Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
Dan tiada suatu kesedihan pun
Dapat mengembalikan kepadamu
Sesuatu yang telah hilang
Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri2 Islam dan keadaan wanita kafir di negeri2 kafir. Wanita muslimah di negeri2 Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa, mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Tuhannya, baik kepada tetangganya, dan berkasih sayang terhadap anak2nya. Alangkah berbahagianya dia, dan baginya adalah ketenangan, keredhaan, dan pahala yang besar dariNya.
Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahiliyyah, naïf, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan, dan tidak mempunyai agama.
Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya, dan paling terhormat kedudukannya.
Alhamdulillah
Firman Allah s.w.t:
wur (#qãZÎgs? wur (#qçRtøtrB ãNçFRr&ur tböqn=ôãF{$# bÎ) OçGYä. tûüÏZÏB÷sB ÇÊÌÒÈ
139. dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
Bekalan
Semua orang baik yang memiliki istana
Mahupun yang memiliki rumah sederhana
Pasti menjalani kehidupannya, tetapi
Siapakah yang benar2 meraih
Kebahagiaan dalam hidup?
Sumber: Buku jadilah wanita yang paling bahagia