Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mac 2012

LEMAN

Seorang doktor yang sedang bercuti di Pulau Redang, terkejut apabila tiba2 dia terserempak dengan kawan lamanya, seorang peguam.

''Woi, Mat, apa engkau buat kat sini?'' tanya si doktor sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
''Engkau ingat tak banglo yang aku beli kat Bangsar, tu?'' jawab si peguam yang bernama Mat.
''Banglo tu terbakar, jadi sekarang aku bercuti di sini lepas dapat duit insurans dekat 4 juta ringgit! Engkau pulak, buat apa kat sini, Leman?''


Jawab Leman, ''Engkau ingat tak rumah yang aku beli kat Segambut, tahun lepas? Rumah tu kena banjirlah. Sampai ke bumbung. Jadi, sekarang aku bercuti kat sini lepas dapat duit insurans dekat 2 juta ringgit.''

Si peguam yang bernama Mat itu terkejut. ''Eh, Leman...macam mana engkau mulakan banjir tu?''
Leman : ...........

Rabu, 30 November 2011

penjual kuih yang selamba

Suatu hari , sebuah keretapi meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan.


Di perkampungan tersebut , ada seorang wanita penjual kuih yang tinggal berhampiran landasan tersebut baru sahaja selesai membasuh kain berwarna merah. Selesai membasuh , dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur pada pagar yang berhampiran landasan.
                                                            
Dari jauh , pemandu keretapi terlihat seorang wanita dengan mengibas kain berwarna merah. Oleh kerana menyangka perbuatan wanita tersebut sebagai isyarat bahaya , terus pemandu keretapi membrek secara mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting.


Apabila keretapi berheni tepat di depan wanita tersebut , pemandu keretapi terus bertanya , "Ada apa puan?"


                                         


Dengan selamba wanita itu menjawab , "Yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje...."  

Isnin, 14 November 2011

JERUK MANGGA

                                          
Alkisah tentang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah rendah yang menyambut Hari Guru telah berebut untuk memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka , Cikgu Lina.


Apabila loceng tamat kelas berbunyi , semua pelajar tahun 6 Gigih beratur untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Tibalah giliran Munah , ketua kelas dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik , lain dari yang lain menghulurkan hadiah kepada Cikgu Lina. Sambil tersenyum simpul , Munah meminta cikgunya meneka , bermula dari kek hinggalah lampu tidur.


Semua itu disambut dengan gelengan kepala Munah. Tidak semena-mena , ada cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya , Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya dan memasukkan ke dalam mulut. "Hmmm...masam la...cikgu tau dah..kamu hadiahkan cikgu jeruk mangga ye. Mana kamu tahu kegemaran cikgu nie?Pandainya."


                                


"Emmm...sebenarnya cikgu , saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING ,"terang Munah sambil berlalu dari situ. 

Isnin, 24 Oktober 2011

MINYAK WANGI ISTEMEWA

                                                  

Ada seorang mamat masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 8 sebuah bangunan.


Sampai di tingkat 1 , masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya . "Ini minyak wangi mahal taw , jenama Beverly Hills , RM400 sebotol ," katanya dengan sombong. Mamat itu bengang giler.


Apabila tiba di  tingkat 3 , masuk pula seorang mak datin , juga menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau ," kata mak datin lagi angkuh. Sampai di tingkat 8 , pintu lif terbuka dan mamat tadi  bersedia untuk keluar dari lif.



"Pr0000tttt!!!". Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak , tak mahal cuma 50 sen sebiji jer..." kata mamat tu selamba sambil meninggalkan kedua2 perempuan yang mula muntah di dalam lif. 

Selasa, 16 Ogos 2011

kurang air

Husin pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badannya kurang sihat. Selepas pemeriksaan , doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa 3 jenis pil yang berwarna-warni.


                                                 


Doktor berkata , "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi , pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari , dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam".


Husin bertanya , "Sebenarnya , apa penyakit saya , doktor?". Doktor menjawab , "Badan awak tak cukup air!".


                                           


p/s:jaga kesihatan...(=

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...