat dapur ke.dalam peti ke,memang diorang jumpa je cari..

asal buka peti je..

"nak itu.."

takkan nak cakap tak boleh kan.kesian pulak..lepas tu kawan-kawan lain tengok..

"nak macam dia juga.."
datang lagi mintak..

Ah!!! tension...sebab habis makanan tak ada..

Tapi..Alhamdulillah sebab makanan tak pernah habis dalam rumah aku.akan ada je makanan yang boleh dimakan pada tiap-tiap masa..

p/s; confius...berapa orang anak aku ada??



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, July 5, 2012

scan,save,copy and paste!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


p/s : ada mata lihat..ada akal fikir



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Penyakit berkaitan Sistem Kardiovaskular


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Atrial septal defect




Definisi ASD
Atrial septal defect ialah pembukaan abnormal di septum antara atrium kiri dan atrium kanan.



Patofisiologi
ASD membenarkan pengaliran darah di antara dua kamar atrium
*
Melalui ASD, darah dari atrium kiri mengalir ke atrium kanan dan menambahkan tekanan di dalam atrium kanan
*
reversal of shunt berlaku apabila darah mengalir dari atrium kanan ke atrium kiri
*
Terdapat campuran di antara darah beroksigen dan darah kurang oksigen
*
Darah campuran ini mengalir ke ventrikel kanan
*
Pernambahan tekanan darah dan rintangan pulmonari menyebabkan right ventricle hypertrophy ( CCF )
*
jika terlalu banyak darah dialirkan ke paru-paru, oedema pulmonari akan terjadi

Manifestasi klinikal ASD
Dispnea
Letih
Congestive cardiac failure
Edema pulmonari
Pembesaran terbantut
Kerap mengidapi penyakit pernafasan
.
Rawatan:
1. Pembedahan menggunakan surgical closure menggunakan suture atau patch dan juga pemindahan jantung mungkin boleh dijalanakan



2. Rawatan perubatan bagi congestive heart failure
2.1 Nama ubat: Frusemide / Lasix mengkumuhkan cecair dalam bentuk urin, mengurangkan tekanan darah ventrikel dan mempunyai kesan vasodilator
Cara: Oral
Dos:
1.5 mg / milligram ( kanak-kanak )
40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2.2 Positive inotropic agents untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan menguatkan kontraksi jantung iaitu:
Positive inotropic agent
Nama ubat: Digoxin ( dari kumpulan digitalis )
Cara: oral
Dos:
30 mcg / microgram ( kanak-kanak )
150 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Dopamine
Cara: oral
Dos:
6 mcg ( kanak-kanak)
1000 mcg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Dobutamine
Cara: intravena
Dos:
6 mcg ( kanak-kanak)
125 mcg ( orang dewasa )
Kekerpan: OD
.
2.3 Vasodilator untuk mendilat salur peripheral iaitu vena, venul dan arteriol iaitu:
Nitrates:
Nama ubat: Nitroglycerin
Cara:
sublingual ( bawa lidah )
intravena
Dos:
1 tablet ( bawah lidah )
0.5 mcg / minit ( kanak-kanak )
5 mcg / minit ( orang dewasa )
Kekerapan: Maximum 3 kali sahaja ( jarak 5 minute ) ( bawah lidah )
.
Nama ubat: Isosorbide dinitrate
Cara: oral
Dos:
5mg ( orang dewasa sahaja )
Kekerapan: TDS
.
Nama ubat: Hydralazine
Cara: oral
Dos:
2.25 mg ( kanak-kanak )
40 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Nama ubat: Prazosin
Cara: oral
Dos:
0.03 mg ( kanak-kanak )
0.5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
2.4 Angiostensin-converting enzyme inhibitor untuk menghentikan tindakan angiotensin II, mengurangkan tekanan ventrikel, mengurangkan kadar jantung dan mengurangkan workload jantung serta menambahkan output kardiak
Nama ubat: Captopril
Cara: oral
Dos:
0.45 mg ( kanak-kanak )
25 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: TDS
.
Nama ubat: Enalapril
Cara: oral
Dos:
0.3 mg ( kanak-kanak )
5 mg ( orang dewasa )
Kekerapan: OD
.
Komplikasi
1. Infective endocarditis akibat pemasukan mikrob dari paru-paru dan prosedure invasif
2. Kegagalan fungsi jantung ( cardiac failure ) disebabkan oleh kebebanan jantung
3. Hipertensi pulmonari diakibatkan oleh peningkatan tekanan di ventrikel kanan dan atrium kiri
4. Penyakit arteri koronari ( coronary artery disease ) terjadi akibat penurunan pengaliran darah ke jantung
5. Fibrilasi atrial ( atrial fibrillation ) disebabkan oleh keabnormalan struktur atrium
6. Prolaps injap mitral ( mitral valve prolapse ) berlaku bila terdapat kelemahan septum
7. Selepas pembedahan untuk membetulkan septum, komplikasi lain mungkin berlaku seperti disritma kardiak, heart block, mitral insufficiency



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, July 4, 2012

Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Giveaway dari Dr Eqbal Zack..
first tak nak masuk tapi tengok hadiahnya ni

sumber: blog Eqbal Zack

sumber: blog Eqbal Zack

dari Brisbane tu..harap-harap lah bertuah...Amin..
nak join?? jom ke sini


Deadline: midnight 11:59pm Malaysia time, 31 July 2012 (Tuesday)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kenapa saya tidak dipanggil temuduga?



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Luahan si Arjuna Popkorn berkenaan tak dipanggil-panggil untuk temuduga SPA..
Banyak sebab kenapa kita tak dipanggil temuduga..kena pandai-pandai godek-godek laman web SPA tu untuk tahu kenapa kita tak dipanggil..

Antara soalan lazim berkenaan temuduga adalah:


 
1.Saya telah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Bilakah saya akan dipanggil temu duga?
Semua pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:

a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon;
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
c. Melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan.

Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semua status pendaftaran akan dikemaskini dalam tempoh masa 1 hari.
 
 
2.Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti:
a.Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
b.Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
c.Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
d.Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
e.Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
 
 
3.Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
Pemohon yang tidak menghadiri panggilan temu duga tidak akan disenaraihitamkan.
 
 
4.Bolehkah saya menukar tarikh dan pusat temu duga?
Boleh dengan syarat mendapat kebenaran Suruhanjaya. Permohonan pertukaran tarikh dan tempat temu duga terutama yang melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan nama, no. kad pengenalan, no. telefon, jawatan, tarikh dan tempat temu duga asal, tarikh dan tempat temu duga baru dan alasan pertukaran bagi mendapatkan kebenaran Suruhanjaya. Permohonan boleh dikemukakan secara bertulis, faks atau emel kepada:
 
Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan Khas (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan II /Separa Perubatan):
Muhamad Hanafi Bin Jalalonmuhali
Emel : mhanafi@spa.gov.my
Tel : 03-88806419

Zebine Nissa Binti Sarfraz
Emel : zebine@spa.gov.my
Tel : 0388806392
Faks: 0388885043
Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan I /Kumpulan Pengurusan & Profesional)
Semua Pegawai Gred 41 dan ke atas (Sila rujuk Direktori Emel/Telefon di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Tel : 03-88856354
Faks : 03-88885044
 
 
5.Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
 
 
6.Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?
Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.
 
 
7.Mengapa saya tidak tersenarai dan tidak dipanggil dalam urusan temu duga yang dijalankan?
Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga yang dijalankan adalah disebabkan calon tidak melepasi asas tapisan semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berdasarkan jawatan yang dipohon dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan yang berkaitan. Contohnya bagi permohonan latihan separa perubatan yang mana pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mengutamakan pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi mendapatkan calon-calon yang bersesuaian serta berkebolehan untuk mengikuti latihan tersebut.
 
 
8.Adakah proses untuk dipanggil temu duga dibuat berdasarkan tarikh pendaftaran seseorang calon atau dengan kata lain calon yang mendaftar lebih awal akan diberi peluang untuk ditemu duga terlebih dahulu?
Semua permohonan calon yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temu duga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran seseorang calon itu.
 
 
9.Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga sedangkan temu duga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?
Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.



sumber: soalan lazim SPA



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Cerpen: Jalinan Kasih Part 2




"Murni..apa jawapan kau?" tanya Iqbal..

"Iqbal,aku tak ada jawapan untuk soalan atau luahan kau..aku anggap kau kawan aku.." lantas murni bangun dan terus berlalu ke tandas..

Di tandas..Murni pantas sekali menutup pintu rapat-rapat...
Ah! apakah perasaan ini?? jantung berdegup kencang..kenapa dia musnahkan persahabatan yang dah lama di bina..apabila dia meluahkan rasa itu..situasi sudah tak sama lagi...ah,Iqbal! kenapa kau tega perlakukan aku sebegini...

**********

Sebulan berlalu tanpa jawapan dari Murni..tiap kali Iqbal cuba untuk bersuara..Murni melarikan diri..
Murni masih belum punyai jawapan untuk Iqbal..

Apabila mata bertentang mata dengan Iqbal semasa di kelas..jantung Murni berdegup kencang..serba tak kena rasanya untuk terus berhadapan dengan keadaan tersebut..lantas dicapainya sehelai kertas..

Iqbal,aku cuba..aku cuba untuk menerima cinta kau

Lantas dimasukkan surat itu kedalam saku..dipandangnya wajah muram Iqbal dari jauh..

"sudah lama wajah itu tidak senyum"..bisik Murni.. dan kemudiannya Murni tersenyum sendirian..

Pada waktu rehat...Murni sengaja tidak keluar untuk ke kantin..dia ada tugas yang perlu dilakukan..
perlahan-lahan dia menuju ke arah tempat duduk Iqbal yang bertentangan dengan tempat duduknya..
diselaknya alas meja plastik yang mengalas meja Iqbal..lalu diselitkan surat yang ditulisnya tadi disitu..

"ini untuk membuat kau senyum Iqbal" Beritahu Murni sambil berlalu keluar dari kelas dan menuju ke perpustakaan..

Habisnya waktu rehat,masing-masing menuju ke kelas..termasuklah Murni..
mengambil tempat yang paling selesa..Murni menunggu respon dari Iqbal..Namun,sepertinya Iqbal tidak perasan akan kehadiran surat dibawah alas mejanya walaupun masa berlalu lebih satu jam..Lalu,Murni memutuskan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada Cikgu Mohamad yang sedang mengajar subjek Matematik dihadapan kelas.

"Iqbal!!! apa yang kau menungkan tu?? faham tak apa yang cikgu ajar ni??" marah Cikgu Mohamad pada Iqbal.

"Err..tak ada apa-apa cikgu..saya faham " beritahu Iqbal sambil menggaru kepalanya yang tak gatal..
semua pelajar lain gelak-gelak dan tak kurang ada yang tertawa sinis..

" sudah! tumpukan perhatian " kata Cikgu Mohamad.

Murni memandang Iqbal..dan Iqbal mengangkat surat yang Murni tuliskan untuknya sambil tersenyum..
Murni juga turut tersenyum..rupanya itulah sebab Iqbal termenung..dan bukan termenung sahaja..tetapi dia merenung Murni sebenarnya...

seakan-akan tidak percaya yang Murni memberikan jawapan yang positif kepadanya.serasa mahu menjerit kegembiraan apabila Murni menerima huluran cinta yang tak seberapa darinya..

"Murni...akan aku jaga cinta kita ini" bentak Iqbal dalam hati..


kesudahan?? belum ada..teruskan menanti..part 3



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Malam Nisfu Syaaban


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni 4hb July 2012..bersamaan 14 Syaaban selepas Maghrib (Malam Nisfu Syaaban) esok 15 Syaaban bersamaan Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan bulan Syabaan..Kelazimannya org2 muslim membaca 3 kali Yassin pAda malam Nisfu Syaaban..
(1) membaca Yasin yg pertama dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah.
(2) Kemudian dibacakan pula Yasin yg ke-2 dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya,
(3) Kemudian dibacakan pula Yasin yg ke 3 dengan niat minta mati dalam iman


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

lagi tentang Nisfu syaaban
lagi tentang Nisfu syaaban

p/s: Alhamdulillah..Hari lahir aku diraikan dengan penuh keberkatan..
Jangan berhenti tingkatkan amal ibadah..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, July 3, 2012

Ben Ashaari ucap Happy Birthday??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi wish Happy Birthday untuk aku..termasuk Blogger Famous Amous Ben Ashaari,Afzalsukasuki,Shida,Mr Eraz,Phat,Tirah..dan lain-lain yang rasa dia Famous.hehe

actually..bukan senang nak tunggu Blogger Famous tegur kita..apatah lagi post dekat wall kita..tunggu time birthday jelah..

Terima kasih kepada semua yang wish dan doakan aku..dan lupa nak cakap kat korang semua yang aku muda lagi..haha..

p/s:Hari lahir mengingatkan kita hari kematian yang entah bila...



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

ww: Lead me to Jannah



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


p/s: proud to be muslim/muslimah


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

SM & AIN DYAZA,Konspirasi Kreativiti Blogger 2012



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



" mana kaki aku...mana kaki aku???

terdengar sayup-sayup suara dari belakang langsir oren..
dan kedengaran juga suara seorang lelaki memujuk untuk bersabar..
dan setelah beberapa lama, suara itu hilang ditelan waktu..mungkin kepenatan..

"Misi,nanti tolong tengokkan isteri saya ya.dia tidur tu"
pinta Encik Razak.

"yelah Encik,nanti saya tengokkan" jawab aku..

aku memandang sayu melihat Mak Cik Rosnah..apalah nasibnya..
oleh kerana infection pada kakinya yang luka akibat penyakit Diabetik..kakinya terpaksa dipotong
tanpa kerelaannya..Mak cik Rosnah tidak sedarkan diri selama 5 hari,suaminya terpaksa menandatangani borang persetujuaan untuk memotong kaki isterinya itu bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk.

Dalam aku memikirkan keadaan Mak Cik Rosnah..tiba-tiba terdengar suara menjerit..

" Arghhh..mana kaki aku????" 

aku pantas bergegas melihat keadaannya..
habis ditariknya wayar drip..habis selimutnya jatuh kebawah...bantalnya juga dilemparkan..
dah macam orang yang tak siuman nampaknya..
rambutnya kusut..tak terurus.

" Mak cik!! mengucap..jangan lupakan Allah..Dia masih ada..tak ada gunanya meratap tentang perkara ni..Tuhan beri ujian ni untuk Mak Cik supaya Mak cik lebih tabah"
aku memujuknya..dan...tiba-tiba Mak Cik Rosnah memeluk aku..

" Mak Cik takut suami tinggalkan mak cik...mak cik dah tak ada kaki.nanti dia tinggalkan mak cik"
ratap Mak cik Rosnah..

Mendengarkan kata-katanya..aku pula yang tiba-tiba terasa sebak..dan menitis juga air mata aku..entah..
aku tiba-tiba tersentuh hati dengan ratapan Mak cik Rosnah.
Namun,aku tahu aku mesti membantu mak cik Rosnah..aku beritahu yang suaminya tetap ada disisi.sentiasa menerima dia seadanya.
walaupun dia tiada kaki.suaminya tetap menjaga dia..dan ramai lagi yang sentiasa mengambil berat tentang keadaannya..dan berkali-kali aku menegaskan tindakan suaminya adalah betul kerana menyelamatkan nyawanya dengan menandatangani persetujuan untuk memotong kaki..


dan tengahari itu..semua ahli keluarga mak cik Rosnah berkumpul dan datang melawat..
kali pertama aku melihat mak cik Rosnah tersenyum sejak dia menjalani pembedahan..

Sebulan demi sebulan..aku melihat perubahan demi perubahan pada mak cik Rosnah..kini dia sudah mampu duduk di kerusi roda..
ada juga sesekali aku datang melawat dia..
dan seperti biasa.dia akan memeluk aku..

katanya,kata-kata aku memberi dia semangat untuk terus menjalani kehidupan..
Alhamdulillah..seorang lagi hamba Allah dapat meneruskan hidupnya setelah mengalami ujian yang berat..
Siapa sangka..seseorang yang dahulunya hilang semangat untuk hidup..
kini mampu meneruskan hidupnya seperti biasa walaupun dengan sedikit kekurangan..

semoga Mak Cik Rosnah terus tabah dalam mengharungi kehidupannya..


p/s: saja nak masuk segmen ni..sokongan kepada Blogger Hebakk SM dan Ain dyaza..
tag? 
will tag at cbox..lebih dua tak pe kan?hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, July 2, 2012

Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan dalam SPM,SPA



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Berita baik bagi pemegang Ijazah yang masih menganggur..
SPA dah umumkan pemohon pekerjaan boleh memohon jawatan yang dua peringkat lebih rendah daripada kelulusan yang dimiliki.Dengan ini akan meningkatkan peluang pekerjaan bagi mereka yang masih belum mendapat kerja

Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon.

Calon kini dibenarkan memohon sehingga 15 pilihan jawatan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i bagi semua peringkat kelayakan sama ada SPM, Diploma atau Ijazah. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan calon memohon seberapa banyak jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing serta calon akan mempunyai banyak peluang untuk dilantik ke jawatan yang bersesuaian.

Dengan ini akan membuka lebih peluang kepada mereka-mereka yang ingin memohon jawatan yang mereka ingini..

p/s: Bagi pemegang SPM,perlu lebih berusaha kerana makin ramai pesaing.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, July 1, 2012

Cerpen: Jalinan Kasih



"oit..asyik pandang keluar tu kenapa? " sergah Iqbal

"saja....pandang air hujan tu.." jawab Murni..sambil terus 
memandang keluar melalui celahan cermin tingkap memerhatikan titis-titis air hujan yang tak henti-henti menghentam batu-batu tar di tepi kelas 3 elit..

Entah apa yang difikirkan pun dia tak tahu..Namun Iqbal terus-terusan 
sahaja berada dimeja sebelah dan memerhatikan dia..mungkin sedang meneka apa yang 
sedang bermain difikiran gadis yang menjadi pujaannya dalam diam..sejak dahulu lagi dia memendam perasaan terhadap Murni..entah bila dia akan meluahkan perasaan itu..mungkin sehingga merpati dah jatuh ke tangan insan lain..

ah! satu hari nanti aku pasti akan meluahkannya Murni! bentak Iqbal dalam hati...dalam kebisuan suasana disitu,Iqbal tersenyum sendirian.. 

"Dah..yang kau senyum sorang-sorang tu kenapa Iqbal..aku nak balik tempat aku...tepi sikit." Kata Murni sambil menolak Iqbal untuk bangun dan memberi laluan kepadanya yang berada di tempat sebelah tingkap..
Iqbal hanya memandang dengan penuh rasa yang bercampur baur untuk melepaskan Murni  kembali ke tempat duduknya..

Kebiasaannya Murni akan berada disebelah tempat duduk Iqbal dalam kelas apabila tiba waktu rehat..katanya suka memandang ke arah luar tingkap melalui tempat duduk itu..

setahun berlalu...

Mereka sudah berada dalam tingkatan empat..masih berada dalam kelas yang sama..
yang tidak menarik bagi Iqbal..dara pujaannya menjadi perhatian ramai lelaki...hati Iqbal makin memberontak untuk meluahkan rasa cinta yang masih terbuku dihati...

kringgggggggggggg...waktu rehat telah tiba...

kali ini Iqbal nekad..dia mesti memberitahu Murni tentang perasaannya..
dia menuju kearah tempat duduk Murni..kebetulan pula pada masa itu Murni keseorangan termenung memandang kearah luar..seperti kebiasaannya..

"Hai Murni..kau menung apa tu?" Tegur Iqbal.

" Tak ada apalah..saja " Jawab Murni mendatar..

Iqbal mula cuak untuk meluahkan perasaannya..jantungnya berdegup kencang..fikirnya bagaimanalah agaknya penerimaan Murni terhadap dirinya..

"Murni...aku nak cakap sesuatu....tapi kau jangan marah ya"

"Apa dia Bal? cakap jelah..." 

Iqbal meletakkan kepalanya di atas meja umpama mahu tidur..sambil memandang kearah Murni..cahaya dari mata Murni makin membuatkan Iqbal lemas dalam nafasnya sendiri..Iqbal diam seketika dan menghela nafas yang panjang...

"Murni..sebenarnya...aku sukakan kau.." kata Iqbal sambil memandang Murni dengan perasaan yang tak tentu arah...

" Alah..aku tahu lah Iqbal..kan kau kawan aku.mestilah kau suka aku " jawab Murni sambil memandang Iqbal dengan rasa tak puas hati dan juga perasaan tertanya-tanya..

"Aku suka ni lain macam la Murni..bukan sebagai kawan " jelas Iqbal bersungguh-sungguh.

Murni terdiam..matanya memandang Iqbal serius menuntut penjelasan yang lebih lanjut..

' Aku dah lama sukakan kau.sejak dulu lagi..sejak kau selalu luahkan masalah kau pada aku..sejak kau suka termenung dan duduk di tempat duduk sebelah aku..aku sukakan kau Murni..aku cintakan kau..aku selalu memerhatian kau dalam diam..kau....kau...terima aku tak Murni??" jelas Iqbal sambil menanti Murni berkata-kata.

Murni mulai rasa bingung..apakah jawapan yang akan diberikan kepada Iqbal? 

Iqbal memerhatikan Murni..mata bertentang mata...Murni mengalihkan pandangannya dengan pantas ke luar kelas..


Apakah kesudahannya? adakah Murni menerima cinta Iqbal?
nantikan part 2 pada entri yang akan datang..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE