1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira2 secawan darah saja dalam tubuh kita.
2. Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia
3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari,menyerang, dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh,terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75% daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
4. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
5. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Russia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam perperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan
6. 1 pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan 3 nyawa lain
7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain
8. Dianggarkan terdapat 4.7-6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8-5.7 liter.
9. ''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik''- Surah al-Mukminun:14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan