Memaparkan catatan dengan label sedekah duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedekah duit. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2013

ummu al-banin abdul aziz

Jangan pernah menyakiti orang lain kerana mereka akan balas menghina anda


Bersinarlah dikau laksana gemerlapnya gemintang
Dan jangan khuatirkan kesedihan
Dan kegelapan yang datang

Ada cerita tentang Ummu Al-Banin binti Abdul Aziz, saudara perempuan Umar Ibnu Abdul Aziz, seorang yang pemurah hati dan dia juga sering mengundang kaum wanita ke rumahnya. Diberinya mereka pakaian2 yang baik dan wang yang tidak sedikit seraya berkata : "Pakaian ini untuk kalian, dan wang ini bagikanlah kepada orang2 fakir yang ada di sekitar kalian." Dia melakukan itu dengan maksud mengajarkan dan membiasakan mereka untuk berderma dan bermurah hati.

Di antara perkataannya ialah : "Celakalah orang yang kikir. Demi Allah, jika kekikiran itu adalah baju, maka aku tidak akan memakainya. Jika kekikiran itu adalah jalan, maka aku tidak akan melaluinya."

Sebahagian dari ucapannya yang menunjukkan kemurahan hatinya adalah : "Setiap kaum memiliki selera dan kegemaran dalam segala sesuatu. Namun kegemaran dan seleraku telah ditentukan dalam berderma dan memberi. Demi Allah, menghubungkan silaturrahim dan memberikan santunan adalah lebih kucintai daripada makanan lazat ketika merasa lapar dan air yang segar ketika merasa haus.

Disebutkan bahawa kerana sangat cintanya kepada berinfaq, meletakkan harta pada tempat yang sebenarnya, dan membuat contoh2 kebaikan, Ummul Banin Rahimahullaah pernah mengatakan : "Aku tidak pernah iri terhadap seorang pun kerana suatu hal, kecuali bila dia seorang yang murah hati, kerana sesungguhnya aku ingin bergabung dengannya dalam hal tersebut."

Inilah Ummu Al-Banin dalam perkataan dan perbuatannya. Adakah wanita2 lain yang setara dengannya?

Bekalan : Dengan matinya sifat egois, kebahagiaan hakiki akan teraih.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...